ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MEMBRAN SERAT BERONGGA ASAHI KASEI MIKROZA™ DIPILIH UNTUK KILANG PENYAHGARAMAN DI KUWAIT

Thursday 19/10/2017



pesanan terbesar syarikat itu untuk membran penapisan air


TOKYO, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Membran serat berongga Microza™ untuk rawatan air dari Asahi Kasei dipilih sebagai membran prarawatan bagi kilang penyahgaraman air laut osmosis berbalik (RO)1 Doha Fasa 1 yang akan dibina berhampiran Bandar Raya Kuwait oleh Doosan Heavy Industries and Construction, sebuah syarikat pembinaan kilang yang utama di Korea.

Kapasiti rawatan membran Asahi Kasei bagi projek ini dijangka mencapai 610,000 tan sehari, merupakan pesanan membran penapisan serat berongga yang terbesar yang diterima oleh Asahi Kasei.

Banyak kilang RO untuk penyahairan air laut dirancangkan di Kuwait dan negara-negara lain di Timur Tengah untuk menangani kekurangan kronik air tawar, dengan mikropenurasan (MF) dan membran ultrapenurasan (UF) termasuk Asahi Kasei Microza™ yang digunakan sebagai membran prarawatan.

Di samping digunakan secara meluas di seluruh dunia di dalam bidang pengeluaran air minum, rawatan air kumbahan, dan kitar semula air, Microza™ mempunyai rekod prestasi yang semakin meningkat sebagai membran prarawatan untuk RO di Timur Tengah. Microza™ telah dipilih untuk Kilang Doha Fasa 1 sebagai pengiktirafan terhadap prestasinya yang cemerlang dan operasi yang boleh dipercayai, dan Asahi Kasei akan secara aktif terus memberi tumpuan kepada memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Timur Tengah.
 
Kerangka Kilang Doha Fasa 1  
Lokasi: Doha, Bandar Raya Kuwait, Kuwait
Keupayaan: 610,000 ton/ day (membran Asahi Kasei)
Pemegang Konsesi: Kementerian Elektrik dan Air Kuwait
Kontraktor: Doosan Heavy Industries and Construction Co., Ltd.
 
Maklumat mengenai Microza™
Berdasarkan kepada teknologi pembentukan membran asal Asahi Kasei, membran serat berongga Microza™ yang diperbuat dari polyvinylidene fluorida (PVDF) yang mempamerkan kekuatan fizikal dan ketahanan kimia yang luar biasa, dengan prestasi penapisan yang tinggi serta ketahanan jangka panjang di dalam aplikasi rawatan air melebihi membran PVDF yang bersaing. Asahi Kasei adalah satu daripada pembekal terkemuka di dunia bagi membran serat berongga dan sistem untuk rawatan air, dengan membran Microza™ yang digunakan di lebih 1,600 kilang di seluruh dunia. Di pasaran Amerika Syarikat untuk sistem penjernihan air boleh diminum yang diproses menggunakan membran, sistem yang paling besar di dunia, Microza™ memiliki bahagian utama. Penerimaan Microza™ juga semakin kukuh di kebanyakan negara yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air dan keperluan untuk peningkatan kualiti air termasuk China, Korea, Singapura, Thailand, Indonesia dan negara-negara di Timur Tengah. Asahi Kasei akan terus menyumbang kepada penyelesaian untuk pelbagai masalah alam sekitar yang berkaitan dengan sumber air di seluruh dunia.

1 Satu kaedah menghasilkan air tawar dengan mengeluarkan ion garam dari air laut dengan sebuah membran khas pada tekanan tinggi.

Hubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Asahi Kasei Corporation
Timbalan Pengurus Besar
Hiroyuki Maeda
Telefon +81-3296-6249 (Mudah alih:+82-10-6413-1865)
Faks +81-3296-3448
maeda.hx@om.asahi-kasei.co.jp
 
Sumber: Asahi Kasei Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171017005115/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.