ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PENERAPAN AMALAN PENANAMAN TINGKATKAN NILAI HARGAI MAKANAN

Friday 20/04/2018



PETALING JAYA, 20 April (Bernama) -- Kurangnya pengetahuan dan amalan praktikal mengenai penanaman antara punca generasi masa kini tidak menghargai makanan dan menyumbang kepada isu pembaziran makanan di Malaysia. Tesco Malaysia (TESCO) melalui Program Kebun Dapur bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan laman edibel sebagai modul praktikal untuk para pelajar mempelajari mengenai penanaman sayur-sayuran, herba dan buah-buahan.  Melalui pembelajaran tersebut, para pelajar akan lebih memahami mengenai usaha pengeluaran makanan dan akan lebih menghargai makanan.
 
Bagi melengkapi modul tersebut, program ini turut melibatkan MYSaveFood untuk membantu meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai isu pembaziran makanan yang berlaku di Malaysia. Para pelajar turut didedahkan mengenai pengajaran ringkas untuk menghasilkan baja kompos daripada bahan buangan dari dapur yang boleh diguna untuk menyuburkan tanaman di laman edibel yang dibangunkan.
 
Selain itu, para pelajar turut diperkenalkan dengan amalan pemakanan sihat dan mengikut kalori melalui tips Suku-suku separuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Suku-suku separuh mendidik para pelajar untuk mengambil makanan yang mencukupi untuk dimakan selari dengan tips ambil yang perlu daripada MYSaveFood. 
 
Bukan itu sahaja. Program Kebun Dapur ini turut mengketengahkan teknologi penghasilan madu kelulut daripada MARDI. Melalui program ini, para pelajar akan mempelajari mengenai jenis-jenis lebah kelulut dan peranan penting sebagai agen pendebungaan serta hubungkaitnya dalam ekosistem.
 
Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi Sedunia, Program Kebun Dapur yang pertama diadakan di SK Tropicana dengan melibatkan seramai 400 orang pelajar Tahap Satu dan Dua. Program ini selari dengan objektif sambutan Hari Bumi iaitu untuk meningkatkan kesedaran manusia terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
 
Dengan mendidik para pelajar untuk menghargai makanan melalui aktiviti mengeluarkan makanan sendiri menggunakan teknologi penanaman yang mudah, serta pengetahuan mengenai cara pemakanan yang sihat dijangka akan membentuk amalan kehidupan sihat bagi generasi akan datang.
 
Sempena pelaksanaan Program Kebun Dapur di SK Tropicana ini, majlis pelancaran Program Kebun Dapur telah diadakan yang disempurnakan oleh Paul Ritchie, CEO Tesco Malaysia dan Y.Bhg Datuk Dr Mohamad Roff b. Mohd Nor, Ketua Pengarah MARDI. SK Tropicana adalah salah sebuah dari 16 buah sekolah angkat TESCO yang bakal menjalani Program Kebun Dapur untuk tahun 2018. 
 
Gambar dari majlis pelancaran boleh di muat turun di sini:
https://www.dropbox.com/sh/5espbslbbzafwya/AABQDgBW8XVwS1EDsZY4G-ONa?dl=0
 

SUMBER : Tesco Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Aniadila Kamaruddin
Timbalan Pengarah MYSaveFood
Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Tel : 03-8953 7233
Emel : aniadila@mardi.gov.my
 
Nama : Siti Haniza Ab Rahman
Pengurus Komunikasi
Jabatan Khidmat Korporat
Tesco Malaysia
Tel : 03-6287 5670
Emel : SitiHaniza.AbRahman@tesco.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.