ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  BANDAR RAYA DI CHINA TENGAH MENGADAKAN PERAYAAN KEBUDAYAAN UNTUK MEMPERINGATI PAKAR STRATEGI KETENTERAAN KUNO

Monday 01/10/2018



AsiaNet 75509

XIANGYANG, China, 1 Okt, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--


Xiangyang, sebuah bandar raya di wilayah Hubei di China tengah, yang terkenal dengan pakar strategi ketenteraan yang terkenal Zhuge Liang semasa tempoh Tiga Kerajaan (220-280), telah mengadakan sebuah perayaan pelancongan kebudayaan dari 7 September, yang menampilkan budaya bersejarah yang kaya dan pemandangan sungguh indah bandar raya itu, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Xiangyang CPC.

Perayaan selama satu bulan itu termasuk pameran seni, satu kejohanan dunia motobot Formula 1, sebuah pertandingan daun terup, satu pertandingan belon udara dan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan Zhuge Liang, yang menarik pelancong dari China dan luar negara.

Inovasi telah diadakan melalui semua aktiviti tersebut. Gabungan budaya, pelancongan dan sukan mengumpulkan sumber-sumber bandar raya itu menjadi suatu mod pelancongan semua untuk satu. Gabungan sebuah persidangan media, lawatan ke lapangan dan sebuah pameran berhubung komoditi pelancongan telah memberikan suatu paparan keseluruhan mengenai daya tarikan pelancong yang begitu banyak. Liputan media baharu dalam talian dan luar talian bagi perayaan itu telah membawa jumlah penonton yang lebih besar.

Ciri-ciri tempatan juga telah diserlahkan semasa acara tersebut. Di samping pelbagai gala yang menggabungkan elemen-elemen warisan budaya, sebuah pameran kaligrafi berhubung ahli kaligrafi kuno yang terkenal Mi Fu juga menarik banyak peminat. Pertandingan sukan seperti motobot dan belon menyajikan bahagian paling indah bagi bandar raya purba itu dari segi air dan udara.

Liputan semua media adalah satu lagi aspek baik dalam perayaan tahun ini. Kejohanan dunia motobot Formula 1 telah menjadi acara sukan peringkat tinggi global yang pertama yang pernah dianjurkan di bandar raya berusia 2,800 tahun itu. Berdozen saluran media di peringkat nasional dan laman web menyiarkan secara langsung acara sukan itu. Pertandingan belon udara panas juga telah dipaparkan di televisyen negeri. Lebih 80 juta orang telah menonton pertunjukan secara langsung mengenai upacara pembukaan perayaan itu.

Penyertaan yang luas oleh penduduk tempatan boleh dilihat di mana jua. Sebanyak 13 gala di dataran awam dan komuniti bukan sahaja menarik jumlah penonton yang besar, tetapi juga menarik ramai orang untuk tampil di pentas. Pekerja model, warganegara kehormat dan rakyat biasa telah dijemput untuk menyaksikan permainan sukan peringkat tinggi itu dan juga menaiki belon udara panas untuk mengalami pembangunan budaya yang telah dicapai oleh bandar raya itu sejak beberapa tahun yang lampau.

Organisasi saintifik dan pengurusan ketepatan adalah kunci kepada kejayaan sesuatu perayaan. Dianggarkan lebih 100,000 orang telah menyaksikan permainan motobot dan belon udara itu, yang memberikan tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap keselamatan dan lalu lintas. Pihak berkuasa polis, trafik, pengurusan bandar, bekalan tenaga dan telekomunikasi telah diselaraskan dengan sempurna untuk memastikan sambutan yang licin dan hangat.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Xiangyang CPC
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320871
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.