ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PERMOHONAN PENYERTAAN UNTUK MARATON AQUALINE CHIBA 2018 AKAN DIBUKA PADA 13 APRIL

Friday 30/03/2018



AsiaNet 72883

CHIBA, Jepun, 30 Mac, 2018 /Kyodo JBN/

Pada 21 Oktober (Ahad), 2018, "Maraton Aqualine Chiba 2018" akan diadakan di Wilayah Chiba iaitu bersebelahan dengan Tokyo. Acara itu mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti perasaan yang sangat menggembirakan berpunca daripada berlari melalui Lebuhraya Aqualine Teluk Tokyo yang melintasi Teluk Tokyo, dan lebih daripada 300,000 orang bersorak di tepi jalan. Pada kali ini, sejumlah 17,000 orang pelari yang beraksi dalam pertandingan maraton penuh, separuh maraton dan separuh maraton berkerusi roda akan diambil.
Permohonan penyertaan untuk Maraton Aqualine Chiba 2018 akan dibuka pada 13 April, (Jumaat).
 
(Foto 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/201803292475/_prw_PI1lg_fy2LpL1H.jpg)
 
(Foto 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/201803292475/_prw_PI2lg_6unSigAP.jpg)
 
 
1. Garis panduan pertandingan
(1) Tarikh: Ahad, 21 Oktober, 2018
 
(2) Jenis acara / bilangan peserta / had masa / yuran penyertaan
Jenis acara                     Bilangan peserta             Had masa                      Yuran
Maraton Penuh                        12,000                  6 jam                         JPY12,500
Separuh maraton                      5,000                  3 jam 10 minit             JPY9,500
Separuh maraton          kira-kira 10 orang             1 jam 5 minit              JPY9,500
Berkerusi roda
 
2. Proses penyertaan
Bagi orang yang memiliki kewarganegaraan asing, mereka boleh membuat permohonan untuk menyertai dalam kategori pelari asing.
 
(1) Tempoh permohonan:
Dari tengah hari pada 13 April (Jumaat) sehingga pukul 5 petang pada 8 Mei (Selasa)
* Tidak termasuk beberapa kategori khas. Juga, memandangkan kategori pelari asing itu adalah atas dasar tiba dahulu, layan dahulu, permohonan penyertaan akan ditutup apabila pemohon mencapai satu jumlah yang ditetapkan.

(2) Pemilihan peserta
- Kategori pelari asing: sehingga 350 pemohon akan diterima atas dasar tiba dahulu, layan dahulu.
- Kategori umum: Jika terdapat terlalu banyak pemohon, peserta yang layak akan diputuskan secara pengundian.
 
Garis panduan Permohonan (Bahasa Inggeris):
http://chiba-aqualine-marathon.com/2018/en/application-guidelines/
 
Video yang memperkenalkan Maraton Aqualine Chiba:
https://www.youtube.com/watch?v=jMMerViy2cs
 
 
Sumber: Jawatankuasa Perancangan Maraton Aqualine Chiba

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.