ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​KEBUDAYAAN TRADISIONAL MENYINARI BANDAR RAYA YICHANG DI CHINA

Wednesday 20/06/2018



AsiaNet 74039

YICHANG, China, 20 Jun, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Yichang, sebuah bandar raya di wilayah Hubei di tengah China, yang terkenal kerana tokoh-tokoh bersejarah, stesen kuasa hidro terbesar di dunia, piano dan puisi, kini berkembang pesat dengan budaya tradisional mereka yang kaya.

Majlis negara itu, kabinet China, mencadangkan di dalam laporan kerja kerajaan tahun 2018 pada Februari agar menyokong budaya tradisional yang cemerlang bagi negara China dan membina sebuah masyarakat budaya yang makmur dengan ciri-ciri Cina.

Lebih 150 aktiviti tersendiri di peringkat akar umbi telah diadakan di Yichang.

Lagipun, kerajaan bandar raya itu telah melaburkan lebih 10 bilion yuan (1.6 bilion dolar Amerika) di dalam infrastruktur kebudayaan yang utama, termasuk sebuah muzium baharu bagi bandar raya itu, dewan pameran perancangan bandar, pusat sukan, muzium sains dan teknologi dan pusat aktiviti untuk wanita dan kanak-kanak. Kira-kira 95 peratus kampung-kampung dan masyarakat dilengkapi dengan dataran hiburan yang standard, demikian menurut Kerajaan Perbandaran Yichang.

Secara purata lebih daripada 80 aktiviti puisi berskala besar diadakan setiap tahun, dengan 100,000 peserta daripada masyarakat tempatan. Dianggarkan lebih 400,000 penduduk mengambil bahagian di dalam pelbagai jenis aktiviti puisi pada tahun lepas di bandar raya itu.

Bandar raya itu juga mempunyai 15 pasukan penyelidikan dan penciptaan puisi, dan 39 persatuan puisi.

Menjelang Festival Bot Naga tradisional China, yang akan diadakan pada 18 Jun pada tahun ini, satu pertandingan bot naga yang besar telah diadakan di Wilayah Zigui di Yichang, kampung halaman kepada penyair Cina purba Qu Yuan, yang hidup di antara 340 hingga 278 S.M. dan menulis The Songs of Chu.

Pertandingan itu telah berlangsung di bandar purba itu selama berabad-abad. Satu upacara pemujaan untuk memperingati Qu Yuan telah diadakan sebelum perlumbaan itu, dengan menarik kehadiran berpuluh ribu penonton tempatan.

Pada pagi 15 Jun, seorang lelaki bernama Qin telah membawa cucu lelakinya yang berusia tiga tahun ke tasik yang mengadakan perlumbaan itu. "Ia adalah satu aktiviti yang wajib ditonton pada setiap tahun bagi keluarga kami. Tanpa regata bot naga itu, ia tidak layak dipanggil sebuah festival. Ia juga penting untuk membiarkan generasi muda kita merasai dan belajar sesuatu mengenai tradisi Cina," kata beliau.

Kerajaan wilayah Zigui pada 3 Jun juga telah membawa sebuah melodrama rakyat yang didasarkan kepada Qu Yuan ke Beijing dan menyampaikan kepada rakyat di ibu negara China itu dengan sebuah pesta kebudayaan yang asli.

Nyanyian rakyat adalah satu bentuk seni yang popular di kalangan penduduk tempatan. Lirik-lirik moden yang menyokong dasar-dasar Parti itu dan moral sosial membuatkan melodi tradisional menarik di kalangan anak muda.

Kumpulan seni Zigui Quyuan yang terdiri daripada 23 artis pernah terbang ke Kanada untuk membuat persembahan pada Julai 2016. Ia adalah merupakan kali pertama bagi sebuah rombongan peringkat daerah menghadiri sebuah pesta seni di sebuah negara asing di seluruh wilayah itu. Yichang juga adalah sebuah bandar raya prolifik di dalam penciptaan artistik dan menyampaikan pelbagai persembahan di saluran peringkat wilayah dan negeri.

Bandar raya itu telah dinobatkan dengan lebih 400 anugerah seni.

Dengan kad nama kebudayaan mereka dialu-alukan di seluruh negara dan juga di pentas dunia, Yichang kini lebih yakin mengenai identiti kebudayaan mereka.
 
Sumber: Kerajaaan Perbandaran Yichang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=314497
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.