ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PERBINCANGAN MEJA BULAT MATAWANG KRIPTO: ISU DAN SOLUSINYA

Wednesday 18/04/2018



BANDAR SERI PUTRA, 18 April (Bernama) -- Pada  16 April 2018, satu program diskusi ilmiah berkenaan matawang kripto telah dilangsungkan oleh Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), KUIS , International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) dan Movement for Monetary Justice of Malaysia (MMJ) bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor  (KUIS). Program ini telah berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 4:30 petang.

Program diskusi ini telah dipimpin oleh Prof Dr Ashraf Md Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif  ISRA Consultancy selaku moderator. Antara panelis yang hadir termasuklah para cendekiawan dari institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, wakil pejabat mufti negeri serta pakar bidang teknologi maklumat. Pelbagai isu telah dilontarkan sepanjang sesi diskusi ini berjalan. Antara isu penting yang telah dibangkitkan dalam sesi ini ialah status penggunaan matawang kripto dari sudut syariah serta isu keselamatan dalam menggunakan matawang kripto.

Satu memorandum kerjasama juga telah ditandatangani antara pihak KUIS dan ISRA semasa program ini. Pihak KUIS telah diwakili oleh Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman, Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni manakala pihak ISRA telah diwakili oleh Prof Dr Ashraf Md Hashim.

Di akhir sesi perbincangan ini, moderator telah menyimpulkan bahawa isu-isu berbangkit berkenaan matawang kripto akan berkurangan sekiranya ia disandarkan pada komoditi atau dikeluarkan oleh kerajaan. Namun demikian, perkara ini juga bergantung pada cara pelaksanaannya dan maklum balas daripada pakar bidang adalah amat penting. Selain itu, nilai matawang kripto dalam kalangan penggunanya adalah berdasarkan kepercayaan mereka terhadap teknologi yang digunakan. Tambahan pula, matawawang kripto yang mempunyai teknologi yang kukuh akan bertahan manakala matawang kripto yang mempunyai teknologi yang tidak kukuh tidak akan bertahan lama. Matawang kripto merupakan matawang yang tidak berdiri sendiri kerana ia masih berasaskan wang fiat. Dalam konteks syariah, kegunaan matawang kripto sebagai medium penyelesaian dan pemindahan dana adalah tertakluk pada konsep umum seperti berikut; Asas sesuatu perkara adalah harus (الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة) dan persetujuan pihak yang terlibat dalam melaksanakan kontrak tersebut.   

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi satu pendedahan baru kepada peserta dimana mereka dapat mengetahui isu matawang kripto yang masih baru di negara ini dari pelbagai sudut.
 
Disediakan oleh : Muhammad Azwan bin Mohd Azman, 18 April 2018, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF)

SUMBER : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mudzirah Aishah Pawanteh
Ketua Seksyen Pentadbiran Dan Komunikasi
Bahagian Pemasaran & Komunikasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tel : 03-89117000 ext 3507
Faks : 03-89268462
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.