ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI DAN PENYAMPAIAN INFAK RAMADAN

Friday 01/06/2018



TANJONG MALIM, 1 Jun (Bernama) -- Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) SITC/MPSI/IPSI/Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan melancarkan Tabung Harapan Malaysia (THM) sempena Program Iftar dan Infaq Ramadan yang akan diadakan pada 2 Jun 2018 di Dewan SITC, UPSI Tanjong Malim, Perak.

Presiden PASB, Datuk Ahmad Burak berkata, pelancaran tabung itu bertujuan menyokong usaha menubuhkan tabung itu bagi meringankan beban yang dihadapi kerajaan sekarang.

"Kami sedar tanggungjawab yang dihadapi oleh kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan sebagai rakyat yang cintakan negara, kami ingin turut serta membantu.

"Jika di luar sana ada rakyat negara ini yang bersimpati, kami juga tidak mahu ketinggalan," katanya yang juga Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Alumni Universiti Awam Malaysia.

Majlis Iftar dan Infaq Ramadan adalah program tahunan PASB. Pada tahun ini seramai 200 orang anak yatim dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Mua’lim dan Hulu Bernam, Selangor turut diundang memeriahkan program berkenaan.

Majlis itu dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail. Hadir sama Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohd Shatar Sabran.

Ahmad berkata, urusetia PASB akan menggerakkan usaha meminta semua alumni UPSI untuk menyertai program THM ini dengan menyumbang sekurang-kurangnya rm10.

Mereka boleh berbuat demikian menerusi akaun ALUMNI SULUH BUDIMAN (BIMB 08068010012243). PASB dianggotai daripada empat era keahlian iaitu lepasan Sultan Idris Training Collage (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Perguruan Sultan Idris ( IPSI) dan UPSI.

Lebih 200,000 pendidik dan graduan pelbagai bidang pernah dilahirkan sejak penubuhan SITC pada 1922 hingga sekarang selepas insitusi itu dinaik taraf menjadi universiti pada 1997.

SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Pn. Sajarutul Nor Kasim
Penolong Pegawai Penerbitan
Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tel : 05-4506661
Faks : 05-4582776
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.