ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  VIETNAM SEBAGAI HAB BLOCKCHAIN GLOBAL SETERUSNYA - MINGGU BLOCKCHAIN VIETNAM

Friday 19/01/2018



HO CHI MINH, Vietnam, 19 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vietnam akan mengacarai Vietnam Blockchain Week (Minggu Blockchain Vietnam) - persidangan global pertama yang dikhususkan untuk teknologi dan pembangunan Blockchain.

Perkembangan Pesat Blockchain di Asia Tenggara

Bank Malaysia telah memulakan sistem pembayaran Blockchain, syarikat inkubator Singapura membuat pelaburan besar di dalam perniagaan permulaan teknologi 4.0, India meletakkan hak milik tanah pada Blockchain manakala pengawal atur Indonesia membangunkan sandbox teknologi - Asia Tenggara pantas membangun sebagai rantau yang bersedia menerima, meneroka dan membuat pembaharuan terhadap teknologi Blockchain. Vietnam adalah negara terbaru yang mendapat perhatian bagi potensinya sebagai hab besar.

Mengapa Vietnam?

Potensi Vietnam sebagai peneraju Blockchain akan diketengahkan pada persidangan besar Blockchain pertama negara itu. Ekonomi negara tersebut adalah antara yang paling pesat berkembang di dunia (6-7% pembangunan setahun) dengan populasi belia (lebih 40% daripada 95 juta populasi adalah di bawah umur 24 tahun) yang dahagakan teknologi Blockchain dan 4.0 lain. Pada tahun 2017, universiti di seluruh Vietnam mula menawarkan kursus Blockchain eksklusif. Siswazah yang terdorong serta bakat teknologi Vietnam yang berpandangan jauh dan bersemangat kini meneroka inovasi dipacu Blockchain untuk sektor teknologi dan perkhidmatan negara tersebut yang semakin berkembang. Minggu Blockchain Vietnam akan membincangkan kesan terhadap bidang ini di dalam dan luar rantau tersebut.

Mengapa Minggu Blockchain Vietnam?

Minggu Blockchain Vietnam akan mempamerkan perkembangan signifikan Blockchain dalam negara tersebut serta banyak syarikat, institusi dan organisasi yang terlibat. Dua panel dan trek pembentangan yang dipilih berdasarkan keunikan akan tersedia - satu untuk perniagaan/pengawal atur dan satu untuk pembangun. Topik utama termasuklah usaha pengeraman, cara Blockchain boleh mempengaruhi pihak tanpa bank, rantaian bekalan global dan sistem pembayaran digital dan Internet untuk segala-galanya. Peranan Blockchain dalam Regtech akan ditekankan, termasuk perbincangan tentang pengawalan Blockchain, perkongsian kerajaan dan perkhidmatan pematuhan. Perhatian khusus juga akan diberikan terhadap pemeriksaan lanskap Blockchain Vietnam.

Pakar teknologi, pengawalan dan pembangunan daripada syarikat permulaan Blockchain dan syarikat besar dari Vietnam serta seluruh dunia akan berkongsi pengalaman, wawasan dan pengetahuan mereka dengan lebih daripada 1,500 profesional yang hadir. Jurucakap termasuklah eksekutif di Hong Kong Fintech Association, NEO, Hyperledger dan National Payment Corporation of Vietnam.

Vietnam berada pada kedudukan unik untuk menjadi negara termaju dalam kalangan komuniti Blockchain global dan persidangan ini akan memberikan gambaran kesannya pada masa hadapan.


Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/deac5fd7-8b50-450b-a7b7-917c5bfb4a99


Untuk peluang kerjasama/tajaan sila hubungi events@blockchainlabs.asia


SUMBER : Infinity Blockchain Labs

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.