ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SUARA ATLET-ATLET BERTARAF DUNIA MENGENAI "KEBENARAN DALAM SUKAN DAN SAYA"

Friday 27/07/2018



AsiaNet 74532

TOKYO, 26 Julai, 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


- Wawancara Legasi Disampaikan oleh Atlet-atlet: "Larian Obor PLAY TRUE" -

Agensi Anti-Doping Jepun (JADA) telah mengeluarkan wawancara baharu mengenai dua orang atlet bertaraf dunia: Akito WATABE (juara Gabungan Nordic, pemenang pingat Sukan Olimpik dan juara Piala Dunia 2017) dan Minato OIKE (juara BMX Freestyle Park, juara Piala Dunia Freestyle UCI BMX 2018). Wawancara ini boleh diperolehi di laman web khusus sebagai sebahagian daripada "Larian Obor PLAY TRUE" di bawah projek "PLAY TRUE 2020, Sukan untuk Hari Esok (SFT)".

Dua wawancara terbaharu "Larian Obor PLAY TRUE" boleh diperolehi seperti berikut.
Akito WATABE (https://www.playtrue2020-sp4t.jp/torchrelay/interview/truth15/)
Minato OIKE (https://www.playtrue2020-sp4t.jp/torchrelay/interview/truth16/)

Untuk butiran lanjut, sila layari:
(https://kyodonewsprwire.jp/attach/201807256322-O1-6mAa8FCR.pdf)

"Larian Obor PLAY TRUE" adalah sebuah projek legasi di mana pelbagai atlet dari berbilang negara, sukan dan generasi mengambil bahagian untuk menyampaikan mesej "KEBENARAN" mereka yang terdapat di dalam sukan dan dalam diri mereka. Siri wawancara itu bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang bagi mengetahui nilai-nilai intrinsik di dalam sukan dan menyedari betapa kebenaran yang ditemui oleh atlet mempunyai hubung kait dengan nilai-nilai mereka.

Berikut adalah mesej-mesej "KEBENARAN" oleh Akito WATABE dan Minato OIKE:
"Bercita-cita tinggi untuk Kekuatan Sejati dengan Daya Tahan dan Fleksibiliti Air" -- "Kecemerlangan paling tinggi adalah seperti air dan mengubah cara itu, secara lancar, fleksibel -- mengikut apa jua keadaan -- dan tanpa rintangan. Saya rasakan  bahawa rangkai kata ini merungkapkan 'KEBENARAN dalam diri SAYA'." -- Akito Watabe

"Memperluaskan Segala Kemungkinan yang Boleh Ditemukan Melampaui Sekadar Berseronok-seronok" -- "Saya akan menjadi seseorang yang dikagumi oleh orang lain, bukan hanya untuk menunggang BMX saya secara bebas tetapi juga kerana gaya hidup saya dan sebagai seorang manusia." -- Minato Oike

Setakat ini, 16 orang atlet yang mempunyai pelbagai latar belakang telah menyampaikan mesej "KEBENARAN" mereka melalui "Larian Obor PLAY TRUE." Di antara atlet yang telah menyampaikan Obor Makimono (kertas skrol tangan) termasuk Koji Murofushi (pemenang pingat emas Sukan Olimpik, lontar tukul besi) dan Chelsey Gotell (Pengerusi Majlis Atlet IPC, Para renang) dengan mesej "KEBENARAN" mereka.

Bersempena dengan wawancara itu, "Cari PLAY TRUE saya," halaman cabaran kuiz itu juga direka bentuk semula untuk dilancarkan (http://playtrue2020-sp4t.jp/quiz/).

JADA akan membangun dan memperkenalkan pelbagai program dan aktiviti untuk menyumbang kepada penciptaan sebuah persekitaran sukan yang bersih serta mewujudkan integriti sukan dan masyarakat sebagai negara tuan rumah bagi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

SUMBER: Agensi Anti-Doping Jepun (JADA)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.