PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Jun 22, 2018 -Jumaat

 
  PELANGGAN BANK MALAYSIA SUDAH BERSEDIA MENGGUNA PAKAI RISIKAN KECERDASAN BUATAN DAN AUTOMASI DALAM PERBANKAN DIGITAL - KAJIAN MAKLUMAT PERBANKAN UNISYS

Wednesday 13/06/2018



AsiaNet 73963

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Jun, 2018 /Medianet International-AsiaNet/--

- Pengguna Malaysia bersedia membenarkan bank-bank berkongsi data untuk Perkhidmatan berasaskan Perbankan Terbuka – namun bantahan ke atas aspek privasi perlu diatasi untuk membolehkannya dilaksanakan secara meluas.
 
Kajian baharu dari Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) k atas Industri perbankan Malaysia menunjukkan bahawa pengguna Malaysia sudah bersedia untuk mengguna pakai perkhidmatan perbankan baharu berasaskan teknologi baharu seperti risikan artifisial (AI) dan pembelajaran mesin. Mereka juga bersedia untuk menyokong perkongsian data dalam persekitaran Perbankan Terbuka, namun hanya jika privasi dan kebimbangan terhadap tahap keselamatan ditangani.
 
Maklumat Perbankan Unisys APAC  – Perbankan atas Faktor CX 
(http://www.unisys.com/insights/research#UBI) merupakan kajian mengenai  sikap pelanggan perbankan di Malaysia, Australia, Hong Kong, Filipina dan
Taiwan. Laporan tahun ini menerangkan pendapat pengguna terhadap perkongsian data bank menggunakan AI untuk mengakses kelayakan untuk mendapat kad kredit dan pinjaman perumahan serta sentimen terhadap perkongsian data bank dengan entiti bukan bank untuk menawarkan perkhidmatan baharu - dikenali sebagai Perbankan Terbuka.
 
Kekecewaan Pelanggan
Kekecewaan paling utama bagi pelanggan bank di Malaysia ialah beratur panjang, yang disebut oleh 47 peratus responden - kedua tertinggi daripada lima negara yang dikaji, selepas Filipina. Dua puluh peratus rakyat Malaysia marah kerana perlu mengulanginya semula.  Hanya 12 peratus yang kecewa kerana tidak mampu menyelesaikannya menggunakan perkhidmatan secara ‘dalam talian’.
 
Berdasarkan barisan panjang paling menggangu pelanggan bank di Malaysia, wujud peluang besar bagi bank di Malaysia untuk menggerakkan lebih banyak interaksi dengan pelanggan ke arah saluran digital, termasuk mudah alih. Rakyat Malaysia berminat untuk menggunakan perkhidmatan digital tetapi mereka mahukan hubungan pelbagai saluran yang lancar supaya mereka boleh memulakan urus niaga di satu tempat dan meneruskan urusan lain tanpa perlu bermula dari peringkat awal. Selain melegakan tekanan ke atas cawangan, teknologi pembelajaran mesin dan risikian artifisial boleh digunakan untuk membantu bank menyalurkan perkhidmatan dalam talian yang disasarkan dan relevan pada semua saluran," kata Richard Parker, naib presiden perkhidmatan kewangan, Unisys Asia Pasifik.
 
Mengimbangi Risikan Artifisial dengan Sentuhan Manusia 
Kaji selidik ini menunjukkan bahawa pelanggan bank di Malaysia mempunyai minat yang padu terhadap inovasi teknologi bagi membolehkan perkhidmatan perbankan digital - bergantung kepada jenis transaksi. Lima puluh dua peratus pengguna Malaysia berasa selesa bank mereka menggunakan perisian dan algoritma untuk menilai permohonan kad kredit secara dalam talian. Walaupun hanya 39 peratus yang sanggup menggunakannya untuk pinjaman perumahan, ia merupakan tahap kesediaan kedua tertinggi dari lima negara yang terlibat dalam kaji selidik itu, di belakang Filipina.
  
"Ada peluang besar bagi bank di Malaysia untuk menggunakan perisian pintar dalam membuat keputusan utama untuk produk komoditi seperti kad kredit. Pengguna kurang bersedia untuk menggunakannya bagi acara sepanjang hayat seperti permohonan pinjaman perumahan, yang melibatkan jumlah kewangan yang lebih besar dan penglibatan emosi – namun pengguna Malaysia bersedia untuk menjadi peneraju dalam penggunaanya  di Asia Pasifik," kata Encik Parker.
 
Kesediaan untuk Perbankan Terbuka
Perbankan Terbuka ialah inisiatif yang semakin meningkat dalam sektor perkhidmatan kewangan yang membolehkan bank berkongsi data dengan organisasi lain untuk menawarkan perkhidmatan baharu kepada pelanggan dan aliran pendapatan baharu untuk bank. Peraturan untuk Perbankan Terbuka berbeza-beza antara negara, seperti perjanjian antara Negara anggota ASEAN sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Integersi Perbankan ASEAN (ABIF) 1, yang turut merangkumi Malaysia.
 
Empat puluh peratus rakyat Malaysia menyokong bank mereka berkongsi data peribadi mereka dengan syarikat lain untuk mengakses produk kewangan, sokongan kedua terbesar di Asia Pasifik. Bagaimanapun, hampir 38 peratus tidak menyokongnya, dengan menyebut kebimbangan terhadap  privasi dan keselamatan. Malaysia merekodkan tahap tertinggi kehendak pengguna untuk menyimpan maklumat peribadi.
 
"Bagi Perbankan Terbuka untuk beroperasi di Asia, bank mesti menangani kebimbangan pelanggan mengenai bagaimana mereka melindungi data pelanggan - bukan hanya di bank, malah di semua jabatan, rakan kongsi dan agensi dalam rantaian nilai. Melakukan perniagaan di alaf ke 21 memerlukan perisian dinamik yang sesuai dengan trend perniagaan dan mengambil kira  kebimbangan terhadap aspek keselamatan. Platform Penyampaian Perbankan Runcit Unisys dipertingkatkan (TM) (http://www.unisys.com/elevate), terjamin, dengan penyelesaian keselamatan Unisys Stealth (R) (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services), perisian keselamatan mikrosegmentasi berasaskan identiti yang membolehkan bank-bank menyembunyikan aset kritikal dan mewujudkan saluran yang disulitkan untuk system komunikasi dan aplikasi pengguna yang selamat,” kata Encik Parker.
 
Unisys membantu bank menangani masalah ini menggunakan platform perisian perbankan digital menyeluruh yang dipertingkatkan (TM) (https://www.unisys.com/elevate), serta suite aplikasi yang dibangunkan untuk membantu institusi kewangan  menawarkan pengalaman perbankan pelbagai saluran yang secukupnya kepada pelanggan mereka. Yang penting, ini bermakna pelanggan akan dapat membayar bil-bil mereka  di mana sahaja, memindahkan dana dan memohon pinjaman serta gadai janji pada bila-bila masa, di mana sahaja - tidak kira sama ada mereka melakukannya pada peranti mudah alih atau tablet, melalui broser internet atau di cawangan. Platform ini menggabungkan  tahap keselamatan tertinggi, dengan analitik biometrik dan data penyesuaian dibangunkan dengan selamat untuk mengenal pasti pelanggan, mengesahkan akses dan mengesahkan urus niaga.

Lebih 500 institusi kewangan di seluruh dunia bergantung kepada penyelesaian Unisys. Untuk maklumat lanjut mengenai keupayaan perkhidmatan kewangan Unisys, sila layari http://www.unisys.com/industries/financial-services.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, muat turun maklumat penuh kaji selidik Insights Asia Banking Insights, keputusan dan maklumat grafik, sila layari  (http://www.unisys.com/insights/research#UBI).
  
1 - Perjanjian Dasar Induk antara Bank Negara Malaysia, Bank Indonesia dan Otoritas Jasa Keungan Sektor Perbankan (http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=mone_opr&pg=mone_opr_policy&ac=1481)
 
Kaedah Kajian
Firma penyelidikan OmniPoll menjalankan tinjauan dalam talian pada November 2017, pengundian sampel perwakilan nasional sekurang-kurangnya 1,000 orang berumur 18+ tahun, masing-masing: Australia, Hong Kong, Malaysia, Filipina dan Taiwan.
  
Maklumat Mengenai Unisys
 
Unisys ialah syarikat teknologi maklumat global yang membangunkan penyelesaian berpusatkan keselamatan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang mahukan penyelesaian digital di seluruh dunia. Tawaran Unisys termasuklah perisian keselamatan dan perkhidmatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi industri dan perkhidmatan; dan persekitaran operasi perisian inovatif untuk intensiti tinggi pengkomputeran perusahaan. Untuk maklumat lanjut mengenai cara Unisys membangunkan hasil yang lebih baik, selamat untuk pelanggannya di seluruh sector Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Pasaran komersial, layari www.unisys.com.tw.
 
Ikuti Unisys di  Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Hubungi : Lisa Richardson, Unisys Asia Pasifik
+61 402 896 829 lisa.richardson@unisys.com
 
                                       ###
 
Unisys dan produk serta perkhidmatan Unisys yang disebut dalam siaran media ini, selain logo masing-masing, merupakan tanda dagang atau tanda dagang berdafar  Unisys Corporation. Jenama atau produk lain yang dirujuk dalam siaran media ini diperakui sebagai tanda dagang atau tanda dagang berdaftar para pemegang masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER : Unisys 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.