ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  FIRMA BESAR LITIGASI MENGUMUMKAN TUNTUTAN MAHKAMAH BAGI PIHAK PEMEGANG SAHAM STEINHOFF; TUNTUTAN TERMASUK DELOITTE SEBAGAI DEFENDAN BERSAMA

Friday 02/02/2018



AsiaNet 72113 

DUBLIN, Ireland, 31 Jan. 2018 /Medianet International-AsiaNet/ --

 
BarentsKrans, satu daripada firma undang-undang litigasi massa yang terkemuka di Eropah, telah memulakan prosiding undang-undang bagi pihak pemegang saham Steinhoff International Holdings N.V. yang terkilan dengan tuntutan yang termasuk akauntan Deloitte sebagai defendan bersama.

Tuntutan oleh BarentsKrans itu akan dijalankan di Belanda dengan pemegang saham Steinhoff dari seluruh dunia layak untuk mengambil bahagian. Ia adalah susulan daripada  pengumuman oleh Steinhoff pada Disember tahun lepas bahawa akaunnya perlu dinyatakan semula, yang menyebabkan harga saham mereka jatuh menjunam sebanyak 80 peratus.

Pemegang saham yang membeli saham di dalam Steinhoff atau entiti pendahulunya Steinhoff International Holdings Limited di antara 26 Jun 2013 dan 6 Disember 2017 kini boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam kes itu di http://claimsfundingeurope.eu/projects/steinhoff/

Kes itu akan dibiayai oleh Claims Funding Europe, sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Maurice Blackburn Lawyers (firma guaman tuntutan mahkamah plaintif yang paling berjaya di Australia) dan firma pembiayaan International Litigation Funding Partners yang berpangkalan di Singapura. Claims Funding Europe pada masa ini sedang membiayai beberapa tuntutan mahkamah yang terbesar di dunia.

Di samping ditujukan kepada Steinhoff, berdasarkan kepada siasatan semasa terdapat juga alasan untuk memasukkan Deloitte sebagai defendan di dalam kes itu. Selama beberapa tahun Deloitte telah bertanggungjawab untuk mengaudit penyata kewangan Steinhoff dan entiti pendahulunya, Steinhoff International Holdings Limited.

Martin Hyde, pengarah bagi Claims Funding Europe berkata: "Selama bertahun-tahun pemegang saham Steinhoff telah diperdaya mengenai kedudukan kewangan sebenar bagi syarikat itu dan maklumat penting dirahsiakan daripada pasaran itu. Kerugian yang dialami oleh pemegang saham adalah sangat besar dan pelabur-pelabur yang mengalami kerugian berhak kepada pampasan. Daripada pemegang saham individu kepada tabung pencen yang besar, sudah tiba masanya bagi pelabur-pelabur Steinhoff yang terkilan untuk membuat suatu pendirian."

Jan-Willem de Jong, peguam di BarentsKrans berkata: "Pasaran itu benar-benar terkejut, dan ini ditegaskan oleh kejatuhan harga saham Steinhoff yang ketara. Jelas sekali bahawa pelabur-pelabur telah terjejas dalam satu cara yang signifikan dan kini sudah tiba masanya bagi mereka untuk menuntut pampasan."

Latar Belakang

Pada 6 Disember 2017, Steinhoff mengumumkan bahawa maklumat yang berhubung dengan 'penyelewengan perakaunan yang memerlukan siasatan lanjut' telah mendapat perhatian daripada Lembaga Pengawasan mereka dan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif mereka Markus Jooste telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

Pada 13 Disember 2017 Steinhoff mengumumkan bahawa akaun 2016 mereka perlu dinyatakan semula. Pada 2 Januari 2018, Steinhoff mengesahkan bahawa akaun 2015 dan 2016 untuk entiti pendahulu, Steinhoff International Holdings Limited, akan juga perlu dinyatakan semula dan bahawa "penyataan semula bagi penyata kewangan Steinhoff International Holdings Limited untuk tahun-tahun sebelum tahun 2015 berkemungkinan besar juga diperlukan".

Berikutan pengumuman yang bertarikh 5 Disember 2017 dan pengumuman berikutnya, harga saham Steinhoff telah jatuh menjunam lebih daripada 80 peratus.

Pemegang saham yang memperoleh saham di Steinhoff (atau entiti pendahulunya) di antara 26 Jun 2013 dan 6 Disember 2017 yang ingin menuntut ganti rugi di atas kerugian mereka adalah digalakkan untuk menghubungi Claims Funding Europe di steinhoff@claimsfundingeurope.eu

Siasatan jenayah, pengawalseliaan dan parlimen terhadap Steinhoff sedang dijalankan di dalam beberapa bidang kuasa. Tertakluk kepada hasil siasatan dan maklumat lanjut yang dikeluarkan oleh Steinhoff, skop dan tempoh yang berkaitan bagi kes itu boleh dilanjutkan atau diubah suai.
 
AKHIR
 
Claims Funding Europe dan BarentsKrans boleh diperolehi untuk ulasan lanjut:
 
Martin Hyde, Pengarah, Claims Funding Europe:
mhyde@claimsfundingeurope.eu
Tel: +353 1775 9506 atau (telefon bimbit) +353 87 1499877
 
Jan-Willem de Jong, Peguam, BarentsKrans
janwillem.dejong@barentskrans.nl
Tel: +31 70 3760698
 
SUMBER: Claims Funding Europe  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.