ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PELANCARAN USAHASAMA "myWAKAF" AIBIM DAN MAIK

Thursday 18/01/2018



KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) semalam telah menandatangani perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Majlis perasmian dan menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.
 
Inisiatif yang dikenali sebagai “myWakaf” ini membolehkan enam (6) buah insititusi perbankan Islam yang merupakan ahli-ahli AIBIM bekerjasama dalam menyediakan saluran perkhidmatan perbankan untuk memudahkan para penyumbang melaksanakan ibadah wakaf bagi pembangunan projek wakaf di Malaysia. Usahasama wakaf Maik Muamalat ini merupakan perjanjian usahasama yang kedua dimeterai di dalam inisiatif “myWakaf” selepas Maybank Islamic Berhad bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) .
 
AIBIM yang diwakili Presiden, Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat sewaktu majlis ini menjelaskan bahawa pelaksanaan wakaf Maik Muamalat turut didokong lima buah institusi Perbankan Islam lain yang bergabung di bawah AIBIM iaitu Affin Bank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad; Bank Rakyat, Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad
 
Beliau turut menyatakan bahawa dana yang dikutip akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) antara Bank Muamalat dan MAIK yang akan merangka dan melaksanakan aktiviti wakaf terutamanya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi termasuk pelaburan yang difikirkan sesuai bagi menjana dana wakaf sedia.

 
Terdahulu pada 6 September 2017, enam (6) buah institusi perbankan Islam telah memeterai Perjanjian Usahasama Strategik Dana Wakaf sebagai satu usaha murni bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri membangunkan projek-projek wakaf di Malaysia. Kerjasama strategik ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi industri perbankan Islam dalam menyediakan pengantaraan berasaskan nilai kepada para pengguna.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi AIBIM di 03-20268002/3.
 
Tentang AIBIM
 
Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) telah ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa ini, AIBIM mempunyai keahlian seramai 27 bank anggota. Organisasi ini menggalakkan sistem perbankan Islam yang kukuh di Malaysia; mewakili kepentingan ahli di dalam dan di luar negara; memberikan nasihat dan bantuan kepada para ahli dalam pembangunan perbankan dan kewangan Islam di peringkat tempatan, serantau dan global; menyelaras inisiatif pembangunan modal insan, serta meningkatkan kesedaran awam.

Sumber : Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ratna Sha’erah Kamaludin
Pengarah, AIBIM
Tel : +603-2026802/8003
Emel : ratna@aibim.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.