ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  LAWATAN HORMAT AGROBANK BERSAMA YDP NEGERI SARAWAK - KOMITMEN AGENDA AGRO DI SARAWAK

Tuesday 17/04/2018


Delegasi Agrobank yang diketuai oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank (4 dari kiri) mengadakan lawatan hormat berjumpa Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Petra Jaya (tengah) bersama delegasi yang disertai oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (6 dari kiri) dan pihak pengurusan Agrobank



KUCHING, Sarawak, 17 April (Bernama) -- Delegasi Agrobank yang diketuai oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank mengadakan lawatan hormat berjumpa Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Petra Jaya pada 16 April 2018. Lawatan yang merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Agrobank ke Sarawak. Delegasi disertai oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif (P/CEO) Agrobank dan pihak pengurusan Agrobank.
 
Menurut Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/CEO Agrobank, Agrobank mempunyai komitmen yang berterusan bersama komuniti di Sarawak sejak pembukaan cawangan-cawangan pertama Agrobank di Kuching dan Sarikei pada tahun 1976. Semenjak dari itu, Agrobank sentiasa komited untuk menyokong pembangunan dan pertumbuhan sektor pertanian di negeri ini.
 
"Pada masa ini Agrobank mempunyai hampir 20,000 pelanggan di Sarawak yang terdiri daripada empat (4) segmen iaitu pelanggan korporat, komersial, consumer dan pembiayaan mikro. Agrobank menyediakan perkhidmatan perbankan melalui 13 buah cawangan, 5 kiosk, 4 Agro Corner, 51 ejen perbankan dan 33 buah ATM di seluruh negeri Sarawak. Di kebanyakan bandar terutamanya di Sarawak, Agrobank adalah satu-satunya bank yang memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan, selaras dengan komitmen rangkuman kewangan bank untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang kurang dan tidak mendapat perhatian (unserved & underserved) terutamanya di kawasan luar bandar. Kami juga sentiasa berusaha mengembangkan rangkaian operasi kami di Sarawak dari semasa ke semasa," kata Tuan Syed Alwi.
 
Pada tahun 2017, terdapat tiga (3) inisiatif penting di Sarawak iaitu pembukaan Pusat Pembiayaan Korporat pertama Agrobank di Kuching, pelancaran program pembiayaan mikro yang dikenali sebagai Agro Teras dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB) dengan objektif untuk memberi manfaat kepada pekebun kecil lada.

Agrobank juga baru-baru ini melancarkan skim pembiayaan mikro khas yang dikenali sebagai Agro Teras yang menyasarkan kumpulan pendapatan B40. "Kami memilih Sarawak sebagai perintis program Agro Teras ini kerana komitmen berterusan kami di Sarawak. Program Agro Teras yang menyatukan sekumpulan 5 usahawan mikro kini telah membentuk 160 kumpulan yang terdiri daripada 800 usahawan yang terlibat dalam pelbagai perniagaan berasaskan pertanian pertanian," kata Tuan Syed Alwi.
 
Selain itu, pada tahun lalu Agrobank juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Lada Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk membangunkan program pembiayaan yang boleh memberi manfaat kepada lebih daripada 30,000 usahawan industri lada di Malaysia yang kebanyakannya berada di Sarawak. Dua inisiatif ini adalah sebahagian daripada sokongan dan usaha Agrobank untuk meningkatkan status sosio ekonomi usahawan mikro dan membina keyakinan mereka dalam mengembangkan perniagaan.
 
"Tahun ini, Agrobank sedang bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Koridor Serantau (RECODA) dan Kementerian Pemodenan PertanianTanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Sarawak untuk mengenal pasti projek pertanian dan perniagaan berasaskan pertanian yang dapat membangunkan tanah di bumi Sarawak yang meningkatkan nilai ekonominya. Kami berharap usaha ini akan memberi impak positif kepada aktiviti sosio-ekonomi dalam menambah peluang pekerjaan untuk petani tempatan dan usahawan di Sarawak sekaligus menyumbang ke arah peningkatan eksport hasil pertanian kita," jelas Tuan Syed Alwi.
 
Agrobank adalah sebuah Bank Perbankan Islam sepenuhnya yang menyediakan penyelesaian pembiayaan secara komprehensif untuk semua sektor pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian sehinggalah kepada aktiviti hiliran seperti memproses dan menjual produk pertanian kepada pengguna.
 
Mengenai Agrobank 
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian Negara. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
 
Dengan 47 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 186 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
 
Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank

Sumber : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ainul Rofidza Ibrahim
Tel : 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Emel : ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama : Budiotomo Othman
Tel : 03-2731 1600 (ext 1656) / 0 16-3504274 
Emel : budiotomo@agrobank.com.my

Nama : Syarifah Syameen Syed Johari
Tel : 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766
Emel : syameen@agrobank.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.