ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENGARAH SYARIKAT DIDENDA RM17,000 KERANA GAGAL MENGEMUKAKAN PENYATA CUKAI SYARIKAT DI BAWAH AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

Friday 20/10/2017



KUALA LUMPUR 20 Oktober (Bernama) -- Dua orang pengarah syarikat didenda RM17,000 atas kegagalan mengemukakan penyata cukai dalam Borang C di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
 
Wan Nasir bin Wan Mustafa dan Saiful Nizam bin Adnan masing-masing berusia 42 tahun merupakan Pengarah Syarikat Ratusan Digital Sdn Bhd, didapati gagal mengemukakan Borang C bagi Tahun Taksiran 2014 dan 2015 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.
 
Tertuduh menghadapi 2 pertuduhan di bawah Seksyen 77A(1) dan Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM200.00 dan tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
 
Tertuduh mengaku salah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Puan Siti Radziah bt Kamarudin pada hari ini dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM8,000.00 penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan tahun taksiran 2014 terhadap Wan Nasir bin Wan Mustafa manakala hukuman denda RM9,000.00 penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan tahun taksiran 2015 terhadap Saiful Nizam bin Adnan.
 
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa LHDNM Puan Nurul Nasyrah bt Mohd Nasir dan Encik Mohd Shafuddin bin Hasan dan tertuduh diwakili peguam En. Dinesh Nandrajog.
 
Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) 
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.