ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  PERSIDANGAN MEDIA HARI RABU UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: KEMAJUAN DAN INTERVENSI PD-1/PD-L1 UNTUK MENCEGAH DAN MERAWAT KANSER PARU-PARU

Thursday 19/10/2017



YOKOHAMA, Jepun, 19 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persidangan media terakhir daripada Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-paru (WCLC) Ke-18 oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) menyoroti kemajuan baharu sekitar penemuan PD-1 and PD-L1, termasuk perbincangan daripada penyelidik yang dikreditkan dengan menemui PD-1, serta intervensi untuk mencegah kanser paru-paru dan meningkatkan kualiti hidup untuk pesakit kanser paru-paru. 

Inovasi dalam rawatan kanser paru-paru dikaitkan dengan penemuan PD-1
Prof. Tasuku Honjo dari Jepun, merupakan individu pertama yang mengenal pasti PD-1 pada tahun 1992, berkongsi perkembangan tentang cara penghalang PD-1 telah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai jenis kanser. Selepas beberapa dekad kajian dilakukan, penyelidikan tentang PD-1 telah membawa kepada kejayaan cemerlang dalam rawatan imunoterapi yang dianggap sebagai “detik penisilin” dalam rawatan kanser.

“Saya percaya, sama seperti bilangan antibiotik yang dibangunkan akibat penemuan penisilin kini melindungi manusia menentang ancaman penyakit berjangkit, penemuan ini akan memainkan peranan penting dalam kemajuan imunoterapi kanser,” ujar Prof. Honjo. “Pada masa hadapan, kebimbangan mati akibat kanser tidak akan wujud lagi.”

Penyelidikan yang meluas tentang terapi kombinasi telah dilaksanakan oleh beberapa institusi. Khususnya, Prof. Honjo merasakan bahawa terapi penggabungan sekatan PD-1 menggunakan pengaktif mitokondria, terutamanya pengaktif PGC-1α, mampu menjanjikan sesuatu. 

Rangka Tindakan II Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru
Dr. Fred Hirsch dari Amerika Syarikat dan Dr. Ming Tsao dari Kanada berkongsi perkembangan menarik tentang Fasa 2 Projek Rangka Tindakan PD-L1.

Projek tersebut bermula pada tahun 2014 semasa bengkel yang dianjurkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) A.S., Persatuan Kajian Kanser Amerika (AACR) dan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika (ASCO). Hasil daripada bengkel tersebut, Projek Rangka Tindakan PD-L1 telah dimulakan, dengan matlamat utama untuk membandingkan cerakin PD-L1 yang digunakan dalam percubaan klinikal daripada segi prestasi analitis dan diagnostik. Konsortium yang menyokong Projek Rangka Tindakan termasuk wakil daripada Bristol-Myers Squibb (BMS), Merck, Genentech/Roche, AstraZeneca, Dako, Ventana dan AACR serta IASLC yang menyelaras projek tersebut.

“Dalam era baharu imunoterapi dalam kanser toraks, menilai status PD-L1 kekal sebagai cabaran klinikal,” ujar Dr. Hirsch. “Kekuatan utama Projek Rangka Tindakan PD-L1 ini adalah kerjasama unik antara syarikat farmaseutikal dan syarikat diagnostik yang berbeza, dengan IASLC sebagai organisasi penyelaras.”

Kajian kebolehbandingan Rangka Tindakan fasa 1 menunjukkan bahawa tiga cerakin PD-L1 (28-8, 22C3, SP263) menunjukkan prestasi analitis yang boleh dibandingkan untuk penilaian bagi ekspresi PD-L1 terhadap sel tumor, sementara cerakin PD-L1 SP-142 kelihatan seperti mencemarkan peratusan rendah sel tumor berbanding cerakin lain. Sebaliknya, semua cerakin mencemarkan tumor yang menyusup ke dalam sel imun, tetapi dengan keseirasan yang lemah antara cerakin. Kajian fasa 2 Rangka Tindakan melibatkan sampel kanser paru-paru klinikal rutin dan kebanyakan 25 ahli patologi mengesahkan hasil rangka tindakan 1, menjadikan ketiga-tiga cerakin PD-L1 iaitu 22C3, 28-8 dan SP263 boleh dibandingkan untuk pencemaran sel tumor. Hasil juga menunjukkan bahawa ahli patologi sangat boleh dipercayai dalam pemarkahan ekspresi PD-L1 pada sel tumor dan pemarkahan oleh slaid kaca dan imej digital boleh dibandingkan.  

Intervensi melibatkan komuniti mungkin boleh mengurangkan perbezaan keputusan kanser paru-paru di antara golongan minoriti
Intervensi berasaskan komuniti yang digunakan dalam tapak golongan komuniti minoriti menghasilkan perubahan dalam pengetahuan peserta, sikap dan kepercayaan tentang kanser, serta faedah anggapan dan ukuran kecekapan diri berkaitan saringan kanser paru-paru, seperti yang didedahkan dalam penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Lovoria Williams dari August University di Amerika Syarikat. Penemuan ini adalah penting untuk mengemukakan kepentingan perbezaan kadar mandiri kanser paru-paru dalam kaum dan etnik minoriti serta mereka yang kurang layanan perubatan. Baca siaran akhbar penuh di sini.

Intervensi senaman untuk pesakit kanser paru-paru lanjutan membawa kepada kefungsian dipertingkatkan, yang mungkin berhubung kait dengan faedah kualiti hidup
Senaman fizikal dan intervensi psiko-sosial untuk pesakit dengan kanser paru-paru tahap lanjutan meningkatkan kapasiti fungsi, yang mungkin berhubung kait dengan faedah kualiti hidup. Kumpulan senaman telah didapati mempunyai kapasiti fungsi yang dipertingkatkan sebagai hasil intervensi serta melaporkan peningkatan ketara dalam kualiti hidup, yang mungkin berhubung kait dengan kefungsian dipertingkatkan, menurut Dr. Morten Quist dari Universiti Copenhagen di Denmark. Untuk membaca siaran akhbar penuh, klik sini.

Strim secara langsung untuk persidangan media setiap hari ini tersedia di sini.

Perihal WCLC
Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang khusus bagi kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 6,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 buah negara. Matlamatnya adalah untuk menyebarkan pencapaian saintifik terkini; meningkatkan kesedaran, kolaborasi dan pemahaman tentang kanser paru-paru, serta membantu peserta mengguna pakai kemajuan terkini di seluruh dunia. Persidangan yang dianjurkan di bawah tema "Segerak untuk Merawat Kanser Paru-Paru" ini akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan beberapa hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, lawati wclc2017.iaslc.org.

Perihal IASLC
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser paru-paru merentasi semua disiplin, lebih dari 100 buah negara, membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk merawat kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology yang merupakan penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan bagi semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut. 

SUMBER : IASLC

Hubungan:
Hillary Wasserman
Sekutu Kanan
HWasserman@GroupGordon.com  
+1 732-778-1896
Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org
+1 720-254-9509

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.