ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MISI KEMBARA MSAM-UMW MEMBANTU PENDUDUK KAMPUNG SEKITAR BATU PAHAT

Wednesday 18/04/2018


Dari kiri : Badrul Feisal Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Idris Kechot, Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset, Permodalan Nasional Berhad dan Dato' Dr. Noraini Ahmad, Pengerusi MATRADE.



SHAH ALAM, 18 April (Bernama) -- Berikutan kejayaan Kembara MSAM-UMW dalam tempoh dua tahun yang lalu, Kumpulan UMW sekali lagi menganjurkan Kembara MSAM-UMW 2018 dari 7 hingga 9 April bersempena dengan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Batu Pahat, Johor.

Tahun ini, lima belas buah konvoi kenderaan pacuan empat roda yang membawa 45 orang sukarelawan UMW (UMW Community Champions) telah mengembara lebih kurang 110 kilometer untuk membantu orang asli, warga emas dan keluarga miskin.  Sukarelawan UMW (UMW Community Champions) yang terdiri dari pelatih-pelatih SL1M dan kakitangan UMW dari Shah Alam telah mengagihkan barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, gandum dan gula kepada penduduk kampung. 

Satu gotong-royong juga telah diadakan di Kampung Sri Merlong di Rengit dan Kampung Nelayan Sri Pantai di Senggarang pada hari kedua, dengan memberi bantuan kepada 50 orang keluarga asli, kebanyakan mereka adalah nelayan dan 200 keluarga yang kurang bernasib baik. Di sana, sukarelawan telah membantu membina sebuah pondok untuk keluarga yang kurang bernasib baik dan juga membantu mengecat jeti, bot dan dewan komuniti.  Mereka juga menyumbang minyak enjin Grantt keluaran UMW untuk para nelayan.

Kembara MSAM-UMW juga telah mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Parit Raja, dan Penggaram, serta pusat warga emas di Penggaram. Sekitar 400 pelajar dan golongan kurang bernasib baik mendapat manfaat daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.

Konvoi ini telah dilepaskan oleh Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Pengerusi MATRADE, Dato’ Idris Kechot, Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset, Permodalan Nasional Berhad dan Badrul Feisal Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad.

Program ini adalah sebahagian dari sokongan berterusan UMW terhadap komuniti yang kurang bernasib baik di negara ini di bawah tunggak pembangunan komuniti di mana UMW terus melaksanakan pelbagai usaha murni di bawah tiga tunggak, dua lagi adalah tunggak pendidikan dan tunggak alam sekitar.
 
About UMW

The UMW Group is an international conglomerate that develops industries, manages partnerships and facilitates growth. It is involved in four core businesses – Automotive, Equipment, Manufacturing & Engineering, and Oil & Gas.

Adopting its rallying call – Beyond Boundaries®, UMW is set to become a truly world-class organisation, knowing that a world-class brand never forgets its responsibility to society. The Group’s Corporate Social Responsibility (CSR) initiatives are built on the three main pillars of Education, Environment and Community Development.
 
SUMBER : UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : S Vikneshwaran
Head – Investor, Media Relations & Sustainability
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel : +603 5163 5044 / +6019 850 5799
Emel : vikneshwaran.s@umw.com.my
 
--BERNAMA 
 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.