ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SEBAR KANDUNGAN JELIK, AHLI PARLIMEN TAIPING DISIASAT

Friday 19/01/2018



KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK Perak hari ini (18 Januari 2018) telah menjalankan operasi serbuan di beberapa lokasi berlainan melibatkan premis Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming masing-masing di Ayer Tawar, Taiping dan  Ipoh susulan aduan terhadap ahli parlimen DAP itu yang didakwa menyebarkan kandungan jelik menerusi laman media sosialnya. 

Dalam serbuan yang dijalankan sekitar jam 3.00 petang itu, beberapa peralatan komunikasi telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.   


SUMBER : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Markus Lim Han King
Tel : 019 600 1694
Emel : markus.lim@cmc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.