ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KEJOHANAN DUNIA BWF TOTAL 2018 BERMULA DI NANJING, CHINA

Wednesday 01/08/2018



AsiaNet 74609

NANJING, China, 1 Ogos, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Kejohanan Dunia BWF TOTAL 2018 kini diadakan di Taman Sukan Olimpik Remaja Nanjing dari 30 Julai hingga 5 Ogos. Ia adalah satu daripada kejohanan utama di dunia. Kejohanan Dunia BWF itu mengandungi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran. Seramai 359 atlet bertaraf dunia dari 48 buah negara dan wilayah mengambil bahagian di dalam pertandingan itu. Mereka akan mempunyai 251 perlawanan dalam tempoh 7 hari.

Pada 30 Julai, Kejohanan Dunia BWF TOTAL 2018 bermula secara rasmi di Taman Sukan Olimpik Remaja Nanjing. Pada pagi 29 Julai, pemain perseorangan lelaki pasukan China Chen Long, pemain beregu lelaki Liu Cheng, Zhang Nan, pemain beregu wanita Chen Qingchen, Jia Yifan, pemain perseorangan lelaki Denmark Viktor Axelsen, pemain perseorangan wanita Jepun Okuhara Nozomi, pemain beregu campuran England, White dan Edcock, telah menghadiri persidangan media pra-perlawanan dan memberi temuramah kepada wartawan.

Pada persidangan media itu, beberapa orang wartawan telah mengajukan persoalan mengenai persediaan yang diadakan mereka. Atlet-atlet itu berkata bahawa mereka sudah "bersedia" untuk perlawanan itu melalui penyesuaian keadaan dan adaptasi persekitaran yang berterusan, dan mereka tidak sabar menantikan permainan dalam keadaan terbaik.

Menurut Cheng Xiangyang, timbalan setiausaha agung Jawatankuasa Kejohanan Dunia BWF 2018, Kejuaraan Dunia itu akan menyerlahkan inovasi teknologi dan menggunakan teknologi 3D mata kasar holografik di dalam sesi pameran sukan untuk menyampaikan sejarah dan budaya Nanjing di tempat pertandingan itu.

Tempat bagi Kejohanan Dunia BWF TOTAL 2018 itu terletak di Taman Sukan Olimpik Remaja Nanjing. Taman itu mempunyai gimnasium standard, dewan latihan, stadium dan kawasan latihan. Stadium utama itu, yang memenuhi standard Piala Dunia bola keranjang lelaki FIBA dan NBA, adalah merupakan stadium terbesar di China.
 
Sumber: Jawatankuasa Dunia BWF 2018
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=317054
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.