ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PENJELASAN MENGENAI TARIKH TUTUP BORANG B BAGI TAHUN TAKSIRAN 2017

Wednesday 13/06/2018



KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menjelaskan bahawa tarikh tutup penghantaran borang B bagi tahun taksiran 2017 secara manual (borang kertas) adalah pada 30 Jun 2018 manakala secara e-filing adalah pada 15 Julai 2018. 
 
Pada masa yang sama LHDNM ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pembayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi saraan bulan Mei 2018 dan ansuran anggaran cukai (CP204) adalah pada 15 Jun 2018.
 
Justeru LHDNM menggalakkan agar pembayaran cukai dilakukan lebih awal melalui perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDNM bagi mengelakkan sebarang kesulitan berikutan tarikh 15 Jun tersebut jatuh pada hari kelepasan am Hari Raya Aidilfitri.
 
LHDNM juga ingin membuat pembetulan terhadap tarikh akhir bayaran ansuran CP500 untuk bayaran kali ke-3 seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media LHDNM bertarikh 11 Jun 2018  iaitu pada 30 Julai 2018 dan bukannya 15 Jun 2018. 

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 / 21676  
Faks : 03-8313 7801
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.