ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SELAMAT DATANG KE LALUAN BERBASIKAL EHIME, JEPUN: ACARA BERBASIKAL ANTARABANGSA LALUAN LAUT PEDALAMAN SETO SHIMANAMI "BERBASIKAL SHIMANAMI 2018" KINI DIJADUALKAN

Friday 08/12/2017



AsiaNet 71400

MATSUYAMA, Jepun, 6 Dis, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Pada 28 Oktober 2018, Ehime di wilayah barat Jepun akan menganjurkan acara berbasikal antarabangsa "Berbasikal Shimanami" dengan kira-kira 7,000 penunggang basikal dari seluruh dunia dijangka mengambil bahagian.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201712048639/?images)
 
"Laluan Laut Pedalaman Seto Shimanami" mempunyai satu siri jambatan merentasi pulau-pulau yang indah yang menghubungkan Bandar raya Imabari di Ehime dengan Bandar Raya Onomichi di Hiroshima. Ia dipilih sebagai satu daripada "tujuh laluan basikal yang terbaik" oleh laman maklumat pelancongan CNN Amerika dan telah menerima sebuah bintang Michelin dari "Panduan Hijau Jepun Michelin." Ia sering dirujuk sebagai sebuah "tempat perlindungan berbasikal" di Jepun. Satu acara berbasikal (bukan satu perlumbaan) akan berlangsung di Laluan Laut Shimanami. Di sana akan terdapat tujuh laluan yang mengagumkan dan menyegarkan yang memberi tumpuan kepada bersiar-siar. Satu daripada laluan itu adalah laluan Imabari-Onomichi, di mana penunggang akan berkayuh sepanjang 43km merentasi sebuah jambatan lebuh raya. Permohonan untuk acara itu akan bermula dari April 2018 di laman web rasmi: http://cycling-shimanami.jp/english/
 
Imabari, tempat permulaan untuk acara itu di Shikoku, adalah sebuah tapak bersejarah yang merupakan tempat bagi “Lanun Murakami," yang dikatakan adalah lanun pahlawan laut yang paling kuat semasa Tempoh Berperang di antara Negeri-negeri. Melawat ke "Muzium Tentera Laut Murakami" dan kemudian “Menaiki Bot Bersiar-siar ke Jeram Selat Kurushima" adalah di antara beberapa aktiviti yang popular di kawasan itu. "Taman Pemerhatian Gunung Kiro," yang mempunyai suatu pemandangan yang indah mengenai "Selat Kurushima" dan "Jambatan Kurushima Kaikyo," telah dipilih sebagai tempat pemerhatian kedua terbaik di dalam "Kedudukan Tempat Pemerhatian Jepun 2017 "oleh Trip Advisor.

Kawasan itu penuh dengan alam semula jadi, sejarah dan budaya, yang menjadi kediaman bagi tempat-tempat sebagai "Kuil Oyamazumi" yang dikatakan sebagai "dewa tempatan bagi Jepun" dan memiliki kira-kira 80% daripada perisai dan topi yang telah ditetapkan sebagai khazanah negara atau harta kebudayaan yang penting di Jepun, dan "Istana Imabari," yang dibuat oleh pembina istana utama Takatora Todo. Hidangan tempatan yang dikatakan telah dimakan oleh Lanun Murakami, seperti "Horakuyaki," "Imabari yakitori" dan "daging khinzir Imabari dan mangkuk nasi telur" juga merupakan makanan istimewa yang popular.
 
https://www.visitehimejapan.com/en
https://www.youtube.com/watch?v=OjyfU8968OI
 
SUMBER: Kerajaan Wilayah Ehime

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.