ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN KANMO MEMANFAATKAN GENIETECH UNTUK PENGELUARAN PENYELESAIAN PERUNCITAN SEMUA SALURAN

Wednesday 20/06/2018



JAKARTA, Indonesia, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Kanmo, sebuah pemimpin di dalam pengedaran runcit di Indonesia, baru-baru ini telah memanfaatkan Genie Technologies, Inc. (GenieTech) untuk melancarkan penyelesaian semua saluran mereka di dalam usaha untuk memberikan pengalaman peruncitan yang luar biasa kepada pelanggan.

Projek ini, bertujuan untuk meningkatkan produktiviti Peruncitan Kanmo dengan meningkatkan platform mereka pada masa ini, mengintegrasikan peranti peruncitan dan aplikasi yang menggunakan Retail Pro Prism yang memberikan kawalan dan fleksibiliti dalam menyesuaikan produk itu agar dipadankan dengan keperluan, proses dan jenama perniagaan yang unik itu.

Bhavin Patel, Pengarah Semua Saluran Kumpulan Kanmo, berkata bahawa syarikat itu mengiktiraf pasaran e-dagang yang sedang berkembang pesat di Asia Tenggara. Perkembangan ini menggesa syarikat-syarikat peruncitan dalam talian seperti Kanmo untuk membina sebuah Semua Saluran yang mengutamakan pengalaman pelanggan yang lancar, sama ada dalam talian atau luar talian.

"Untuk benar-benar mendapatkan hasil daripada strategi semua saluran kami, kumpulan itu perlu melihat lebih jauh dari sekadar melibatkan pelanggan melalui cara luar talian dan dalam talian. Apabila anda melihat tingkah laku pelanggan di Asia Tenggara, anda akan tahu bahawa mereka suka mencipta 'bakul' secara dalam talian. Walau bagaimanapun, mereka masih lebih suka melakukan pembelian sebenar di kedai-kedai yang nyata," kata Bhavin. "Kami mahu membolehkan pelanggan kami berjalan ke kedai-kedai di mana mereka boleh mengumpul dan menyemak 'bakul' yang mereka buat dengan berkomunikasi dengan sama ada seorang jurujual atau melalui sebuah sistem POS yang berfungsi secara tepat masa.”

Dengan keupayaan Retail Pro Prism, platform Kumpulan Kanmo yang ada sekarang akan diisi semula untuk mempunyai antara muka yang tepat masa dengan pelanggan, serta dengan pekerja, membantu mereka bertindak balas secara serta merta kepada keperluan perniagaan. Ia juga membolehkan akses serta merta kepada data tepat merentasi seluruh perusahaan, yang sangat diperlukan untuk meningkatkan membuat keputusan.

"GenieTech, rakan pelaksana kami bagi projek ini, memahami sepenuhnya perspektif kami. Mereka tahu bagaimana kami bekerja dan memahami harapan kami," kata Bhavin. Projek ini diketuai oleh June Alcarioto, Pengarah IT di GenieTech.

Bhavin membuat kesimpulan, "Sebagai sebuah perniagaan, projek ini didedikasikan untuk membawa lebih banyak kemudahan dan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan kami. Mujurlah, kami menyampaikan peningkatan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan, berbanding dengan proses biasa yang lazimnya mengambil masa kira-kira lima tahun. Dan, dengan mempunyai GenieTech dan rakan kongsi yang lain, telah membantu kami di dalam usaha ini, dan membetulkan keadaan bagi pelanggan kami."

Mengulas mengenai pelancaran yang berjaya itu, Mahesh Gopinath, Ketua Pegawai Operasi GenieTech, berkata, "Pasukan kami lebih teruja untuk projek ini. Kami berharap dapat menyokong visi dan perjalanan digital Kumpulan Kanmo melalui perkongsian ini."
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180619006536/en/


Hubungi
Genie Technologies, Inc.
Leylord Marcelino
Leylord.marcelino@gti.com.ph
https://www.gti.com.ph/contact-us/

Sumber : Genie Technologies, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.