ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  E-GLOBAL TRADE & FINANCE GROUP INC. ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI FOREX4YOU MEMENANGI ANUGERAH LE FONTI DI HONG KONG DALAM PERNIAGAAN PELABURAN FOREX

Thursday 19/04/2018



HONG KONG, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 23 Mac 2018, bintang-bintang korporat yang terkemuka di dunia bertemu semula untuk satu majlis khas, Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif dan Gala Anugerah Le Fonti ke-40 di Hong Kong. Anugerah Le Fonti diadakan pada setiap tahun di pelbagai lokasi (7 acara dalam tahun 2017) yang mengiktiraf pemimpin-pemimpin industri dalam bidang perbankan, perniagaan, ekonomi, kewangan, kelestarian, undang-undang, penjagaan kesihatan, insurans dan e-dagang. Tahun ini, Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif & Gala Hong Kong telah diadakan di Sheraton Hotel & Towers, sebuah tempat mewah yang terletak di tengah-tengah Hong Kong, yang dianjurkan oleh penyampai TV berpengaruh dan terkemuka dan juruacara, Agnes Zee.

Tajuk pada meja bulat Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif tahun ini adalah Kepimpinan & Inovasi: kemahiran dan visi untuk pertumbuhan. Sidang kemuncak itu memberi tumpuan kepada satu perbincangan mengenai pemacu penting yang berkaitan dengan kemahiran kepimpinan dan inovasi yang baru-baru ini telah memberi kesan kepada syarikat-syarikat Asia Timur dan kemahiran yang diperlukan oleh pekerja mereka untuk memenuhi cabaran yang dihadapi oleh pelbagai industri, termasuk pendidikan dan latihan, ICT, hartanah, dan perkhidmatan kewangan, pada abad ke-21.

Di antara Pemenang itu, E-Global Trade & Finance Group Inc. atau lebih dikenali sebagai Forex4you berjaya di dalam Perniagaan Pelaburan Forex dengan motivasi berikut: "E-Global Trade & Finance Group Inc. telah menjadi terkenal sebagai sebuah syarikat pelaburan yang dinamik khusus di dalam perkhidmatan Pembrokeran, termasuk perdagangan dalam talian Internet dengan kontrak mata wang (Forex), saham dan komoditi hadapan. Syarikat itu menawarkan banyak maklumat yang besar untuk memperkenalkan pengguna baharu kepada Perdagangan Forex dan menyokong peniaga melalui sesi latihan".

Mengulas mengenai Anugerah Le Fonti itu, Pengurus Negara Thailand bagi Forex4you Janis Baltalksnis berkata: "Kami amat berbesar hati untuk menerima Anugerah Broker Terbaik pada malam ini sebagai tanda kecemerlangan dan inovasi kami yang berterusan. Terutamanya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi kami dan sudah tentu semua pelanggan setia kami yang sentiasa bekerjasama dengan kami secara berterusan." Anda boleh melihat wawancara lengkap itu di pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=K3CAYPOgMhs

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180418005992/en/

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180418005992/en/

Hubungi
E-GLOBAL TRADE & FINANCE GROUP, INC.
Janis Baltalksnis, Tel/Faks: +1 284 494 1576

Sumber : E-Global Trade & Finance Group Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.