ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  P&G MEMPEROLEH PERNIAGAAN KESIHATAN PENGGUNA DARI MERCK KGAA, DARMSTADT, JERMAN

Thursday 19/04/2018



Memperkukuhkan Kehadiran Portfolio, Kategori dalam 15 Pasaran OTC Global Utama

Menggantikan dan Meningkatkan Berikutan Kejayaan Usaha Sama Penjagaan Kesihatan PGT


CINCINNATI, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE:PG) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian untuk memperolehi perniagaan Kesihatan Pengguna Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, dengan harga pembelian kira-kira 3.4 bilion euro.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180418006692/en/

Pengambilalihan ini membolehkan P&G untuk mengembangkan perniagaan penjagaan kesihatan pengguna mereka yang berjaya dengan menambahkan sebuah portfolio yang sedang berkembang pesat bagi jenama berbeza yang disokong oleh pakar perubatan merentasi jejak geografi yang luas. Ia juga menyediakan P&G dengan keupayaan komersil dan bekalan penjagaan kesihatan yang mantap, penguasaan teknikal yang mendalam dan kepimpinan penjagaan kesihatan pengguna yang terbukti yang akan melengkapkan keupayaan Penjagaan Kesihatan pengguna P&G yang sedia ada dan jenama seperti Vicks, Metamucil, Pepto-Bismol, Crest dan Oral-B.

"Kami suka pertumbuhan pasaran Penjagaan Kesihatan OTC yang mantap dan luas dan sangat berbesar hati untuk menambahkan portfolio Kesihatan Pengguna dan pekerja Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, ke dalam keluarga P&G," kata David Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Pengambilalihan P&G bagi perniagaan Kesihatan Pengguna dari Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, akan meningkatkan skala geografi OTC, portfolio jenama dan kategori jejak P&G di sebahagian besar daripada 15 pasaran OTC utama di dunia. Jenama-jenama ini memberikan penyelesaian yang baik di dalam melegakan otot, sakit sendi dan belakang, selesema dan sakit kepala, serta menyokong aktiviti fizikal dan pergerakan, yang kebanyakannya adalah bidang rawatan yang tidak ditangani pada masa ini di dalam portfolio P&G.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan Penjagaan Kesihatan kami telah menyampaikan pertumbuhan yang konsisten dan penciptaan nilai pemegang saham yang kukuh," kata Steve Bishop, Presiden Kumpulan, Penjagaan Kesihatan Global. "Perniagaan Kesihatan Pengguna Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, membawa satu set jenama, produk dan keupayaan yang kukuh, dan menyediakan jejak yang menarik dan pelengkap bagi menjanakan pertumbuhan selanjutnya ketika kami terus mengembangkan jenama terkemuka kami yang sedia ada."

Pengambilalihan perniagaan Kesihatan Pengguna dari Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, mengganti dan meningkatkan setelah usaha sama Penjagaan Kesihatan PGT yang sangat berjaya oleh P&G dengan Teva Pharmaceutical Industries (NYSE: TEVA), yang akan ditamatkan pada 1 Julai 2018, sementara menunggu kelulusan badan kawal selia.

Usaha sama Penjagaan Kesihatan PGT menyampaikan pertumbuhan garis atas dan bawah yang tidak seimbang dan mewujudkan satu kehadiran utama di lebih 50 buah negara sejak pembentukannya. Bagaimanapun, berikutan satu kajian semula baru-baru ini, Teva dan P&G membuat kesimpulan bahawa keutamaan dan strategi tidak lagi sejajar dan bersetuju dengan syarat-syarat di mana ia akan saling memberi manfaat untuk menamatkan perkongsian itu. Aset produk PGT akan dikembalikan kepada syarikat induk masing-masing untuk menubuhkan semula perniagaan OTC persendirian.

Perniagaan Kesihatan Pengguna bernilai $1 bilion oleh Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, berkembang 6% sepanjang dua tahun yang lalu dan menyediakan pelbagai macam ubat-ubatan produk OTC untuk melegakan otot, sendi dan sakit belakang, selesema dan sakit kepala serta produk untuk menyokong aktiviti fizikal dan pergerakan. Jenama utama termasuk Neurobion, Dolo-Neurobion, Femibion, Nasivin, Bion3, Seven Seas dan Kytta, bersama-sama dengan banyak lagi. Kesemua ini dijual terutamanya di Eropah, Amerika Latin dan Asia.

“Jenama-jenama terkemuka ini dan pekerja bagi perniagaan Kesihatan Pengguna yang hebat dari Merck KgaA, Darmstadt, Jerman, ini akan menjadi pelengkap yang sangat baik kepada perniagaan Penjagaan Kesihatan Peribadi kami," kata Tom Finn, Presiden, Penjagaan Kesihatan Peribadi Global P&G. "Pengambilalihan ini membantu kami untuk terus memacukan pertumbuhan jualan dan keuntungan untuk P&G dengan menyediakan keupayaan dan skala portfolio yang kami perlukan bagi mengendalikan perniagaan OTC global yang berjaya secara bersendirian, tanpa bantuan sebuah rakan kongsi kesihatan."

"Nyahlabur bagi Kesihatan Pelanggan kami adalah satu langkah penting di dalam fokus strategik kami terhadap perniagaan yang didorong oleh inovasi di dalam Penjagaan Kesihatan, Sains Hidup dan Bahan Prestasi. Ia merupakan satu demonstrasi yang jelas mengenai komitmen kami yang berterusan untuk membentuk portfolio kami sebagai sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka," kata Stefan Oschmann, Pengerusi bagi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Merck KGaA, Darmstadt, Jerman. "Kesihatan Pengguna adalah satu perniagaan yang kuat yang patut mendapat peluang terbaik untuk pembangunan masa depannya. Dengan P&G kami telah menemui sebuah syarikat yang kuat dan sangat diiktiraf yang mempunyai skala yang diperlukan untuk memacukan dengan jayanya perniagaan ke hadapan."

"Skala global dan kepentingan strategik P&G dalam kesihatan dan kesejahteraan pengguna memberikan asas yang sangat baik untuk mempercepatkan pertumbuhan, memanfaatkan keupayaan pasukan kami dan memperluaskan perniagaan Kesihatan Pengguna dengan kadar menguntungkan. Portfolio yang dipasarkan, produk-produk baharu yang bakal diperkenalkan dan jejak geografi bagi kedua-dua perniagaan adalah sangat melengkapi," kata Belén Garijo, Ahli Lembaga Eksekutif di Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, dan Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Kesihatan. "Dengan urus niaga ini, kami terus menyampaikan strategi kami dengan rapi untuk menjadi sebuah pakar inovator khusus di peringkat global dan membawa penemuan ubat-ubatan kepada pesakit."

Perniagaan Kesihatan Pengguna bagi Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, aktif di 44 buah negara dan termasuk lebih daripada 900 produk. P&G mensasarkan untuk memeterai perjanjian ini pada tahun fiskal 2018/19, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim dan kelulusan badan kawal selia.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com  untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan:

Kenyataan tertentu di dalam siaran media atau persembahan ini, selain daripada maklumat berbentuk sejarah semata-mata, adalah termasuk anggaran, unjuran, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan perniagaan, objektif, dan keputusan operasi yang dijangkakan, dan andaian yang berasaskan kepada kenyataan tersebut, adalah berbentuk "kenyataan yang berpandangan ke hadapan" di dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini umumnya dikenal pasti dengan perkataan "percaya," "projek," "jangka," "menjangkakan," "anggaran," "berhasrat," "strategi," "masa depan," "peluang," "merancang," "boleh,” “sepatutnya,” “akan," “akan diteruskan," “mungkin akan menghasilkan," dan ungkapan yang membawa maksud yang sama. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan adalah didasarkan kepada jangkaan dan andaian semasa, yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan berbeza dari segi material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara terbuka sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada yang disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan atau sebaliknya.

Risiko dan ketidakpastian yang mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan kami adalah tertakluk, tanpa had: (1) keupayaan untuk menguruskan risiko kewangan global dengan jayanya, termasuk turun naik mata wang asing, pertukaran mata wang atau kawalan harga dan turun naik tempatan; (2) keupayaan untuk menguruskan dengan jayanya turun naik ekonomi tempatan, serantau atau global, termasuk mengurangkan kadar pertumbuhan pasaran, dan untuk menjana pendapatan dan aliran tunai yang mencukupi bagi membolehkan Syarikat itu mempengaruhi pembayaran pembelian semula saham dan dividen yang dijangkakan; (3) keupayaan untuk menangani gangguan dalam pasaran kredit atau perubahan kepada penarafan kredit kami; (4) keupayaan untuk mengekalkan pengaturan perkilangan dan bekalan utama (termasuk pelaksanaan pengoptimuman rantaian bekalan dan pembekal tunggal dan pengaturan tapak pengilangan tunggal) dan untuk menguruskan gangguan perniagaan yang disebabkan oleh faktor-faktor yang berada di luar kawalan kami, seperti bencana alam dan tindakan perang atau keganasan; (5) keupayaan untuk menguruskan dengan jayanya kos turun naik dan tekanan, termasuk harga komoditi dan bahan mentah, dan kos pekerja, pengangkutan, tenaga, pencen dan penjagaan kesihatan; (6) keupayaan untuk mengekalkan keunggulan di dalam inovasi, mendapatkan perlindungan harta intelek yang diperlukan dan berjaya bertindak balas terhadap perubahan tabiat pengguna dan kemajuan teknologi yang dicapai oleh, dan paten yang diberikan kepada, pesaing; (7) keupayaan untuk bersaing dengan pesaing tempatan dan global kami di dalam saluran jualan baharu dan sedia ada, termasuk menangani dengan jayanya faktor persaingan seperti harga, insentif promosi dan terma perdagangan untuk produk; (8) keupayaan untuk mengurus dan mengekalkan perhubungan pelanggan utama; (9) keupayaan untuk melindungi reputasi dan ekuiti jenama kami dengan menguruskan dengan jayanya isu-isu sebenar atau yang ditanggap, termasuk kebimbangan mengenai keselamatan, kualiti, bahan, keberkesanan atau perkara yang serupa yang mungkin timbul; (10) keupayaan untuk menguruskan dengan jayanya risiko kewangan, undang-undang, reputasi dan operasi yang berkaitan dengan perhubungan pihak ketiga, seperti pembekal, pengedar, kontraktor dan rakan niaga luar kami; (11) keupayaan untuk bergantung kepada dan menyelenggara sistem teknologi maklumat, rangkaian dan perkhidmatan utama pihak syarikat dan pihak ketiga, dan mengekalkan keselamatan dan fungsi sistem, rangkaian dan perkhidmatan sedemikian dan data yang terkandung di dalamnya; (12) keupayaan untuk menguruskan dengan jayanya ketidakpastian yang berkaitan dengan perubahan keadaan politik (termasuk keputusan United Kingdom untuk meninggalkan Kesatuan Eropah) dan implikasi yang berpotensi seperti turun naik kadar pertukaran dan penguncupan pasaran; (13) keupayaan untuk mengurus dengan jayanya keperluan dan hal-hal kawal selia dan perundangan (termasuk, tanpa had, undang-undang dan peraturan yang melibatkan liabiliti produk, harta intelektual, antitrust, perlindungan data, cukai, alam sekitar, dan laporan perakaunan dan kewangan) dan untuk menyelesaian perkara yang belum selesai di dalam anggaran semasa; (14) keupayaan untuk menguruskan perubahan di dalam undang-undang dan peraturan cukai yang berkenaan termasuk mengekalkan rawatan cukai yang dimaksudkan untuk urus niaga pelucutan; (15) keupayaan untuk mengurus dengan jayanya aktiviti pengambilalihan, pelucutan dan usaha sama yang berterusan, dalam setiap kes untuk mencapai strategi perniagaan keseluruhan dan objektif kewangan Syarikat, tanpa memberi kesan kepada penyampaian objektif perniagaan asas; dan (16) keupayaan untuk mencapai dengan jayanya peningkatan produktiviti dan penjimatan kos dan menguruskan perubahan organisasi yang berterusan, sambil berjaya mengenal pasti, membangun dan mengekalkan kakitangan penting, termasuk dalam pasaran pertumbuhan utama di mana ketersediaan pekerja mahir atau berpengalaman mungkin terhad. Untuk maklumat tambahan mengenai faktor yang boleh menyebabkan keputusan dan peristiwa sebenar berbeza secara material daripada yang dijangkakan di sini, sila rujuk laporan 10-K, 10-Q dan 8-K kami yang paling terkini.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180418006692/en/

Hubungi
P&G Media:
Heather Huff, +1-513-622-1810
Huff.ha@pg.com
atau
Tressie Rose, +1-513-983-4929
Rose.t.8@pg.com
atau
Perhubungan Pelabur P&G:
John Chevalier, +1-513-983-9974
Chevalier.jt@pg.com

Sumber : Procter & Gamble

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.