ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BUNGA PEONY YANG MEKAR MENGGALAKKAN LAGI EKONOMI GANSU LINXIA

Friday 01/06/2018



AsiaNet 73746
 
LINXIA, China, 29 Mei, 2018/Xinhua-AsiaNet/--
 
Seperti kata-kata dalam sebuah puisi, ketika bunga-bunga biasa telah layu pada April, bunga peony di kawasan pergunungan baru sahaja mula mekar. Pada Mei, pelbagai peony rockii sedang mekar di Wilayah Autonomi Linxia Hui di Wilayah Gansu. Selepas berusaha selama dua tahun, jelajah peony di Wilayah Autonomi Gansu Linxia Hui telah mula terbentuk. Mei ini adalah "bulan peony" yang pertama untuk Linxia. Peony rockii yang berwarna-warni tumbuh di sepanjang Jalan Binhe di Linxia, untuk ​​membentuk satu sisiran peony sepanjang sehingga 60 batu. Statistik awal dari Biro Pelancongan Linxia menunjukkan bahawa dari 1 Mei hingga 24 Mei, Linxia telah menerima kira-kira 2 juta pelawat. Berjalan kaki di sekeliling taman, seseorang dapat menikmati pesona di dalam puisi kuno yang berbunyi seperti "Rumah Huang Si Niang penuh dengan bunga-bungaan yang disusun padat".
 
Peony mempunyai bermacam sifat. Akar dan kulitnya boleh digunakan sebagai ubat. Peony rockii juga merupakan sejenis tanaman minyak berkayu yang baik yang boleh ditapis. Di samping itu, pistil dan stamen, kelopak, dan tunas daun peony boleh digunakan untuk membuat teh.
 
Perkampungan Wangping adalah satu-satunya kampung miskin berbukit di Linxia. Kampung itu kini telah menanam lebih daripada 170 mu peony dan dikenali sebagai "perkampungan peony yang pertama di Hezhou". Kira-kira 172 daripada 252 isi rumah di kampung itu terdiri daripada keluarga miskin pada tahun 2013, tetapi bilangan itu dapat dikurangkan kepada enam pada akhir tahun 2017. Sekarang kampung itu telah menubuhkan sebuah koperasi perladangan minyak peony. Menurut perkiraan penduduk kampung, menanam gandum menghasilkan wang yang sedikit, tetapi menanam anak benih peony, dengan satu kitaran tunggal selama 5 tahun, dapat menjimatkan tenaga pekerja dan boleh menghasilkan lebih 100,000 yuan bagi setiap mu kepada petani.
 
He Shenghong, yang juga dikenali sebagai "Raja Peony" bagi Linxia, ​​adalah pelopor bagi industri peony di Perkampungan Wangping. Beliau bukan sahaja mengedarkan tanah untuk penananam anak benih, tetapi juga mengembangkan produk teh peony. Teh stamen peony dijual mengikut sukatan gram, yang boleh dijual pada hampir 10,000 yuan bagi setiap 500 gram. Pembasmian kemiskinan di barat laut itu adalah seperti peony rockii, yang mana akan mekar pada satu hari walaupun ia lambat berkembang, kata He.
 
Sumber: Biro Pelancongan Linxia
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=313135
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=313136
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.