ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  "KAUNTER BAYARAN BALIK CUKAI" DIBUKA DI BANDAR SKYTREE TOKYO PADA 29 NOV. 2017, UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHAN PELANCONG ASING

Friday 08/12/2017

AsiaNet 71452

TOKYO, 8 Dis, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
TOBU RAILWAY CO., LTD., TOBU TOWER SKYTREE CO., LTD. dan TOBU TOWN SOLAMACHI CO., LTD. sedang bersama-sama mempromosikan pelan "Alam Ajaib Shitamachi (kawasan bandar lama tradisional dengan suasana Edo feudal)" mereka menuju ke arah satu era baharu setelah lima tahun berlalu sejak BANDAR SKYTREE TOKYO dibuka.

Sebagai sebahagian daripada pelan itu, "KAUNTER BAYARAN BALIK CUKAI" telah dibuka di BANDAR SKYTREE TOKYO pada Rabu, 29 November, 2017, untuk membolehkan pelancong dari luar negara melalui prosedur untuk menerima bayaran balik atau pengecualian cukai bagi barangan yang mereka beli di kebanyakan kedai di BANDAR SKYTREE TOKYO, dengan itu meningkatkan lagi kemudahan bagi pengunjung asing.

Di kaunter ini, pelancong ke dalam negara kini boleh memohon untuk bayaran balik atau pengecualian cukai berdasarkan kepada jumlah harga barangan yang mereka beli di beberapa buah kedai di BANDAR SKYTREE TOKYO walaupun mereka sebelum ini perlu melalui prosedur sedemikian di setiap tempat di mana mereka membuat pembelian itu. Kaunter itu boleh mengendalikan prosedur pembayaran balik dan pengecualian cukai bagi barangan yang dibeli di sejumlah 79 buah kedai di BANDAR SKYTREE TOKYO, termasuk yang telah mengendalikan prosedur sedemikian secara sendiri.

"THE SKYTREE SHOP," kedai rasmi bagi SKYTREE TOKYO, akan mengambil bahagian di dalam projek itu bermula pada musim bunga tahun 2018, dan jumlah kedai yang menyertai projek ini akan meningkat secara berperingkat-peringkat.

Pegawai-pegawai di TOBU RAILWAY, TOBU TOWER SKYTREE dan TOBU TOWN SOLAMACHI mengatakan mereka bertekad untuk melaksanakan langkah-langkah baharu bagi meningkatkan perkhidmatan bagi pelancong ke dalam negara di samping sebuah pejabat maklumat pelancongan untuk pelancong ke dalam negara yang disahkan secara rasmi oleh Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO), penukar mata wang automatik dan perkhidmatan Wi-Fi percuma, yang kesemuanya sudah terdapat di BANDAR SKYTREE TOkYO.

(Imej 1: Reka bentuk luaran bagi "KAUNTER BAYARAN BALIK CUKAI"
http://prw.kyodonews.jp/img/201712068768-O1-s7OpKRjH)
 
(Logo: http://prw.kyodonews.jp/img/201712068768-O4-ZA2574Nu)
 
(Imej 2: Panduan gourmet
http://prw.kyodonews.jp/img/201712068768-O2-YI9sVFbI)
 
(Imej 3: Panduan cenderahati
http://prw.kyodonews.jp/img/201712068768-O3-5J9WB9ja)
 
Untuk butiran lanjut, sila layari: http://www.tokyo-solamachi.jp/pdf/taxfree_guide.pdf
 
 
Sumber: TOBU RAILWAY CO., LTD.
TOBU TOWER SKYTREE CO., LTD.
TOBU TOWN SOLAMACHI CO., LTD.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.