ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KEJOHANAN MARATON ASIA KE-16 BERMULA DI DONGGUAN CHINA

Monday 27/11/2017



AsiaNet 71245
 
DONGGUAN, China, 27 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 26 November, Kejohanan Maraton Asia ke-16 & Maraton Antarabangsa Dongguan 2017 bermula di Dongguan, China. Pesta larian itu telah menarik kehadiran 40 orang atlet profesional dan lebih 30,000 orang pelari dari 18 buah negara dan wilayah. GOPI THONAKAL dari India dan KIM HYE GYONG dari Republik Rakyat Demokratik Korea atau DPRK telah masing-masing memenangi acara maraton lelaki dan wanita pada kejohanan itu. Dengan menganjurkan Kejohanan itu, Dongguan telah diberikan peluang untuk meraih perhatian dunia sebagai sebuah bandar raya yang dinamik dan menawan.
 
Pada sekitar pukul 7:30 pagi pada 26 November, pertandingan itu bermula dengan satu das tembakan permulaan oleh tetamu terkenal termasuk Dr. Talib F Al-Sa, naib presiden bagi Persatuan Olahraga Asia (AAA), Maurice R. Nicholas, setiausaha agung AAA dan Lv Yesheng, setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Dongguan. Adalah diketahui bahawa pertandingan ini terdiri daripada empat acara, iaitu maraton penuh (42.195 km), separuh maraton (21.0975 km), maraton mini (5.2 km) dan Karnival Larian Ria (2.6 km).
 
Adalah difahamkan bahawa Kejohanan Maraton Asia melambangkan pertandingan antarabangsa di peringkat paling tinggi di dalam larian maraton di jalan raya di Asia. Dongguan adalah merupakan bandar raya ketiga di China untuk menjadi tuan rumah selepas Beijing dan Hong Kong. Ia benar-benar menjustifikasikan kemasyhurannya sebagai penyokong bagi sukan untuk semua, selain menjadi sebuah bandar raya yang terkenal di dunia kerana pembuatan pintar dan kebudayaannya yang bersejarah. Di sepanjang laluan pembangunan bandar, Dongguan telah lama melaksanakan visi pembangunan hijau. Pencapaiannya di dalam meninggikan persekitaran bandar raya dan meningkatkan kuasa lembut telah memberikan faedah ketara kepada penduduk tempatan. Itu adalah sebab di sebalik ia menjadi bandar raya tuan rumah bagi banyak lagi acara sukan antarabangsa yang utama.
 
Pada tahun 2019, Kejohanan Maraton Asia akan sekali lagi diadakan di Dongguan, yang akan menjemput pelari-pelari yang berdedikasi dari seluruh dunia. Dan bandar raya itu akan menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia Bola Keranjang FIBA ​​sebagai bandar raya tuan rumah bersama pada tahun yang sama. Mengguna pakai idea bahawa "Acara-acara Utama Mencergaskan sebuah Bandar Raya", Dongguan telah sejak tahun 2015 menjadi tuan rumah bagi BWF Piala Sudirman, Maraton Antarabangsa Tasik Songshan 2016 dan kini Kejohanan Maraton Asia ke-16 & Maraton Antarabangsa Dongguan. Acara-acara yang hebat ini membuat dan akan terus menjadikan Dongguan sebagai sebuah bandar raya yang lebih bersemangat dan penuh daya tarikan dengan sebuah pangkalan besar-besaran sukan yang penuh bangga.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Kejohanan Maraton Asia ke-16
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.