ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  AMMETLIFE TAKAFUL MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN YAYASAN WAQAF MALAYSIA

Thursday 16/08/2018



KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- AmMetLife Takaful Berhad (“AmMetLife Takaful”) dan Yayasan Waqaf Malaysia (“YWM”), hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan persefahaman berkaitan dengan pengurusan wakaf tunai.

Melalui persefahaman ini, sebarang manfaat wakaf yang timbul daripada tuntutan manfaat takaful yang ditawarkan oleh AmMetLife Takaful akan disalurkan kepada YWM untuk aktiviti wakaf, bagi pihak peserta, Di samping itu, kedua-dua pihak komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai wakaf dan perlindungan takaful melalui program kesedaran, termasuk kempen kesedaran dan aktiviti amal.

Majlis Menandatangani MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AmMetLife Takaful, Encik Noor Azam Bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Dato’ Prof Dr. Sudin Bin Haron, pengurusan tertinggi YWM dan AmMetLife Takaful. Majlis ini telah diadakan di Bangunan AmBank Group, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Kerjasama ini adalah bersempena pelancaran Protect-i Budi oleh AmMetLife Takaful, pelan takaful keluarga dengan sumbangan berkala yang patuh syariah. Pelan ini menawarkan manfaat asas takaful sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal keatas Peserta, manfaat khairat kematian dan juga perlindungan berganda sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal semasa menunaikan Haji atau Umrah. Sebagai tambahan kepada pelan asas, Protect-i Budi menawarkan manfaat wakaf yang menyediakan pembayaran sekaligus apabila berlaku perkara yang tidak diingini untuk tujuan wakaf. Manfaat wakaf ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta takaful untuk menyumbang kepada masyarakat disamping memperolehi ganjaran untuk bekalan akhirat.

“Sebagai umat Islam, kita semua percaya bahawa apa jua yang kita lakukan di dunia ini merupakan bekalan ke akhirat. Justeru itu, adalah penting bagi kami di AmMetLife Takaful, menghasilkan satu pelan takaful yang holistik dengan mengambil kira keperluan umat Islam yang bukan sahaja memberi manfaat kepada individu tetapi manfaat yang dapat disumbangkan kepada masyarakat dan agama. Pelancaran Protect-i Budi dan kerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia menunjukkan komitmen AmMetLife Takaful dalam mencari cara yang inovatif untuk menjadikan perlindungan takaful yang bukan sahaja memberi manfaat kepada orang yang tersayang, tetapi secara langsung untuk diri anda di akhirat.” kata En Noor Azam.

Instrumen wakaf boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Justeru, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), satu entiti wakaf kebangsaan yang membangunkan dan memajukan harta wakaf di seluruh negara, berkolabarasi dengan AmMetLife Takaful dalam meningkatkan lagi kesedaran mengenai wakaf tunai kepada masyarakat. Dahulunya, masyarakat difahamkan bahawa pewakafan hanya dilakukan melalui aset kekal sahaja.

Menurut kata Dato’ Prof Dr Sudin Haron, “Trend berwakaf secara tunai semakin popular di kalangan masyarakat di mana kaedah ini lebih praktikal dan mesra pengguna. Hari ini, YWM dan AmMetLife Takaful bersetuju bekerjasama sempena pelancaran produk takaful yang mempunyai elemen wakaf dan perlindungan iaitu Protect-i Budi. Produk ini secara tidak langsung memberi gambaran jelas bahawa instrumen kewangan Islam sentiasa memenuhi keperluan masyarakat di samping melindungi dan menolong golongan yang kurang bernasib baik.

Dengan menyertai produk ini, peserta takaful turut akan dapat mewakafkan sebahagian daripada manfaat perlindungan takafulnya. Inilah keindahan produk ini di mana ia bukan sahaja melindungi malahan kita dapat membuat saham akhirat bagi memastikan kehidupan di sana kelak menuju ke arah lebih cemerlang sebagai menyahut hadis Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam: "Apabila matinya anak Adam, akan terputus semua amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah iaitu wakaf, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”

AmMetLife Takaful

AmMetLife Takaful is a strategic partnership between AMMB Holdings Berhad (AmBank Group) and MetLife International Holdings, Inc. (MetLife). The strategic partnership combines the international expertise and financial strength of MetLife with the local strength and reach of AmBank Group.
 
AmMetLife Takaful offers a comprehensive range of takaful solutions distributed by its authorised takaful agents nationwide. With our passion to provide excellent services, together with a deep and respectful knowledge of Shariah principles and values, we aim to be a customer centric and modern takaful operator in Malaysia.
 
YAYASAN WAQAF MALAYSIA

Waqaf Malaysia Foundation or known as Yayasan Waqaf Malaysia is a national wakaf entity. It was officially established on 23 July 2008 under the Trustee Act [Incorporation] 1952 by the Waqf, Zakat and Hajj Department (JAWHAR).

This entity develops waqf asset and property throughout the country through cooperation with Majlis Agama Islam Negeri as a single trustee waqf, for the purpose of charity through the development of the Muslim economy, education, social and welfare.

SUMBER : Kumpulan AmBank 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Products and Services by AmMetLife Takaful Berhad
Nama : Mohd Faiz Hafizi Manap
Emel : Faiz.Manap
@ammetlife.com 

Products and Inquiries by Yayasan Waqaf Malaysia
Nama : Nur Syaffina Ab Rahim
Emel : syaffina@ywm.gov.my 


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.