ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  CIENA MENAMBAHKAN KEPIMPINAN DAN KEPAKARAN DI ASIA PASIFIK

Wednesday 20/06/2018



Pelantikan eksekutif baharu mengukuhkan pengaruh dan kehadiran syarikat merentasi rantau yang pesat berkembang

HANOVER, Md., 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ciena (NYSE: CIEN) baru-baru ini melantik Dion Leung sebagai Pengarah Urusan Serantau bagi Asia, di mana beliau mengetuai strategi dan pelaksanaan syarikat itu di pasaran baru muncul di rantau itu. Berpusat di Singapura, Dion melapor terus kepada Rick Seeto, Naib Presiden Ciena dan Pengurus Besar bagi Asia Pasifik & Jepun (APJ).

Dion menyertai Ciena dari Coriant, di mana beliau merupakan Naib Presiden bagi Pembangunan Perniagaan di Asia dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan memupuk peluang-peluang di rantau itu bagi penyelesaian penyambungan syarikat berkenaan. Sebelum itu, beliau telah mengetuai jualan dan pembangunan bagi perniagaan optik Tellabs di Asia dan di Amerika Syarikat. Dion memiliki Ph.D. dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Komputer dari University Alberta.

Pasaran baru muncul di Asia memberikan banyak peluang kepada Ciena ketika pengendali rangkaian melihat untuk mengubah rangkaian mereka bagi memenuhi pertumbuhan pesat dan permintaan masa hadapan, yang didorong oleh evolusi tanpa wayar yang berterusan, Internet untuk Segala-galanya (IoT) dan meningkatkan penggunaan pengguna bagi kandungan digital dan awan. Ciena telah membawa pakar-pakar serantau baharu yang mempunyai pengalaman yang luas di pasaran baru muncul di Asia:
  • Wong Kian Soon, yang berpangkalan di Malaysia, baru-baru ini dilantik sebagai Pengurus Kejuruteraan Jualan bagi Asia Utara yang menyokong Hong Kong, Taiwan, China, Thailand dan Vietnam selain Malaysia. Dengan mempunyai lebih 15 tahun pengalaman di dalam reka bentuk seni bina rangkaian, beliau bertanggungjawab untuk meletakkan portfolio perisian rangkaian dan automasi paket, paket-optik bertumpu yang terkemuka di industri Ciena dengan pelanggan di negara-negara tersebut.
  • Kok Chen Lim turut serta sebagai seorang Jurutera Jualan baharu yang juga berpangkalan di Malaysia. Beliau membantu mengenal pasti peluang-peluang jualan di Malaysia dan Singapura, dua pasaran baru muncul yang penting untuk Ciena di rantau itu.
  • Ngoc Vu Duc, seorang Jurutera Jualan baharu yang berpangkalan di Vietnam, bekerjasama dengan pasukan tempatan untuk menempatkan penyelesaian Ciena yang bertaraf dunia kepada pengendali yang mencari untuk pengembangan dan mentransformasikan rangkaian mereka.
Komen Eksekutif:
  • "Transformasi digital yang berlaku di seluruh Asia sedang memaksa pengendali rangkaian untuk memikirkan semula bagaimana mereka mengendalikan rangkaian mereka. Terutama di pasaran baru muncul, pengendali mempunyai keperluan yang unik yang perlu ditangani untuk menjadikan rangkaian mereka lebih pintar dan boleh diprogramkan. Ciena terus memperluas jangkauan dan pengaruh kami di rantau itu dengan pemimpin dan pakar tempatan yang dapat membimbing pelanggan ke arah melaksanakan penyesuaian rangkaian yang mampu menyokong permintaan kapasiti semasa dan untuk masa hadapan."
 - Rick Seeto, Naib Presiden dan Pengurus Besar bagi APJ, Ciena
 
Ciena pada masa ini memberi perkhidmatan kepada lebih 1,300 pelanggan di seluruh dunia dan beroperasi di lebih daripada sepuluh buah negara di rantau APJ. Ciena memberi perkhidmatan kepada beberapa pengendali terkemuka di rantau itu, termasuk Telstra (dengan Ericsson), DOCOMO PACIFIC, SK Telecom dan KDDI.

Maklumat mengenai Ciena

Ciena (NYSE: CIEN) adalah sebuah syarikat strategi dan teknologi rangkaian. Kami menterjemahkan teknologi yang terbaik di dalam kelasnya ke dalam nilai menerusi sebuah model perniagaan perunding, sentuhan tinggi – dengan sebuah pemacu tanpa henti untuk mencipta pengalaman luar biasa yang diukur dengan hasil. Untuk maklumat terkini mengenai Ciena, sila ikuti kami di Twitter @CienaLinkedIn, blog Ciena Insights, atau layari www.ciena.com.

Nota kepada Pelabur Ciena

Anda digalakkan untuk mengkaji semula bahagian Pelabur di laman web kami, di mana kami secara rutin menyiarkan siaran akhbar, pemfailan SEC, berita-berita terkini, keputusan kewangan, dan pengumuman lain. Dari semasa ke semasa kami secara eksklusif memaparkan bahan-bahan maklumat di laman web ini bersama-sama dengan saluran pendedahan lain yang kami gunakan. Siaran akhbar ini mengandungi beberapa kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang didasarkan kepada jangkaan, ramalan, maklumat dan andaian semasa kami. Kenyataan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang wujud. Keputusan atau hasil sebenar mungkin berbeza dari segi material daripada yang dinyatakan atau tersirat, kerana risiko dan ketidakpastian, termasuk yang diperincikan di dalam laporan tahunan atau suku tahunan kami yang terkini yang difailkan kepada SEC. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk kenyataan mengenai jangkaan, kepercayaan, hasrat atau strategi kami dan boleh dikenalpasti dengan perkataan seperti "menjangkakan," "percaya," "boleh," "menganggarkan," "mengharapkan," "berhasrat," "harus," "akan," dan "hendaklah" atau perkataan yang membawa maksud yang sama. Ciena tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat yang termasuk di dalam siaran akhbar ini, sama ada sebagai satu maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180619005043/en/Ciena-Adds-Leadership-Expertise-Asia-Pacific

Hubungi

Hubungan Media:
Ciena Corporation
Jamie Moody, +1 410-865-8570
pr@ciena.com
atau
Hubungan Pelabur:
Ciena Corporation
Gregg Lampf, 877-243-6273
ir@ciena.com

Sumber : Ciena Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.