ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ROKA DAN IRONMAN MEMPERLUASKAN HUBUNGAN DENGAN PERKONGSIAN GLOBAL

Friday 01/06/2018



ROKA dinamakan sebagai Pakaian Basah Global Rasmi dan Rakan Renang bagi IRONMAN


TAMPA, Fla. & AUSTIN, Texas, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- IRONMAN, sebuah syarikat milik Wanda Sports Holdings, hari ini mengumumkan satu perkongsian global pelbagai tahun yang memperluaskan perhubungan mereka dengan ROKA, sebuah jenama prestasi pelbagai sukan yang berpusat di Austin. Perkongsian baharu ini menjadikan ROKA sebagai Pakaian Basah Global Rasmi dan Rakan Renang bagi IRONMAN® dan Kejohanan Dunia IRONMAN dan acara Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3®.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180531006432/en/

Perkongsian di antara IRONMAN dan ROKA itu akan melanjutkan lagi sebuah perhubungan yang bermula pada tahun 2014. Selain suatu kehadiran fizikal yang berkembang pada acara-acara IRONMAN di seluruh dunia, ROKA dan IRONMAN sedang bekerjasama bagi produk renang Kejuaraan Dunia IRONMAN pada Oktober ini sebagai memperingati Ulang Tahun ke-40 IRONMAN. Di samping itu, ROKA kini akan menjual produk-produk renang berjenama bersama secara dalam talian melalui www.ironmanstore.com dan roka.com, dan akan terus memberikan Anugerah Perenang Terpantas ROKA untuk mengucapkan tahniah kepada atlet kumpulan umur paling pantas semasa setiap acara.

"Kami sangat teruja untuk mengembangkan perkongsian kami dengan IRONMAN," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama ROKA Rob Canales. "IRONMAN adalah yang terbaik di dunia di dalam memberikan pengalaman perlumbaan daya ketahanan yang muktamad, dan ROKA adalah yang terbaik di dunia di dalam menyokong atlet berkenaan dengan produk-produk teknikal yang memenuhi tuntutan pada hari ini. Kami sangat teruja untuk menjalin kerjasama dengan IRONMAN bagi produk dan perkhidmatan baharu dan untuk membawa secara serta merta produk kami yang sedia ada kepada lebih ramai atlet di seluruh dunia."

Dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini, ROKA telah mereka bentuk pakaian basah berprestasi tinggi, gogel, kacamata, swimskin atau pakaian yang lebih kecil dan nipis berbanding pakaian renang dan pakaian perlumbaan yang paling canggih di dunia, yang telah dipakai untuk pelbagai gelaran dunia dan lebih 50 kemenangan IRONMAN dan IRONMAN 70.3 oleh atlet triatlon terbaik dunia, termasuk Javier Gómez Noya, Lucy Charles, Tim Reed, Melissa Hauschildt, Luke McKenzie, Meredith Kessler, Linsey Corbin, Jesse Thomas dan banyak lagi. Dengan perkongsian baharu ini, atlet IRONMAN akan dapat mencuba teknologi terbaharu ROKA sebelum mereka membeli pada setiap acara IRONMAN di IRONMAN Village dan mempunyai akses eksklusif kepada produk-produk baharu semasa menjelang perlumbaan mereka.

"Saya mula mencuba pakaian basah Maverick dan swimskin Viper ROKA pada tahun 2014 dan telah menggunakan kedua-duanya sejak itu, namun produk itu kadang-kala sukar untuk diperolehi di luar Amerika Syarikat," kata Javier Gómez Noya, Juara Dunia IRONMAN 70.3 sebanyak dua kali yang membahagikan masa untuk menetap di Sepanyol dan New Zealand. "Dengan perkongsian yang diperluaskan ini, atlet IRONMAN dari seluruh dunia kini boleh mendapatkan teknologi canggih itu yang telah menjadi senjata rahsia saya sejak empat tahun yang lalu."

Dalam tempoh hanya enam tahun dari permulaannya yang serba kekurangan di sebuah garaj di Austin, ROKA telah berkembang untuk menjadi pakaian renang dan pakaian basah pilihan bagi tidak terkira banyaknya atlet triatlon dan beratus pasukan pelbagai sukan di seluruh dunia, dan swimskin Viper mereka telah diyakini oleh lebih ramai atlet pada Kejohanan Dunia IRONMAN berbanding dengan jenama lain selama bertahun-tahun lamanya.

"ROKA merangkumi semangat inovasi dan kepintaran yang selaras dengan keperluan atlet kami," kata Matthieu Van Veen, Ketua Pegawai Cukai bagi IRONMAN. "Kami tidak sabar-sabar untuk mengembangkan perkongsian ini bagi mencakupi kesemua acara kami di seluruh dunia dan membawa produk pakaian renang ROKA kepada atlet-atlet kami di seluruh pelusuk dunia."

Pada tahun 2018, ROKA akan mempunyai suatu kehadiran merentasi keseluruhan Siri IRONMAN® dan IRONMAN 70.3®, termasuk 40 perlumbaan di Amerika Utara, 32 di Eropah, dan 13 di Oceania, serta Kejohanan Dunia IRONMAN dan Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3. Setiap perlumbaan IRONMAN terdiri daripada acara renang sejauh 2.4 batu, acara berbasikal sejauh 112 batu dan larian sejauh 26.2 batu manakala acara siri perlumbaan IRONMAN 70.3 terdiri daripada acara renang sejauh 1.2 batu, berbasikal sejauh 56 batu dan larian sejauh 13.1 batu.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan siri acara global IRONMAN, sila layari www.ironman.com.

Maklumat lanjut mengenai ROKA boleh diperolehi di roka.com.

Maklumat mengenai ROKA

ROKA bermula di sebuah garaj di Austin, Texas dengan permulaan yang serba kekurangan dan tumpuan alur laser. Misi ROKA adalah untuk mendedahkan potensi manusia. Untuk melengkapkan, memberi kuasa, mencetuskan inspirasi dan merangsangkan. ROKA memberi khidmat kepada mereka yang berusaha untuk mendefinisikan semula standard itu, untuk berusaha mencapai tahap yang maksimum –  apa-apa sahaja dan di mana sahaja yang mungkin.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2013, atlet-atlet ROKA telah memenangi lebih daripada satu dozen kejuaraan dunia dan telah memainkan peranan penting di dalam mereka bentuk dan pembangunan satu koleksi produk yang dipatenkan dan telah memenangi anugerah yang tidak pernah berlaku dahulu. Pada tahun 2016, ROKA dengan bangganya menghantar 18 orang atlet ke Sukan Olimpik Rio, dengan membawa pulang pingat Emas dan Gangsa. Di PyeongChang, ROKA meneruskan tradisi itu, dengan membawa pulang pingat Emas dan Gangsa Sukan Olimpik di dalam kacamata Prestasi Lanjutan mereka. Tahun 2018 telah menyaksikan atlet elit di seluruh dunia dalam acara larian, berbasikal, triatlon, luncur laju, bola tampar pantai, dan acara daya ketahanan di luar jalan raya dengan menaruh keyakinan terhadap kacamata ROKA untuk persembahan mereka yang paling penting pada peringkat terbesar.

Produk ROKA boleh didapati di seluruh dunia di www.roka.com dan melalui peruncit terpilih. Layari kami secara dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan kacamata berprestasi premium kami yang semakin berkembang. Ikuti ROKA di media sosial di Facebook, Twitter, dan Instagram.

Maklumat mengenai IRONMAN

Sebagai sebuah syarikat Wanda Sports Holdings, IRONMAN mengendalikan satu portfolio acara-acara global yang termasuk Siri Triatlon IRONMAN®, Siri Triatlon IRONMAN® 70.3®, Siri Triatlon 5150™, Siri Marathon Rock n 'Roll®, Iron Girl®, IRONKIDS®, perlumbaan Siri Triatlon Dunia Kesatuan Triatlon Antarabangsa, acara-acara berbasikal di jalan raya termasuk Siri UCI Velothon®, perlumbaan basikal bukit termasuk Absa Cape Epic®, maraton utama termasuk Maraton Singapura Standard Chartered, dan perlumbaan pelbagai sukan yang lain. Acara-acara IRONMAN, bersama-sama dengan semua acara Wanda Sports Holdings yang lain, memberikan kepada lebih satu juta peserta pada setiap tahun dengan faedah sukan daya ketahanan melalui penawaran luas syarikat itu. Siri acara IRONMAN® yang ikonik adalah platform penyertaan sukan yang terbesar di dunia. Sejak penubuhan jenama IRONMAN® pada tahun 1978, atlet-atlet telah membuktikan bahawa ANYTHING IS POSSIBLE® (APA-APAPUN BOLEH DILAKUKAN) dengan menyeberangi garisan penamat di perlumbaan daya ketahanan yang paling mencabar di dunia. Bermula sebagai satu perlumbaan tunggal, IRONMAN telah berkembang untuk menjadi suatu sensasi global dengan lebih 200 acara merentasi 50 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ironman.com.

Maklumat mengenai Wanda Sports Holdings

Wanda Sports Holdings adalah sebuah entiti perniagaan sukan yang terkemuka di dunia, yang diasaskan untuk meraih peluang-peluang di dalam industri sukan global dan untuk menyumbang kepada landskap sukan antarabangsa yang maju – dalam tiga bidang utama: 1) Sukan Berpenonton (perniagaan media dan pemasaran), 2) Sukan Berpenyertaan (perniagaan gaya hidup aktif), 3) Perkhidmatan (perniagaan digital, pengeluaran dan perkhidmatan). Wanda Sports Holding menggabungkan syarikat pemasaran sukan antarabangsa Infront Sports & Media, jenama daya ketahanan ikonik IRONMAN, dan Wanda Sports China. Ibu pejabat mereka adalah di Guangzhou, China.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180531006432/en/

Hubungi

ROKA
Hubungan Pengarang
Diane Thibert
Naib Presiden Komunikasi & Perhubungan Awam
(310) 804-2400 / diane@roka.com
atau
IRONMAN
Dan Berglund
Pengarah bagi Komunikasi
Press@ironman.com

Sumber : ROKA

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.