ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LI JINYUAN: "FOKUS DUNIA SEKARANG ADALAH TERHADAP CHINA. TIENS TURUT TERLIBAT!"

Monday 16/04/2018



AsiaNet 73096
 
BEIJING, China, 16 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Mesyuarat ekonomi antarabangsa China yang terkenal, Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2018 telah secara rasmi berakhir pada 11 April. Dengan bertemakan "Sebuah Asia yang Terbuka dan Berinovatif untuk sebuah Dunia yang Berkejayaan Besar", Li Jinyuan, Pengerusi bagi Kumpulan Tiens telah dijemput untuk mengambil bahagian di dalam Forum itu, di mana Li menyatakan bahawa memandangkan ekonomi global mempunyai minat terhadap China, dan China juga amat berminat terhadap dunia. Inisiatif Belt and Road telah membawakan syarikat itu sebuah platform terbuka untuk menarik kesemua industri memberi tumpuan terhadap China.
 
Li Jinyuan menyatakan bahawa dengan mengambil Hainan sebagai satu contoh, "jika Hainan dapat mencapai pelan perlindungan alam sekitar dan pelancongan kesihatan, Hainan sudah tentu dapat mencipta keajaiban di masa hadapan. Tiens telah sentiasa bersedia untuk sebarang peluang dan ia akan memanfaatkan trend yang ada sekarang untuk mempercepatkan persediaan mereka." Tiens telah sekian lama berada di barisan hadapan globalisasi. Pengalaman mereka yang terkumpul selama bertahun-tahun akan memberi kesan besar kepada pembangunan perusahaan global untuk jangka panjang. "Sebagai tindak balas kepada inisiatif ini, kami amat menggalakkan perusahaan untuk mengambil peluang ini untuk menembusi pasaran global. Ini adalah cara terbaik untuk secara proaktif menghadapi dunia."
 
Li Jinyuan menegaskan bahawa "Tiens adalah sebuah syarikat antarabangsa dan Inisiatif Belt and Road adalah seperti sebuah enjin untuk memulakan globalisasi Tiens."
 
Li Jinyuan telah menghadiri Forum Boao untuk Asia 2018 sebagai seorang usahawan yang cemerlang untuk mengambil bahagian di dalam forum kecil "melalui jemputan sahaja": pada 9 April, beliau menyertai sesi Kerjasama Ekonomi Kepulauan Laluan Sutera Abad ke-21, Meja Bulat Gabenor/Datuk Bandar ASEAN-China dan Mendefinisikan Semula Usahawan dan Keusahawanan dengan pemimpin-pemimpin utama perniagaan dunia. Li juga telah dijemput untuk menghadiri Dialog Ketua Pegawai Eksekutif Jepun-China pada 10 April, sebagai seorang daripada sepuluh usahawan terpilih untuk perwakilan China. Li berkongsi strategi global Tiens dan pengalaman mereka yang berjaya daripada Inisiatif Belt dan Road yang telah dicapai oleh Tiens.
 
Pan Haiping, seorang ikon media dan timbalan pengurus besar bagi Pejabat Pengurus Besar, Agensi Berita Xinhua berkata bahawa upacara pembukaan bagi Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2018 telah mendedahkan bahawa Inisiatif Belt and Road berasal dari China, tetapi peluang dan pencapaian yang ia cipta adalah milik dunia.
 
Pan Haiping percaya bahawa sebagai sebuah jenama China yang sangat terlibat di dalam pasaran antarabangsa, Kumpulan Tiens mewakili satu daripada perusahaan "global" China. Kumpulan Tiens ditubuhkan pada tahun 1995 dan memasuki pasaran antarabangsa pada tahun 1997. Selepas Inisiatif Belt and Road diperkenalkan, Kumpulan Tiens telah bertindak dengan kadar segera dan membuka pasaran baharu di 37 buah negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Itali, Sepanyol, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, dan Filipina. Pada masa ini, Tiens telah melebarkan perniagaan mereka ke dalam lebih 190 buah negara dan wilayah di dunia, mewujudkan cawangan di 110 buah negara dan wilayah, dan telah membentuk pakatan strategik dengan syarikat-syarikat yang cemerlang di banyak negara di seluruh pelusuk dunia. Tiens telah menetapkan penanda aras industri bagi perusahaan China untuk berjaya di peringkat "global".
 
Menurut tema dan semangat persidangan itu, Cui Xiaolin, Ketua Editor bagi China Economic Weekly, People's Daily berkata bahawa Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2018 adalah aktiviti diplomatik yang pertama dianjurkan oleh China pada tahun ini dan pemimpin-pemimpin China meletakkan kepentingan yang tinggi kepadanya. Ia juga merupakan satu permulaan baharu, dengan jumlah kehadiran pemimpin negara dan pemimpin perniagaan dunia melebihi angka pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau berkata bahawa dari sudut perspektif Asia, China sedang menghadapi dunia bagi pihak seluruh Asia dan telah mencapai satu  kemuncak baharu di dalam era baharu ini.
 
Cui Xiaolin percaya bahawa China telah menjadi sebuah pemimpin ekonomi dunia, terutamanya dengan penyampaian Inisiatif Belt and Road. China telah menerajui pembangunan negara-negara di sepanjang laluan itu, yang juga telah membantu pertumbuhan ekonomi China meningkat maju. Beliau menekankan bahawa pembangunan Inisiatif Belt and Road itu bukan sahaja satu pencarian bagi peluang perniagaan, tetapi juga satu misi untuk mewakili syarikat-syarikat China melangkah di dalam arena global, yang membolehkan dunia untuk melihat penyertaan China. Penglibatan Tiens di dalam Inisiatif Belt and Road adalah satu petunjuk seterusnya di dalam perkara ini.
 
Sumber: Kumpulan Tiens

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=310274
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.