ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  WILAYAH SHIGA AKAN MELANCARKAN VIDEO PR "JELAJAH MASAKAN PREMIUM SHIGA JEPUN" DALAM LIMA BAHASA PADA 30 MAC UNTUK MEMPROMOSIKAN DAYA TARIKAN DAGING LEMBU BERJENAMA PALING TUA DI JEPUN, DAGING LEMBU OMI

Friday 30/03/2018



AsiaNet 72864 

OTSU, Jepun, 29 Mac, 2018 /Kyodo JBN-- AsiaNet/ --

Kerajaan Wilayah Shiga telah menghasilkan "Jelajah Masakan Premium Wilayah Shiga," sebuah video publisiti yang mempromosikan daya tarikan Daging Lembu Omi, satu daripada tiga jenama daging lembu "wagyu" yang utama di Jepun. Ia akan diposkan di YouTube dalam lima bahasa -- Bahasa Inggeris, Cina (kedua-dua bahasa tradisional dan dipermudahkan), Korea dan Thai -- pada Jumaat, 30 Mac, 2018.

Video ini menjejaki semula satu acara, bertajuk satu "Pengembaraan untuk Menikmati Sepenuhnya Daging Lembu Omi di Wilayah Shiga," yang telah diadakan pada Disember tahun lepas untuk mempromosikan Daging Lembu Omi dan tempat-tempat lawatan di Shiga dengan menjemput pengusaha pelancongan dari Hong Kong dan Singapura ke wilayah barat Jepun itu.

Lawatan empat hari itu bukan sahaja menampilkan semua jenis gourmet Daging Lembu Omi – yang mencakupi dari periuk panas shabu-shabu dan sukiyaki kepada stik hamburg dan stik daging lembu -- tetapi juga tarikan pelancong di Wilayah Shiga. Ia termasuk sebuah pelayaran di Tasik Biwa, tasik terbesar di Jepun; resort mata air panas di Ogoto Onsen, yang mempunyai sejarah hampir 1,200 tahun; Tokong Enryakuji di Gunung Hiei, sebahagian daripada sebuah tapak Warisan Dunia; dan Istana Hikone, satu daripada istana terkenal di Jepun. Video itu mengandungi ulasan oleh peserta pada akhir lawatan itu, seperti "Tasik Biwa sangat cantik! Saya mahu datang lagi ke sini. Daging Lembu Omi sangat lazat!" dan "Daging Lembu Omi shabu-shabu terasa sangat hebat!"

Daging Lembu Omi setakat ini telah dieksport ke Macau, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan Myanmar serta Taiwan, yang baru sahaja menyertai senarai destinasi eksport pada Oktober tahun lepas. Wilayah Shiga telah menganjurkan lawatan pemantauan dengan menyasarkan Hong Kong dan Singapura, di mana wagyu menarik banyak perhatian dan sebilangan besar bakal pembeli jika dibandingkan dengan negara lain, untuk mengadakan sebuah lawatan yang menggabungkan Daging Lembu Omi dan tempat-tempat bersiar di wilayah itu, yang bertujuan untuk mengembangkan permintaan bagi pelancongan ke dalam negara melalui Kyoto, menarik pelawat ke Shiga dan meningkatkan penggunaan Daging Lembu Omi.

Daging Lembu Omi: daging berjenama paling tua di Jepun
Daging lembu Omi mempunyai asal usulnya sejak 400 tahun lalu dan sejarahnya dianggap lama untuk daging lembu berjenama terkenal. Pada tahun-tahun awal ini, memakan daging lembu di Jepun adalah dilarang oleh kerajaan feudal shogun. Namun domain Hikone itu,  yang kini dikenali sebagai Wilayah Shiga, adalah satu-satunya wilayah di negara itu yang dibenarkan untuk menghasilkan daging lembu kerana ia dikemukakan kepada keluarga shogun dengan miso (pes kacang soya) - daging lembu yang diperap sebagai "daging untuk kesihatan dan kecergasan" atau, dengan kata lain, daging yang mempunyai khasiat perubatan. Pada tahun 1951, peniaga, pemborong ternakan tempatan di Tokyo dan pihak-pihak lain yang berkaitan telah mengasaskan Persatuan Daging Lembu Omi dengan tujuan untuk mewujudkan jenama Daging Lembu Omi dan memperluaskan saluran pemasaran mereka. Ia adalah organisasi yang pertama seumpamanya di Jepun untuk mempromosikan daging lembu berjenama. Sekarang Daging Lembu Omi boleh dipanggil sebagai satu daripada jenama daging lembu tradisional premium Jepun.
 
URL tapak video: https://www.youtube.com/channel/UCw69E1PLVCOCbgU0_2l9WsA
                                                     
Restoran di mana anda boleh makan Daging Lembu Omi: http://www.oumiushi.com/en/
 
Garis Bentuk Wilayah Shiga
Wilayah Shiga, yang terletak di sebelah timur Kyoto, agak mudah untuk diakses dari bandar raya besar -- kira-kira 10 minit dari Kyoto dan kira-kira 30 minit dari Osaka dengan menaiki kereta api. Wilayah itu mempunyai pelbagai keindahan untuk dilihat: Tasik Biwa, tasik terbesar di Jepun dengan sejarah yang mencakupi kira-kira satu juta tahun; Tokong Enryakuji di Gunung Hiei, yang merupakan sebahagian daripada tapak Warisan Dunia; Istana Hikone dan tempat-tempat lain. Shiga juga dikenali sebagai sebuah wilayah kelanjutan usia dengan purata jangka hayat lelaki yang paling tua di Jepun.
 
SUMBER:  Kerajaan Wilayah Shiga

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.