ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  HANGZHOU MENGADAKAN SATU MESYUARAT PENGGALAKAN DI HONG KONG UNTUK MEMPERDALAM PERTUKARAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN DI ANTARA KEDUA-DUA BANDAR RAYA

Thursday 20/09/2018



AsiaNet 75313

HANGZHOU, China, 20 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Mesyuarat penggalakan "era Baharu, kerjasama Baharu, pembangunan Baharu -- Hangzhou Yang Penuh Daya Tarikan" telah diadakan di Hong Kong pada 17 September. Mesyuarat itu bertujuan untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara Hangzhou dan Hong Kong dan secara bersama mempromosikan pembinaan Belt and Road.

Pada mesyuarat penggalakan itu, Zhou Jiangyong, setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou, berkata Hangzhou, ibukota bagi wilayah Zhejiang di timur China, adalah sebuah bandar raya yang indah, bersejarah, bertenaga dan terbuka. Hong Kong adalah sebuah metropolis moden yang terkenal di dunia. Hubungan di antara Hangzhou dan Hong Kong adalah mendalam dan berpanjangan. Dan mereka mempunyai kelebihan yang saling melengkapi dan kerjasama yang erat. Menjelang akhir tahun 2017, lebih daripada 6000 perusahaan Hong Kong telah melabur di Hangzhou dengan jumlah pelaburan melebihi 520 bilion dolar Amerika, menjadikannya sumber pelaburan asing yang terbesar di Hangzhou.

Pada masa ini, Hangzhou menghadapi satu peluang bersejarah yang besar bagi "pasca sidang kemuncak, Sukan Asia dan pemodenan". Zhou Jiangyong berkata bahawa Hong Kong adalah satu nod yang penting bagi Belt and Road. Beliau menjangkakan bahawa Hangzhou dan Hong Kong dapat mengukuhkan pertukaran dan kerjasama di dalam pembinaan Belt and Road, memperkukuhkan kerjasama di dalam pembangunan perindustrian, pendidikan sains dan teknologi, inovasi dan keusahawanan, pelancongan dan bidang-bidang lain, dan untuk bekerjasama di dalam bidang lain pada masa akan datang.

Chen Baili, Timbalan Pengarah bagi Biro Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi untuk Kerajaan SAR Hong Kong, yang menghadiri mesyuarat itu, berkata Hong Kong dan Hangzhou bekerjasama rapat di dalam bidang ekonomi, kebudayaan, pendidikan, pembangunan belia dan banyak bidang lain.

Zhou Qiliang, Naib Presiden bagi Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong, berkata bahawa Hong Kong adalah sebuah pusat kewangan antarabangsa, dan sebuah hab perdagangan dan perkapalan. Hangzhou adalah sebuah pusat e-dagang di tanah besar China dan sebuah bandar raya yang terkenal bagi inovasi dan teknologi. Kedua-dua tempat ini dapat mengukuhkan kerjasama dan membawa hasil yang menguntungkan kedua-dua pihak. Dengan cara ini, syarikat-syarikat di Hangzhou dan Hong Kong boleh keluar dan mempromosikan lebih banyak syarikat China ke pentas dunia.

Kumpulan Ant Financial Services, Kumpulan Jardine Matheson dan wakil perniagaan lain dari Hangzhou dan Hong Kong turut menghadiri mesyuarat tersebut. Peng Yaojia, naib presiden bagi Jardine Matheson, berkata bahawa dengan pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat di Hangzhou, Jardine Matheson mengharapkan untuk meningkatkan pelaburan di dalam industri perkhidmatan di Hangzhou dan menyediakan lebih banyak kemudahan bagi penduduk Hangzhou. Yang Peng, naib presiden bagi Ant Financial, berkata bahawa Hong Kong adalah perhentian pertama untuk menerokai pengantarabangsaan Ant Financial, kami berharap dapat menyumbang lebih banyak kepada bidang pembayaran mudah alih dan teknologi kewangan Hong Kong.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou CPC

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.