ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  FORWARD INDUSTRIES MEMPEROLEH INTELLIGENT PRODUCT SOLUTIONS

Monday 22/01/2018



WEST PALM BEACH, Fla. dan HAUPPAUGE, N.Y., 22 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Forward Industries (NASDAQ:FORD) hari ini mengumumkan pemerolehan Intelligent Product Solutions (IPS), syarikat peneraju industri reka bentuk dan pembangunan produk yang berpusat di Long Island, New York dengan bahan pertimbangan yang terdiri daripada wang tunai, ekuiti dan pendapatan luar jangka.

Pelanggan IPS termasuklah jenama terkemuka dalam elektronik pengguna, peranti perubatan, penyedia penyelesaian perusahaan dan keselamatan serta penyelesaian sambungan Internet Benda, termasuk Google, Physio Control, PepsiCo, Motorola, ABInBev, Zebra dan Charity Water.  

Mengulas tentang transaksi tersebut, Terry Wise, CEO Forward Industries berkata, “Saya gembira dan teruja dengan pemerolehan IPS. Syarikat tersebut secara strategiknya sesuai untuk Forward Industries. Kepakaran dan rekod pencapaiannya yang kukuh dalam mereka bentuk produk bersambung/IOT dan membangunkan produk seperti botol pil ‘pintar’ AdhereTech akan menguatkan dan memberi sumbangan yang ketara kepada Forward Industries. Sebagai satu Kumpulan, kami kini mampu menawarkan perkhidmatan reka bentuk, pembangunan, pengilangan dan pengedaran yang lengkap. Masa depan yang cerah menanti kami.”

Menurut Mitch Maiman, CEO bagi IPS, “Forward Industries adalah rakan kongsi ideal untuk IPS kerana kekuatannya dalam produk perubatan. Kami akan terus memberikan perkhidmatan reka bentuk dan pembangunan produk yang terbaik. IPS juga akan terus komited terhadap pasukan kami dan akan mengekalkan pejabat kami di Long Island dan Minneapolis.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang terma transaksi tersebut, sila lihat Borang 8-K yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 18 Januari 2018. 

Perihal Forward Industries

Ditubuhkan pada tahun 1962 dan beribu pejabat di West Palm Beach, Florida, Forward Industries ialah pereka bentuk dan pengedar global untuk penyelesaian pembawaan dan keselamatan tersuai. Syarikat tersebut mempunyai rekod pencapaian keupayaan sumber Far Eastern selama lebih daripada 30 tahun. Forward mempunyai subsidiari di Switzerland dan UK. Produk Forward boleh dilihat dalam talian di www.forwardindustries.com

Perihal IPS

IPS, diasaskan pada tahun 2008, adalah sebuah syarikat reka bentuk dan pembangunan produk yang beribu pejabat di New York, dengan pejabat di Minneapolis. IPS menawarkan perkhidmatan reka bentuk produk dan kejuruteraan, termasuk Internet Benda dan penyelesaian teknologi boleh pakai. Keupayaan IPS yang bersepadu penuh termasuk seni reka perindustrian, kejuruteraan elektrik, mekanik dan sistem, kejuruteraan optik, kejuruteraan perisian tahap aplikasi dan perisian tegar tahap rendah, reka bentuk pengalaman pengguna/antara muka (UX/UI), pengurusan dan pemasaran program. Pelanggannya adalah antara jenama terkemuka dalam elektronik pengguna, peranti perubatan, penyedia penyelesaian perusahaan dan keselamatan serta penyelesaian terhubung Internet Benda, termasuk Google, Physio Control, Motorola dan Charity Water.  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang IPS, lawati www.intelligentproduct.solutions atau hubungi info@ips-yes.com atau @IPSdesigners.

Nota Peringatan Tentang Kenyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan masa hadapan termasuk kenyataan berkenaan sinergi dan peluang daripada pemerolehan syarikat. Perkataan "percaya," "mungkin," "menganggar," "terus," "menjangka," "berniat," "harus," "bercadang," "boleh," "mensasarkan," "berpotensi," "berkemungkinan," "akan," "berharap" dan ekspresi yang serupa, yang berkaitan dengan kami, adalah bertujuan untuk menandakan kenyataan masa hadapan. Kami membuat kenyataan masa hadapan ini terutamanya berdasarkan jangkaan dan ramalan semasa kami tentang peristiwa dan trend kewangan masa hadapan yang kami percaya mungkin mempengaruhi keadaan kewangan kami, hasil operasi, strategi perniagaan dan keperluan kewangan. Hasil yang dijangkakan daripada sebarang atau semua kenyataan masa hadapan ini mungkin tidak akan berlaku. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada hasil dalam kenyataan masa hadapan termasuk keupayaan kami untuk menyepadukan IPS ke dalam Forward dengan jayanya, perubahan yang mempengaruhi perniagaan tempat IPS beroperasi dan saingan daripada pihak ketiga. Maklumat lanjut tentang faktor risiko kami terkandung dalam pemfailan kami dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda mana-mana kenyataan masa hadapan secara umum, sama ada kerana ada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Hubungan: 
Mike Matte mewakili Terry Wise untuk Pertanyaan Forward Industries
(561) 465-0031
mmatte@forwardindustries.com

Lisa Hendrickson/LCH Communications untuk Pertanyaan IPS
(516) 767-8390
lisa@lchcommunications.com
 
SUMBER : Forward Industries, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.