ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  RED BEACH TELAH DIKENAL PASTI DI LOKASI PANTAI PALING UTARA CHINA

Monday 30/07/2018



AsiaNet 74566
 
SHENYANG, China, 30 Julai, 2018 / Xinhua-AsiaNet / --
 
Baru-baru ini, monumen ‘pantai paling utara di China’ diumumkan di Red Beach National Scenic Corridor di Panjin. Sebagai kawasan terindah nasional tahap 4A, Red Beach National Scenic Corridor terkenal sebagai ‘koridor santai paling indah di China” serta “kawasan pantai rekreasi paling romantik di China’, yang telah berjaya menarik lebih daripada 2 juta pelancong setiap tahun, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Panjin Red Beach Wetland Resort.
 
Koridor Red Beach yang mempunyai pemandangan indah ini terletak antara 40 darjah 39 minit dan 41 darjah 27 minit garis lintang utara, dan garis bujur timur 121 darjah 25 minit ke 122 darjah, iaitu garisan pantai paling hujung di utara China. Red Beach National Scenic Corridor ini merupakan sebahagian dari garisan pantai Teluk Liaodong, sepanjang 118 kilometer di Bandar raya  Panjin, seperti bentuk trumpet. China memiliki lebih dari 32,000 kilometer garisan pantai, dengan air akan membeku setiap musim sejuk, lazimnya dikenali sebagai , "menutup laut", dan membentuk barisan air yang menakjubkan. Sebagai pintu masuk ke Sungai Liaohe River ke laut, gabungan beting Red Beach National Scenic Corridor terbentuk daripada sebahagaian besar mendapan daripada Sungai Liaohe, yang dikenali sebagai  "tebang lumpur yang besar", yang sangat sesuai untuk pertumbuhan hidupan rumput air “ seepweed” dan mensiang, pembiakannya yang menjadikan kawasan pantai berwarna merah atau ‘pantai merah’ serta hidupan mensiang hijau yang terkenal di dunia.
 
Terdapat lebih daripada 100 jenis tumbuhan seepweed di dunia, dan seepweed yang membiak di Red Beach National Scenic Corridor  ini sangat unik, kerana mempunyai dua warna merah pada daunnya,  seperti sayap sepasang burung. Di perairan pasang surut, seepweed dan mensiang hidup lebih tebal dari musim panas hingga musim gugur, yang membentuk "pantai merah mensiang hijau’ yang terkenal di dunia. Oktober sentiasa dianggap sebagai musim terbaik untuk menyaksikan pantai merah Panjin.
 
Bandar raya Panjin telah memasuki era baharu pelancongan serantau, dengan melaksanakan penambahbaikan dalam usaha "menjadikan pantai merah yang terkenal serta nyanyian mensiang supaya lebih menyerlah. Perwakilaan pelancongan Red Beach National Scenic Corridor berkata melawat pelbagai jenis bunga, kawasan perkampungan yang cantik, bandar-bandar lama yang mempunyai ciri menarik, kolam air panas,  melawat tempat-tempat menarik dan santai, merupakan aktiviti yang dipilih oleh pelancong dari dalam dan luar negara.
 
SUMBER: Jawatankuasa Pentadbiran Panjin Red Beach Wetland Resort
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=316812
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.