ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN : SEMPENA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KKM PERINGKAT KEBANGSAAN KE-29, 14 OKTOBER 2018

Monday 15/10/2018



PULAI, Johor, 15 Okt (Bernama) -- Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan ke Negeri Johor bagi merasmikan penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Peringkat Kebangsaan ke-29 di Pulai Spring Resorts.
 
Sungguh, saya amat kagum dan berbangga dengan semangat serta komitmen warga kerja KKM di dalam majlis tilawah ini, di mana saya difahamkan bahawa 30 peserta yang mengambil bahagian (15 qari dan 15 qariah) adalah dari pelbagai skim perkhidmatan.
 
Tema yang ditetapkan pada tahun ini, ‘Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat’, saya rasakan sangat bertepatan dengan profesion seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia kerana seluruh bidang kerja kita ini memerlukan kita untuk menyantuni rakyat, memberikan khidmat kepada mereka.
 
Oleh itu, sangat penting untuk kita sama-sama menghayati bidang tugas kita di dalam kementerian kerana setiap seorang daripada kita; baik anggota paramedik, jururawat, pembantu pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai perubatan mahupun pegawai perubatan pakar; mempunyai peranan yang sangat penting dalam usaha untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkesan dan efektif.
 
Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pengarahnya Dr Selahuddeen Abd Aziz serta Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat dan Pengurusan, Dato’ Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, atas kejayaan penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan yang ke-29.
 
Tahniah juga kepada para pemenang dan kepada semua qari dan qariah yang mengambil bahagian. Semoga penghayatan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran diteruskan dalam kehidupan seharian kita dan tidak terhenti di pertandingan-pertandingan seumpama ini.
 
YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 
14 OKTOBER 2018

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.