ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  ​LITHIUM WERKS DAN ENDRICH BERSETUJU DENGAN PERJANJIAN PENGEDARAN BATERI PAN-ASIA

Wednesday 20/06/2018



AUSTIN, Texas, 20 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan penyelesaian bateri dan tenaga mudah alih, Lithium Werks B.V., telah menandatangani perjanjian pengedaran strategik dengan pengedar yang bertapak di Taipei, Taiwan, Endrich Co., Ltd, bagi memperkukuh sokongannya kepada pelanggan di Asia.

“Permintaan untuk bateri litium daripada pelanggan di Asia adalah tinggi untuk jangka masa yang lama, namun masih tiada apa-apa yang berlaku. Kami menjangkakan peningkatan yang ketara dalam permintaan pada tahun-tahun yang akan datang,” kata T. Joseph Fisher III, CEO dan pengasas bersama Lithium Werks.

“Dengan pengetahuan tanpa tandingannya tentang pasaran Asia, Endrich ialah pembekal yang boleh dipercayai kepada sejumlah besar ODM (pengilang reka bentuk asal) dan OEM (pengilang peralatan asal) peringkat-satu.

“Bersama-sama, kami akan terus membangunkan hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan di pasaran seperti Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan juga China, tempat dimana kami sedang usahakan untuk membina kilang giga bateri litium,” ujar beliau.

“Saya telah mengenali Endrich untuk jangka masa yang lama, jadi saya tahu bahawa kerjasama ini akan memberikan manfaat, bukan hanya kepada kami dan pihak Enrich, juga kepada pengilang dan pelanggan pembangun kami,” kata En Fisher.

“Pelanggan ODM dan OEM peringkat-satu kami kagum dengan keupayaan Lithium Werks dalam membekalkan penyelesaian bateri yang selamat dan boleh dipercayai yang bukan hanya lebih ringan dan lebih kecil berbanding yang ditawarkan oleh syarikat lain, ia juga lebih menjimatkan kos,” kata Olivia Chang, CEO, Endrich.

“Dalam menamakan bidang kekuatannya, Lithium Werks kini telah menjadi peneraju global dalam sel, modul dan sistem kuasa boleh skala Litium Ferum Fosfat,” kata beliau.

“Kerjasama ini akan memacu hubungan yang lebih akrab dengan ODM dan OEM peringkat-satu, dan dalam tempoh pembangunan bersama, saya percaya yang kumpulan R&D (penyelidikan dan pembangunan) Lithium Werks akan terus membekalkan penyelesaian yang revolusioner,” kata beliau.

Lithium Werks ialah pakar dalam teknologi Litium Ferum Fosfat, kimia ion litium yang menawarkan kestabilan terma dan bahan kimia yang tinggi serta dilihat sebagai teknologi ion litium yang paling selamat tersedia hari ini. Kerjasama strategik ini dibina atas hubungan sedia ada yang kini telah menjadi semakin kukuh. 

Perihal Lithium Werks B.V.
Lithium Werks ialah syarikat bateri ion litium yang pesat berkembang dengan kemudahan pengilangan di China dan pejabat di AS, Netherland, Ireland Utara, Great Britain dan Norway. Lithium Werks menyediakan sel, modul dan sistem pengurusan bateri kepada pasaran seperti pengendalian bahan, storan tenaga tetap, perubatan dan marin komersial.

Perihal Endrich
Endrich telah ditubuhkan pada 2009 sebagai pengedar bateri dan pengecas pintar, dan kini memperluaskan kepakarannya untuk turut memasukkan integrasi komponen individu dalam sistem yang memberikan penyelesaian lengkap tenaga boleh mampan yang telah direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelanggan.
www.endrich.com.tw

Hubungan media: 
Endrich:  
Hubungan Akhbar/Media Endrich 
Telefon +886 (0) 2 2697 2069
Lithium Werks: 
Hubungan Akhbar/Media Lithium Werks 
Telefon +44 (0) 28 9084 5411

Sumber : Lithium Werks

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.