ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PERINGATAN TARIKH AKHIR BAYARAN POTONGAN CUKAI BULANAN (PCB) SARAAN BULAN MEI 2018 DAN ANSURAN ANGGARAN CUKAI (CP500) BAGI BORANG B TAHUN TAKSIRAN 2017

Monday 11/06/2018



KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin mengingatkan pembayar cukai bahawa tarikh akhir untuk membuat bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi saraan Bulan Mei 2018 dan bayaran ansuran anggaran cukai (CP500) bagi Borang B Tahun Taksiran 2017 adalah pada 15 Jun 2018 (Jumaat) bersamaan dengan 1 Syawal 1439H.
 
Memandangkan tarikh akhir tersebut jatuh pada hari kelepasan am iaitu Hari Raya Aidilfitri, LHDNM menggalakkan agar pembayaran cukai dilakukan lebih awal melalui perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDNM bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
 
LHDNM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 / 21676  
Faks : 03-8313 7801
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.