ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  1000 ORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN DI PAKISTAN AKAN MENERIMA PENDIDIKAN MELALUI BIG HEART FOUNDATION DAN TABUNG MALALA

Thursday 18/01/2018



SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Big Heart Foundation (TBHF), sebuah badan amal kemanusiaan global yang berpusat di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu, sedang membiayai fasa kedua untuk sebuah sekolah bagi kanak-kanak perempuan di Pakistan selaras dengan dedikasi mereka untuk memastikan kanak-kanak mempunyai akses kepada pendidikan, sekali gus membolehkan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti mereka. Projek itu akan dibiayai oleh ‘Tabung Kanak-kanak Perempuan' TBHF, dengan kerjasama ‘Tabung Malala', yang dilancarkan oleh pemenang Hadiah Nobel dan aktivis pendidikan, Malala Yousafzai.

Inisiatif itu telah diumumkan dengan kehadiran Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi, Utusan Khas Kemanusiaan bagi Big Heart Foundation dan Malala Yousafzai berikutan satu perjanjian yang ditandatangani di Oxford oleh Mariam Al Hammadi, Pengarah TBHF, dan Farah Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Tabung Malala.

Sekolah itu sedang dibina di Lembah Swat, di daerah kediaman Yousafzai di Pakistan. Sumbangan TBHF sebanyak USD 700,000 akan membiayai pembangunan bagi fasa kedua sekolah itu, yang dijangka siap pada April 2018. Ia akan membuka pintunya kepada 350 orang kanak-kanak perempuan yang ditempatkan di 11 buah bilik darjah. Secara beransur-ansur, perkhidmatan pendidikan dan infrastruktur sekolah itu akan berkembang untuk menampung 1,000 pelajar daripada semua gred.

Tabung Kanak-kanak Perempuan TBHF akan juga meliputi sebahagiannya bagi dua tahun pertama kos operasi sekolah, termasuk gaji kakitangan, perbelanjaan perubatan dan keselamatan, pengangkutan, pakaian seragam, buku dan alat tulis.

Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi berkata: "Di bawah visi Yang Mulia Syeikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Anggota bagi Majlis Tertinggi Pemerintah Sharjah, dan arahan daripada Isteri beliau, Yang Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, amiriah bagi Sharjah percaya bahawa mendidik generasi akan datang adalah merupakan satu tanggungjawab asas bagi setiap masyarakat."

Mengulas mengenai perjanjian itu, Malala Yousafzai, berkata: "Saya amat berterima kasih kepada Big Heart Foundation kerana mempercayai impian saya tentang sebuah dunia di mana anak-anak perempuan boleh memilih laluan masa depan mereka sendiri. Dengan sokongan mereka, Tabung Malala dapat menyediakan pendidikan untuk anak-anak perempuan di kampung halaman saya di Lembah Swat di Pakistan."

Pada Jun 2015, Yang Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi secara rasminya telah melancarkan Big Heart Foundation serentak dengan Hari Pelarian Sedunia. Yayasan itu bertujuan untuk melindungi dan membolehkan anak-anak dan keluarga mereka yang mudah terjejas dan dipinggirkan, dengan menumpukan perhatian terutamanya kepada dunia Arab, tetapi memperluaskan sokongan ke daerah-daerah yang sangat memerlukan.
 

Hubungi
Fadia Daouk
National Network Communications (NNC)
Telefon Bimbit: +971 52 617 2111
 
Sumber: Sharjah

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180117005590/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.