ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  BELMOND MENGUMUMKAN KAJIAN SEMULA BAGI ALTERNATIF STRATEGIK UNTUK MENINGKATKAN NILAI PEMEGANG SAHAM

Thursday 09/08/2018



HAMILTON, Bermuda, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Belmond Ltd. (NYSE: BEL), pemilik, pemunya sebahagian atau pengurus bagi 46 hotel mewah, restoran, kereta api dan harta pelayaran persiaran sungai, yang beroperasi di 24 buah negara, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah mereka telah memulakan satu kajian semula komprehensif bagi alternatif strategik untuk meningkatkan nilai pemegang saham.

Harta ikonik Belmond termasuk Belmond Hotel Cipriani di Venice, Belmond Hotel Splendido di Portofino, Istana Belmond Copacabana di Rio de Janeiro, Belmond Le Manoir aux Quat'Saisons di Oxford, Belmond Grand Hotel Eropah di St. Petersburg, Belmond El Encanto di Santa Barbara, dan restoran Kelab ‘21’ yang penuh bersejarah di New York.

"Lembaga itu komited dalam mengejar satu laluan yang paling penting bagi semua pemegang saham Belmond. Sehubungan itu, kami sedang menjalankan satu kajian semula yang mantap mengenai pelbagai alternatif strategik, operasi dan kewangan yang tersedia kepada Syarikat itu, termasuk satu kemungkinan yang melibatkan penjualan," kata Roland Hernandez, Pengerusi bagi Lembaga Pengarah. "Kami telah membuat kemajuan yang penuh bermakna ke arah matlamat strategik jangka panjang kami, termasuk pendapatan yang semakin meningkat, meningkatkan kesedaran jenama, dan memperluaskan kehadiran global kami. Kami percaya bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjalankan satu proses semakan semula strategik agar dapat meningkatkan nilai bagi pemegang saham, memandangkan koleksi unik dan benar-benar luar biasa bagi harta ikonik yang dimiliki oleh Belmond dan asas yang kukuh di pasaran kami di seluruh dunia."

Tidak ada jaminan yang boleh diberikan mengenai kesudahan hasil atau masa bagi proses kajian semula itu. Syarikat berkenaan tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan umum seterusnya berhubung kajian semula itu sehingga ia telah selesai atau Syarikat itu menentukan bahawa pendedahan diperlukan atau memberi manfaat.

Lembaga itu telah mendapatkan khidmat Goldman Sachs & Co. LLC dan J.P. Morgan Securities LLC sebagai penasihat kewangan dan Weil, Gotshal & Manges LLP sebagai penasihat undang-undang untuk membantu di dalam kajian semula itu.

Maklumat mengenai Belmond Ltd.

Belmond (belmond.com) merupakan sebuah koleksi global bagi hotel yang luar biasa dan pengembaraan perjalanan mewah di beberapa destinasi yang paling mengagumkan dan memperkayakan di dunia. Diwujudkan lebih dari 40 tahun yang lalu dengan pemerolehan Belmond Hotel Cipriani di Venice, portfolionya yang unik dan tersendiri kini merangkumi 46 buah hotel, kereta api dan pengalaman pelayaran persiaran sungai, tidak termasuk satu yang dijadualkan untuk pembukaan pada tahun 2018 di London, di kebanyakan daripada destinasi paling terkenal di dunia. Dari mercu tanda bandar raya kepada pusat peranginan yang intim, koleksi itu termasuk Belmond Grand Hotel Eropah, St. Petersburg; Istana Belmond Copacabana, Rio de Janeiro; Belmond Maroma Resort & Spa, Riviera Maya; dan Belmond El Encanto, Santa Barbara. Belmond juga merangkumi safari, tujuh kereta api pelancongan mewah, termasuk Venice Simplon-Orient-Express, dan dua pelayaran persiaran sungai. Belmond juga mengendalikan Kelab '21', satu daripada restoran yang penuh bersejarah di New York. Maklumat lanjut mengenai Syarikat itu boleh didapati di investor.belmond.com.

Kenyataan Peringatan

Siaran berita ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian tahun 1995. Ini termasuk kenyataan berhubung semakan semula Syarikat itu mengenai alternatif strategik, yang bukan berbentuk fakta sejarah dan dengan itu melibatkan risiko dan ketidak-tentuan. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan dan kepercayaan semasa pengurusan berhubung perkembangan masa hadapan, tidak merupakan jaminan bagi prestasi dan adalah tertakluk kepada beberapa ketidakpastian dan risiko yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi dan pencapaian sebenar berbeza daripada yang dinyatakan atau tersirat di  dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang dinyatakan di dalam siaran berita itu dan pembentangan lisan, keupayaan kami untuk melaksanakan dan mencapai tiga strategi pertumbuhan kami, kesan pada masa hadapan, jika ada, pada pasaran perjalanan dan masa senggang bagi aktiviti pengganas dan sebarang tindak balas polis atau tentera, permintaan pelanggan yang berbeza dan pertimbangan yang kompetitif, kegagalan untuk merealisasikan tempahan hotel yang dijangka dan tempahan dan jualan hartanah yang dirancang sebagai hasil sebenar, ketidakupayaan untuk mengekalkan kenaikan harga atau untuk mengurangkan kos, peningkatan kos bahan api yang menjejaskan perjalanan pelanggan dan kos operasi Syarikat itu, turun naik dalam kadar faedah dan nilai mata wang, ketidakpastian dalam rundingan dan menyelesaikan sebarang pengambilalihan aset, pajakan, jualan dan kontrak pengurusan pihak ketiga di masa hadapan, pembiayaan semula hutang, perbelanjaan modal dan pengambilalihan, ketidakupayaan untuk mengurangkan hutang yang dibiayai sebagaimana yang dirancang atau untuk mendapatkan persetujuan bank bagi sebarang pelepasan atau pindaan perjanjian pinjaman yang diperlukan pada masa hadapan, sumber modal yang mencukupi dan kebolehterimaan bagi terma pembiayaan, kemungkinan kehilangan atau pindaan bagi permit perancangan dan kelewatan di dalam jadual pembinaan untuk projek-projek pengembangan, kelewatan di dalam pembukaan semula hartanah yang ditutup untuk pembaikan atau pengubahsuaian dan kos tambahan yang mungkin berlaku, perubahan corak bagi perjalanan pelancongan dan perniagaan dan permintaan bermusim, keadaan cuaca tempatan yang buruk, kemungkinan cabaran kepada pemilikan Syarikat itu bagi jenamanya, pergantungan Syarikat terhadap sistem teknologi dan pembangunannya kepada sistem teknologi baharu, perubahan keadaan ekonomi global atau serantau dan kelemahan dalam pasaran kewangan yang mungkin menjejaskan perkembangan permintaan, perundangan, pengawalseliaan dan politik (termasuk situasi politik yang berkembang di Ukraine, Brazil, dan Peru, dan peristiwa serantau di Myanmar, di United Kingdom berhubung dengan penarikannya dari Kesatuan Eropah dan di Amerika Syarikat berhubung dengan dasar imigresen dan perdagangannya yang berkembang dan Akta Pemotongan Cukai dan Pekerjaan 2017, dan impak yang terhasil daripada situasi-situasi ini terhadap ekonomi tempatan dan global, kadar pertukaran dan permintaan semasa dan masa hadapan), ancaman atau penjangkitan semasa bagi wabak, penyakit berjangkit, dan virus, seperti virus Zika yang boleh menjejaskan permintaan di Amerika Latin, termasuk Caribbean, dan tempat lain, dan kemungkinan cabaran kepada struktur tadbir urus korporat Syarikat itu. Maklumat lanjut berhubung faktor-faktor ini dan faktor lain yang boleh menyebabkan jangkaan dan kepercayaan semasa pihak pengurusan tidak dapat dicapai telah dimasukkan di dalam pemfailan oleh Syarikat itu dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat. Kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara terbuka sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20180808005734/en/

Hubungi

Belmond Ltd.
Pelabur:
Martin O’Grady, +44 203 117 1333
Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan
martin.ogrady@belmond.com
atau
James Costin, +44 203 117 1325
Ketua Pegawal Kewangan dan Pengarah bagi Perhubungan Pelabur
james.costin@belmond.com
Media:
Jocelyn Betts, +44 203 117 1362
Pengarah Perhubungan Korporat
jocelyn.betts@belmond.com
atau
Sard Verbinnen & Co
Amerika Syarikat & Antarabangsa:
George Sard / Robin Weinberg / Stephen Pettibone, +1 212 687 8080
atau
United Kingdom & Antarabangsa:
Jon Aarons / Conrad Harrington, +44 20 7467 1050

Sumber : Belmond Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.