ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  XIAOSHAN, CHINA: DARI SEBUAH EKONOMI KAUNTI YANG TERKEMUKA KEPADA SEBUAH DAERAH BANDAR BERTARAF ANTARABANGSA

Wednesday 22/11/2017

AsiaNet 71162

HANGZHOU, China, 22 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 18 November 2017, sebuah "perhimpunan keluarga" khas telah diadakan di Daerah Xiaoshan di Kota Hangzhou, satu daripada daerah bandar yang paling maju di timur China. 800 orang Xiaoshan, yang merupakan tokoh-tokoh terkemuka di pelbagai sektor merentasi negara itu dan dunia, kembali ke kampung halaman untuk majlis perjumpaan itu di bawah pelawaan kerajaan Daerah Xiaoshan untuk pertama kalinya.

Selepas hampir 40 tahun pembangunan, Xiaoshan, yang terkenal sebagai sebuah bandar raya usahawan dan reformis, telah berubah menjadi sebuah daerah bandar antarabangsa yang lazim pada masa sekarang dari sebuah ekonomi kaunti yang terkemuka di China dengan pencapaian ekonomi perbandaran yang mantap. Xiaoshan terletak di tebing selatan di Sungai Qiantang di China. Daerah moden ini adalah tempat utama bagi Sidang Kemuncak G20 Hangzhou. Ia terkenal kerana pembangunan ekonomi mereka dan telah berulang kali memenangi tempat pertama dengan destinasi terbaik untuk pelaburan di tanah besar China. Sejak reformasi dan pembukaan di China, orang ramai di Xiaoshan telah mencipta suatu keajaiban dalam perkembangan ekonomi persendirian di China.

Lu Guanqiu, yang baru sahaja meninggal dunia, berasal dari Xiaoshan. Beliau dianggap sebagai "godfather" atau orang berpengaruh dalam perusahaan milik 
persendirian di China. Pada akhir 1970-an, beliau mengasaskan Kumpulan Wanxiang dan berkembang menjadi OEM pertama di China yang membekalkan komponen dan alat ganti automobil kepada General Motors. Anak syarikatnya di Amerika Syarikat telah membuka berdozen perniagaan di 26 negeri di Amerika Syarikat dan telah mewujudkan lebih 8,000 peluang pekerjaan di Amerika Syarikat. Negeri Illinois mengisytiharkan 12 Ogos pada setiap tahun sebagai "Hari Wanxiang" sebagai pengiktirafan di atas sumbangan syarikat China itu kepada negeri berkenaan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1986 sebagai sebuah syarikat kimia, Kumpulan Chuanhua telah mula berkembang untuk menjadi sebuah perusahaan persendirian moden yang terkenal dan pelbagai.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Xiaoshan, "heavyweight” atau ekonomi paling berpengaruh di China, memikul misi untuk "menggerakkan peralihan ekonomi dan sosial yang menyeluruh menerusi transformasi bandar raya." Kerajaan tempatan menyedari bahawa inovasi adalah pemacu nombor satu untuk 
pembangunan.

Pelabuhan Maklumat Teluk Hangzhou, yang terletak di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Xiaoshan, merupakan sebuah platform "inkubasi" yang penting bagi industri Internet di Xiaoshan. Di sini telah mengumpulkan lebih daripada 30 syarikat Internet terkenal di China dan telah menjadi daya penggerak penting bagi Xiaoshan untuk melangkah ke hadapan dari sebuah kawasan pembuatan kepada sebuah kawasan ekonomi maklumat.

Pada masa ini, bentuk perindustrian baharu Xiaoshan, dengan pembuatan pintar sebagai terasnya, sedang berkembang. Pakatan data besar perindustrian China yang pertama dan makmal data besar perindustrian yang pertama telah diwujudkan di Xiaoshan. Gergasi Internet seperti Alibaba dan Netease, serta syarikat AI yang terkemuka kesemuanya telah memilih untuk menetap di sana.

Tempat utama bagi Sidang Kemuncak G20 Hangzhou ialah Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou di Xiaoshan. Blok di mana ia ditempatkan – Bandar Raya Ekspo Sukan Olimpik akan juga menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Menurut statistik, dari 25 September 2016 ketika pusat itu dibuka sehingga sekarang, ia telah menganjurkan keseluruhannya lebih 1,800 persidangan dan 37 pameran dengan jumlah ruang pameran lebih dari 3.5 juta meter persegi. Dewan Experience bagi Sidang Kemuncak G20 telah menerima satu juta kunjungan.

Meraih pengiktirafan daripada penganjur persidangan antarabangsa, Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou pada tahun 2017 berjaya menyertai ICCA (Persatuan Kongres & Konvensyen Antarabangsa), dan menjadi ahli tunggal di China bagi UIA (Persatuan Kesatuan Antarabangsa). Pada masa akan datang, akan terdapat lebih banyak pameran, persidangan dan acara kebudayaan antarabangsa.

Adalah difahamkan bahawa Xiaoshan akan dibina ke dalam bandar raya pameran yang paling dinamik di China dan destinasi utama dunia bagi konvensyen dan pameran. Dianggarkan bahawa menjelang tahun 2019, jumlah hasil pameran akan mencapai lebih 15 bilion yuan (2.3 bilion dolar Amerika) dan akan ada lebih 1,000 persidangan antarabangsa yang akan dianjurkan. Ia boleh diramalkan bahawa Xiaoshan akan dengan itu membangunkan sebuah industri baharu -- pameran bertaraf mewah.

Selepas Sidang Kemuncak G20 Hangzhou, Xiaoshan telah menjadi sebuah daerah bandar yang penting yang menghubungkan Hangzhou dengan dunia. Pada masa akan datang, daerah itu akan dengan bersungguh-sungguh membangunkan industri konvensyen dan pameran, dan semua usaha akan dibuat untuk membinanya menjadi sebuah bandar raya antarabangsa China yang berdasarkan kepada konsep "Pameran +".

SUMBER: Kerajaan Daerah Xiaoshan 

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=301333

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.