ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BOMBARDIER MENERUSKAN PENEMBUSAN PASARAN AFRIKA DENGAN Q400 TERPAKAI

Wednesday 15/08/2018



 
  • PassionAir menjadi pengendali Bombardier pertama di Ghana dengan tiga buah pesawat Q400

MONTREAL, 15 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier hari ini mengumumkan bahawa tiga buah pesawat turboprop Q400 terpakai syarikat itu telah diperolehi PassionAir dari Republik Ghana. Syarikat penerbangan tersebut memperolehi pesawat itu menerusi sewa tanpa kru dengan pihak ketiga.

“Bombardier telah menjual sekitar 3,500 buah pesawat serantau baharu setakat ini, dan kami terus aktif dalam pasaran pesawat terpakai.” kata David Speirs, Naib Presiden Pengurusan Aset Pesawat Komersial Bombardier. “Momentum terbaru kami dalam pasaran pesawat terpakai di seluruh dunia adalah tanda yang jelas bahawa produk kami memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk pengangkutan udara serantau, terutamanya dalam pasaran memuncul.”

“Penembusan pasaran Afrika terus rancak dan kami berbesar hati mengalu-alukan PassionAir sebagai syarikat penerbangan komersial pertama yang mengendalikan pesawat serantau Bombardier di Republik Ghana,” kata Jean-Paul Boutibou, Naib Presiden, Jualan, Timur Tengah dan Afrika, Pesawat Komersial Bombardier. “Afrika ialah benua paling muda dan pantas berkembang di dunia, dan pesawat serantau seperti Q400 akan memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Afrika.”

Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan tiga pesawat Q400 tersebut dengan konfigurasi 78 tempat duduk untuk laluan domestik.

“Ini merupakan langkah pertama dan kami bersedia untuk menambah pesawat kami dengan lebih banyak pesawat Bombardier,” kata Edward Annan, Ketua Pegawai Eksekutif, PassionAir. “Pesawat Q400 menawarkan prestasi dan keluwesan yang kami perlukan untuk membina rangkaian kami dengan lebih lagi. Dengan julat yang mampu meraih peluang yang hebat, kami yakin bahawa kami akan memperoleh keuntungan daripada pasaran lebih besar, yang meliputi 12 buah negara dan lebih daripada 180 juta pelanggan akan datang daripada Accra.”

Perihal PassionAir
PassionAir ialah syarikat penerbangan yang dimiliki Ghana dan bermatlamat untuk menjadi Penyedia Perkhidmatan Penerbangan paling berdaya saing di Ghana dan Afrika Selatan. Fokus kami adalah terhadap keselamatan dan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, yang mempamerkan kemesraan Ghana. Keluaran produk kami terdiri daripada penerbangan berjadual hingga carter yang ditawarkan pada harga kompetitif dan memiliki standard yang diterima antarabangsa.

PassionAir pada mulanya akan mengendalikan penerbangan domestik, dan berancang untuk mengembangkan perkhidmatan ke subrantau Afrika Barat dalam jangka masa pertengahan.

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat boleh didapati di bombardier.comatau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota untuk Editor
Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS.

Gambar pesawat Siri Q boleh didapati di www.bombardier.com.

Untuk maklumat lanjut tentang Pesawat Komersial Bombardier, lawati http://commercialaircraft.bombardier.com/.

Bombardier, Siri Q, Q400 ialah tanda dagangan Bombardier Inc. dan sekutunya.

Untuk Maklumat

Nathalie Siphengphet
Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam
Pesawat Komersial Bombardier
+1 416-375-3030
nathalie.siphengphet@aero.bombardier.com
www.bombardier.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a7a12071-57c0-4623-a95c-2fea00764cb9 

SUMBER : Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.