ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  PATEN AMERIKA SYARIKAT YANG BAHARU UNTUK SOLIDIA TECHNOLOGIES BAGI PRESTASI DAN KEMAMPANAN TERMAJU BAGI BAHAN BINAAN KONKRIT CO2-YANG DIAWET

Monday 22/01/2018



PISCATAWAY, N.J., 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu paten untuk struktur Solidia Concrete™ CO2-yang diawet, sekali gus memajukan prestasi dan kemampanan bagi bahan-bahan yang tersedia untuk industri pembinaan dan bahan-bahan di seluruh dunia. Solidia Technologies® memegang hak pelesenan eksklusif kepada paten itu, yang dipegang oleh Universiti Rutgers, di mana generasi asal bagi bahan itu telah dicipta.

Paten Amerika Syarikat Nombor 9,868,667, "Unsur Pengikatan, Matriks Pengikatan dan Bahan Komposit Memiliki Unsur Pengikatan dan Kaedah bagi Pengilangan Yang Ada," meliputi komposisi bagi bahan konkrit bukan hidraulik.

"Ikatan hidrat itu di dalam bahan konkrit konvensional boleh menjejaskan kekuatan dan ketahanan bahan," jelas Ketua Pegawai Teknologi Solidia Nicholas DeCristofaro, Ph.D. "Dengan konkrit CO2-yang diawet, elemen pengikatan yang berasaskan silika dan kalsium karbonat menghasilkan pelbagai sifat yang menarik, termasuk kekuatan mekanikal, ketahanan terhadap kemerosotan beku cair, dan ketahanan terhadap serangan sulfat."

Solidia menangani matlamat industri simen untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka, yang menyumbang antara 3-5% bagi pencemaran CO2 dunia. Proses Solidia bermula dengan penjimatan tenaga, simen yang mampan, kemudian konkrit diawetkan dengan CO2, mengurangkan jejak karbon bagi simen dan konkrit sehingga 70%, dan mengitar semula 60% hingga 80% air yang digunakan di dalam pengeluaran. Dengan menggunakan bahan mentah yang sama dan peralatan yang sedia ada sebagai konkrit tradisional, produk yang dihasilkan adalah berprestasi lebih tinggi, mengurangkan kos untuk menghasilkannya, dan masa yang diambil untuk mengawet kurang dari 24 jam.

"Konkrit generasi akan datang kami menawarkan daya saing yang kompetitif kepada pasaran konkrit bernilai AS$1 trilion dan simen bernilai AS$300 bilion di seluruh dunia, sekali gus memajukan keuntungan dan kemampanan di dalam sebuah industri yang memerlukan kedua-duanya," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Solidia, Tom Schuler.

Pada masa ini ia berada di dalam pengkomersialan untuk aplikasi berskala besar dan kecil, tumpuan teknologi di peringkat awal adalah pada aplikasi prapasang yang tidak diperkuatkan, termasuk penurap dan blok. Solidia kini sedang membangunkan proses untuk aplikasi yang diperkuatkan, termasuk konkrit berudara, hubungan kereta api, panel seni bina dan penerobosan teras berongga.

Estet paten bagi Solidia termasuk lebih 200 aplikasi paten di seluruh dunia, dengan 32 yang dikeluarkan dan 14 yang dijadualkan. Pelabur termasuk Kleiner Perkins Caufield & Byers, Bright Capital, BASF, BP, LafargeHolcim, Total Energy Ventures, Air Liquide, OGCI Climate Investments, Bill Joy dan pelabur-pelabur persendirian yang lain.

Ikuti Solidia Technologies di www.solidiatech.com dan di LinkedIn, YouTube dan Twitter: @SolidiaCO2.

Hubungi

YUI+Company, Inc.
Ellen Yui, 301-270-8571
ellenyui@yuico.com

Sumber: Solidia Technologies

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180119005608/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.