ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MORE4APPS AKAN HADIRI MINGGU PERKHIDMATAN BERSAMA DAN KHIDMAT LUARAN ASIA

Thursday 19/10/2017



SINGAPURA, 19 Okt  (Bernama-BUSINESS WIRE) -- More4Apps, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian penyepaduan data untuk  pengguna Suite E-Perniagaan Oracle, akan menghadiri Minggu Perkhidmatan Bersama dan Khidmat Luaran (SSOW) Asia. Acara itu akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada 21 dan 22 November 2017.

David Wright, pakar teknikal, dan Stu Keast, Eksekutif Kanan Akaun untuk APAC/MEA, akan membawa pengalaman luas mereka di dalam sistem Oracle ke SSOW Asia.

Rangkaian Perkhidmatan Bersama dan Khidmat Luaran (SSON) itu, sebuah rangkaian profesional utama di pasaran dunia, meraikan ulang tahun mereka ke-20 pada tahun ini. Ia mengadakan acara-acara SSOW merangkumi ke seluruh pelusuk dunia, dan More4Apps diwakili di persidangan di United Kingdom, Australia dan Asia.

"Kami kini mempunyai lebih 30 penyelesaian ‘di luar kotak’ yang tersedia untuk organisasi yang bertanggungjawab dengan mengekalkan dan memuatkan data di dalam Suite E-Perniagaan Oracle," kata Stu.

"Berkaitan dengan SSOW Asia, ramai daripada pelanggan kami menjalankan pusat-pusat perkhidmatan bersama dan mendapati bahawa peranti kami menjimatkan usaha yang ketara dan meningkatkan ketepatan berbanding dengan operasi manual dan peranti pemuat yang lain. Dengan lebih 20,000 pengguna di seluruh dunia ini membuktikan bahawa set produk More4Apps adalah bertaraf dunia."

Paul Hassall, penganalisis sokongan fungsian di More4Apps, menghadiri SSOW Australia pada awal tahun ini.

"SSOW adalah sebuah perniagaan yang sangat didorong oleh tumpuan secara profesional, di mana orang yang membuat pertanyaan sangat berminat di dalam pemerolehan. Beberapa produk More4Apps memenuhi keperluan ini," kata Paul.

"Di samping itu, terdapat kepelbagaian yang hebat di dalam More4Apps. Kami mempunyai sebuah tenaga kerja global yang pelbagai bahasa dan pelbagai budaya. Ini meletakkan kami di dalam kedudukan yang baik untuk bercakap dengan pelanggan baharu dan yang sedia ada di SSOW Asia."

Stu Keast tidak sabar-sabar untuk berurusan dengan pasaran Asia di SSOW bagi membantu mereka yang mencari penyelesaian untuk keperluan pengurusan data mereka.

Pas awal boleh didapati sehingga 20 Oktober 2017 untuk peserta yang mendaftar dan membayar pada tarikh tersebut, yang membolehkan mereka berjimat SG$300 setiap satu di pintu masuk ke SSOW Asia.
 
Hubungi
More4Apps
Gary Farrow, +64 7 959 7160
gary.farrow@more4apps.com
www.more4apps.com
 
Sumber: More4Apps

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171018006714/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.