ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ETA SAMUDERA SAVI YANG BAHARU MEMBAWA KETEPATAN DAN KETELUSAN YANG TIADA TANDINGANNYA KEPADA PENGHANTARAN DI LAUT

Thursday 19/10/2017



Pengirim memperolehi darjah penglihatan tepat masa kepada penghantaran di laut dan mengatur secara terperinci bagi peralihan di antara laut, darat dan udara.


ALEXANDRIA, Va., 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Savi™, sebuah inovator di dalam penyelesaian data besar/analitik pembelajaran mesin,  perisian pengurusan rantaian bekalan, dan teknologi sensor, hari ini mengumumkan pelancaran keupayaan ETA Samudera baharu mereka, yang membawa secara tepat, pengesanan penstriman secara langsung dan ETA bagi penghantaran darat hingga  ke laut.

Sebuah gabungan komunikasi mudah alih dan satelit menyampaikan lokasi dan keadaan barangan di dalam transit. Kecerdasan mesin Savi sentiasa membandingkan sumber data untuk mengesan peralihan dari darat ke laut dan memberi amaran secara tepat masa jika sesuatu peralihan itu tidak terjawab. Penggunaan sumber data sejarah dan tepat masa membolehkan pengiraan berterusan ETA bagi setiap pusingan dan boleh memberi amaran mengikut hari atau jam sebelum peralihan dilepaskan, bagi memberikan masa operasi untuk menyesuaikan pelan penghantaran jika diperlukan.

Setiap pelabuhan di dunia telah disesuaikan dengan sempadan geografi maya oleh teknologi Savi. Savi boleh memberi amaran apabila sesebuah penghantaran berada dalam lingkungan mana-mana pelabuhan atau titik kepentingan pelanggan yang ditetapkan yang membolehkan tindakan untuk pembawa, kastam, buruh, atau dokumentasi sebelum atau menunjukkan dengan tepat apabila diperlukan.

"Tidak ada pihak lain yang menawarkan tahap ETA secara tepat dan ramalan bagi perjalanan laut yang kami sediakan sekarang," kata Rich Carlson, Ketua Pegawai Eksekutif Savi Technology. "Data tepat masa dari sensor kami boleh dengan tepat mengesan kontena di lautan. Analisis data dan mesin pintar ini memberikan Pemilik Kargo Bermanfaat (BCO) dengan keupayaan untuk mengatur bahagian rantaian bekalan mereka dengan kebolehubahan yang terbesar dan berpotensi untuk penghantaran risiko – laut. BCO dan 3PL itu yang menggunakan ETA Samudera Savi yang lebih tepat untuk darjah penglihatan dan perancangan akan mempunyai kelebihan daya saing yang luar biasa dalam kepuasan pelanggan dan kecekapan rantaian bekalan."

Maklumat mengenai Savi

Savi menyampaikan fakta dan wawasan penstriman secara langsung mengenai lokasi, keadaan dan keselamatan barangan dalam transit. Dengan menggunakan data dan analitik yang besar, Savi melengkapkan pengirim, pembawa, 3PL dan kerajaan dengan pandangan yang boleh dilakukan untuk mengoptimumkan rantaian bekalan sebelum, semasa dan selepas transit, sekali gus mengurangkan kos dan inventori dan pada masa yang sama meningkatkan perkhidmatan. Savi dipercayai untuk menyokong sebahagian daripada rangkaian rantaian bekalan yang terbesar dan paling kompleks di dunia untuk CPG yang besar, Pharma, DoD Amerika Syarikat dan lebih satu dozen agensi kerajaan di seluruh pelusuk dunia.

Hubungi
SpeakerBox Communications bagi pihak Savi Technology
Robin Bectel, 703-287-7827
savi@speakerboxpr.com
 
Sumber: Savi Technology
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171016005298/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.