ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  METROPOLIS TENGAH DI WUHAN MENGANJURKAN KONVENSYEN SUKAN AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL

Monday 08/10/2018



​AsiaNet 75608
 
WUHAN, China, 8 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Motosikal beragam dan trak raksasa telah mempersembahkan pertunjukan akrobatik pada upacara perasmian bagi konvensyen sukan bermotor yang pertama pada malam 2 Oktober di zon pembangunan di Wuhan, ibu kota bagi wilayah Hubei di China tengah, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Kerja Zon Pembangunan Wuhan (Jawatankuasa Daerah Hannan).

Ia merupakan satu lagi kejohanan antarabangsa yang utama yang telah diperkenalkan oleh Wuhan di bandar raya itu, sebagai tambahan kepada satu maraton, satu perlumbaan kuda, satu maraton air dan ekspo terbang sedunia.

Ia dianjurkan bersama oleh Persekutuan bagi Sukan Automobil dan Motosikal (FAMS) dan kerajaan bandar raya Wuhan.

Konvensyen itu terdiri daripada tujuh pertandingan, tiga persembahan, satu pertunjukan dan aktiviti interaksi untuk orang ramai. Pertandingan itu termasuk Perlumbaan Kereta Touring Sedunia (WTCR), Kejohanan Kereta Touring China (CTCC), Kejohanan China F4 FIA, GT China, Kejohanan Perlumbaan Trak China, Kejohanan Endurance Kereta (CEC) dan Kejohanan Drift Kereta (CDC), dengan beberapa daripadanya diberi kelulusan oleh FIA.

Enam daripada pertandingan itu telah diadakan di kawasan pusat bandar dan bukannya di trek perlumbaan tradisional, dengan lebih daripada 360 orang pelumba terkemuka yang mewakili lebih daripada 80 pasukan dari lebih 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, New Zealand, Australia, Itali, Jepun, Belgium, Czech dan Switzerland. Terdapat 697 orang hakim dan 37 kenderaan guna khas untuk menyediakan semua jenis perkhidmatan profesional.

Semasa acara selama 6 hari itu, peserta bersaing antara satu sama lain kadangkalanya dengan perbezaan hanya beberapa milisaat. Ramai warga tempatan merakamkan acara permainan itu dan menyiarkannya di WeChat, yang mendapat pujian serta merta. Sebuah festival muzik, satu pameran kereta klasik dan kereta sport serta satu pesta makanan turut diadakan pada masa itu.

Zhan Guojun, pengerusi FAMS, berkata ia adalah kejohanan komprehensif yang terbesar bagi automobil dan motosikal setakat ini di China.

Kejayaan dalam mengadakan acara itu dengan jelas menunjukkan imej bandar raya Wuhan dan mempunyai makna yang praktikal dan strategik bagi zon pembangunan bandar raya itu untuk membina sebuah sistem penggunaan dan servis automobil yang baik dan meneroka menjalankan penjualan alat ganti, aksesori, dan komponen untuk kenderaan bermotor yang didasarkan pada Internet.
Dongfeng Automobile Group beribu pejabat di zon pembangunan Wuhan, yang juga menempatkan 54 buah syarikat Fortune 500, tujuh perusahaan kenderaan dan lebih 500 buah syarikat alat ganti automobil. Zon itu mempunyai kapasiti yang mantap di dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan kenderaan, dan pangkalan tenaga dan auto pintar baharu mereka sedang dalam pembinaan. 
Disasarkan untuk menjadi industri bernilai trilion yuan yang pertama di Hubei, kluster industri automobil bertaraf dunia dalam zon pembangunan itu sedang giat dilaksanakan. 

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Kerja Zon Pembangunan Wuhan (Jawatankuasa Daerah Hannan)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=321417
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=321418

--BERNAMA   

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.