ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  FORUM ANTARABANGSA IMPERIAL SPRINGS 2017 DI GUANGZHOU: BEKAS PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK ANTARABANGSA MENYUMBANG KEPADA KEBIJAKSANAAN TADBIR URUS GLOBAL

Monday 04/12/2017



AsiaNet 71330
 
GUANGZHOU, China, 4 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Lebih 20 bekas ketua-ketua negara dan kerajaan dan lebih 80 pakar berwibawa dan pemimpin perniagaan dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di Guangzhou, China pada 28 November, untuk menghadiri Forum Antarabangsa Imperial Springs 2017. Dalam enam bentuk simposium yang berbeza di bawah tema "Membentuk Semula Tadbir Urus Global dan Perspektif China", mereka telah membincangkan mengenai misi pembangunan berhubung perkara-perkara yang berbeza di bawah corak baharu pemerintahan global agar dapat menyumbangkan kebijaksanaan mereka untuk membina komuniti bagi masa hadapan bersama untuk manusia sejagat.

Bekas-bekas pemimpin politik antarabangsa termasuk Ban Ki-moon, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Vaira Vike Freiberga, bekas Presiden bagi Republik Latvia dan Presiden bagi Perikatan Kepimpinan Dunia-Kelab de Madrid dan Philip Michael Jeffery, bekas Gabenor Australia, turut serta di dalam Forum itu. Mereka semua berpendapat bahawa imbangan kuasa dunia pada masa ini telah berubah dan cabaran-cabaran global semakin meningkat. Memperkukuh dan mempromosikan pembaharuan bagi sistem tadbir urus global telah menjadi trend mengikut peredaran masa kini.

Bercakap pada forum itu, Ban Ki-moon berkata bahawa meningkatkan sistem tadbir urus antarabangsa perlu meningkatkan kepimpinan antarabangsa bagi kuasa-kuasa besar. Dunia kini berada dalam peralihan, tetapi rangka tindakan bagi sebuah dunia yang lebih baik belum lagi direalisasikan. Cabaran dan halangan populisme telah menghalang rangka tindakan itu. Keganasan semakin merebak. Fahaman pelampau yang ganas masih merupakan satu tumor. Kita perlu bekerja keras untuk mengubah sistem tadbir urus antarabangsa itu.

Semasa membincangkan cara bagaimana untuk mendorong perubahan di dalam sistem tadbir urus global, peserta di dalam forum ini dapat memahami, dari dekat dan pelbagai perspektif, mengenai pemikiran China berhubung konsep baharu bagi tadbir urus antarabangsa dan mengadakan satu perbincangan yang mendalam tentang topik-topik seperti keamanan, keselamatan, perdagangan, kewangan dan pembangunan mapan di bawah corak baharu bagi tadbir urus global dan satu analisis mengenai bagaimana untuk mencapai pembangunan aman yang inklusif dan mapan di bawah perintah baharu bagi tadbir urus antarabangsa.

Jenny Shipley, bekas Perdana Menteri New Zealand, berkata pada Forum itu bahawa Sidang Kemuncak G-20 di Hangzhou merupakan satu kejayaan bagi sistem tadbir urus antarabangsa yang baharu. China memainkan satu peranan yang lebih penting di arena antarabangsa dan pada masa yang sama negara-negara dan ekonomi baru muncul sedang menjalani perubahan penting, negara-negara 5 BRICS akan mempunyai satu perkadaran yang semakin meningkat di dalam ekonomi antarabangsa. Mengambil konsep tadbir urus bagi perkongsian dan pembangunan mapan akan menjadi satu bahagian yang penting di dalam pembangunan negara kita sendiri dan dunia. Masyarakat antarabangsa tidak boleh kembali kepada jalan lama yang bertentangan di antara Timur dan Barat.

Tetamu di kebanyakan negara yang mengambil bahagian sebulat suara menghargai peranan China yang berterusan sebagai sebuah kuasa besar yang bertanggungjawab, peserta aktif di dalam pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus global dan penyumbang kepada kebijaksanaan dan kekuatan China.

Forum Antarabangsa Imperial Springs, yang diadakan secara bersama oleh Persatuan Rakyat China bagi Persahabatan dengan Negara-negara Asing (CPAFFC) dan Persatuan Persahabatan dan Pertukaran Australia China (ACFEA), telah mengadakan tiga sesi sejak itu kelulusan kerajaan China pada tahun 2015. Melalui perbincangan topik-topik yang hangat di dalam bidang politik, ekonomi dan budaya, sesi yang berturut-turut telah meningkatkan pemahaman dan konsensus bagi semua pihak dan seterusnya mempromosikan kerjasama serantau dan global. Forum itu telah menjadi satu platform utama di China untuk diplomasi bukan kerajaan dan pertukaran antarabangsa.

Zhou Zerong, Presiden bagi Persatuan Persahabatan dan Pertukaran Australia China (ACFEA), berkata ucapan-ucapan yang membina dan berinisiatif oleh tetamu-tetamu telah membantu kami menganalisis cabaran dan peluang yang dihadapi oleh tadbir urus global pada masa ini dari lebih banyak perspektif, dan memahami dan sedar mengenai visi dan saranan China mengenai penyertaannya di dalam tadbir urus global. Ia juga membawa pencerahan baharu kepada masyarakat antarabangsa dan menyuntik dorongan baharu ke dalam pembaharuan tadbir urus global. Beliau menegaskan bahawa Forum Antarabangsa Imperial Springs akan terus menyumbang kepada pengembangan pembaharuan tadbir urus di China dan di seluruh dunia untuk pembangunan mapan bagi manusia sejagat.
 
SUMBER: Jawatankuasa Penganjur bagi Forum Antarabangsa Imperial Springs
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.