ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  EEC MEMPERKENALKAN SIRI EST-300 - YANG KOMPAK DAN SERBA BOLEH SEPERTI BIASA

Thursday 19/10/2017



TAIPEI, Taiwan, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech Electronic Co. (EEC) memperkenalkan siri EST-300, sebuah alat penguji Hipot generasi akan datang yang menyampaikan saiz kompak yang terkemuka di dalam industri yang digabungkan dengan prestasi 3-dalam-1 yang sangat kuat. Alat penguji hipot termaju yang baharu ini secara ekonomi mengintegrasikan AC/DC yang mempunyai fungsi daya ketahanan dan rintangan penebatan dalam satu penyelesaian tunggal. Faktor bentuk kompak siri EST-300 itu menjadikannya pilihan yang optimum untuk mobiliti, dan pada masa yang sama membolehkannya untuk mengintegrasikan dengan mudah ke dalam sebarang persekitaran ujian yang terbatas.

"Siri EST-300 adalah satu daripada peranti paling kecil dan paling ringan yang sejenisnya di dunia. Kami mereka bentuknya dengan menggunakan dimensi sekeping kertas A4 dan mempunyai berat hanya 5.5kg. Ini mengurangkan jarak panjang sebanyak 18.3 peratus dan beratnya sebanyak 43 peratus berbanding dengan standard industri," kata Brian Chen, pengurus besar EEC. "Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa, dan memberikan kelenturan kepada pihak pembuatan untuk menggerakkan dan mengubah kawasan kerja mereka bagi memaksimumkan penggunaan ruang."

Saiz kompak EST-300 itu tidak menjejaskan prestasi atau kebolehpercayaan peranti itu. Siri itu memberikan kecekapan ujian yang tinggi yang ditunjukkan dalam setiap butiran. Ciri pengesanan ARC terbina dalam — yang digunakan oleh kebanyakan pembuatan peringkat atas — mengesan keadaan tidak normal pada litar, menghalang jarak jurang yang boleh menyebabkan kerosakan dielektrik dan pada masa yang sama meningkatkan jaminan kualiti. Fungsi ramp tinggi dan cas rendah meningkatkan kecekapan, menghapuskan kesilapan biasa daripada hasil ujian DUT yang disebabkan oleh gangguan arus dan penyambung yang rosak.

Keselamatan sentiasa diberi keutamaan di EEC. Ciri nyahcas pantas yang dipatenkan secara eksklusif oleh syarikat itu membolehkan DUT untuk mengeluarkan secara cekap lebihan elektrik dalam 50ms, memastikan perlindungan maksimum bagi pengendali. Siri EST-300 adalah diperakui TÜV untuk kebolehpercayaan dan keselamatan yang sangat baik bagi jaminan dan ketenangan fikiran. Antara muka intuitif memudahkan operasi, yang membolehkan pengguna untuk dengan lancar mengeluarkan arahan dengan menyapu jari, dengan mudah menetapkan parameter dan langkah ujian, dan automasi program dari jarak jauh melalui penyambungan USB. Di samping itu, siri EST-300 itu membolehkan pengembangan dengan penguji bon tanah untuk mewujudkan sebuah sistem ujian yang lebih lengkap.

Untuk maklumat lanjut mengenai alat penguji EEC EST-300 siri Hipot terbaharu, sila layari  http://global.eecgroup.com.tw/EST-300/

Maklumat mengenai Extech Electronics Co.

Selama hampir 40 tahun, Extech Electronics Co. (EEC) telah menghasilkan alat penguji keselamatan elektrik dan sumber kuasa AC yang canggih bagi pelbagai industri. Kami berusaha untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kami dengan secara konsisten menawarkan produk, perkhidmatan yang boleh diharapkan, dan sokongan yang boleh dipercayai bagi kesemua aplikasi ujian. Untuk maklumat lanjut sila layari http://global.eecgroup.com.tw/

Hubungi
Extech Electronics Co.
Sasha Wang, +886-2-21653066 #2201
Jason Hung, +886-2-21653066 #2217
marketing@eecgroup.com.tw
 
Sumber: Extech Electronics Co.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171018005601/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.