ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  NEXTDECADE TERIMA DRAF KENYATAAN KESAN ALAM SEKITAR BAGI LNG RIO GRANDE

Monday 15/10/2018



HOUSTON, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NextDecade Corporation ("NextDecade") (NASDAQ: NEXT) hari ini mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pengawalseliaan Tenaga Persekutuan ("FERC") telah mengeluarkan satu draf kenyataan kesan alam sekitar ("EIS") untuk projek LNG Rio Grande NextDecade di Texas Selatan, serta Saluran Paip Rio Bravo yang berkaitan yang berasal dari kawasan Agua Dulce.

Draf EIS itu yang dikeluarkan hari ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang di dalam Akta Dasar Alam Sekitar Kebangsaan. FERC adalah agensi utama yang bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan membenarkan kemudahan LNG di Amerika Syarikat. Proses ketat FERC termasuk satu kajian semula yang terperinci tentang alam sekitar, kejuruteraan, sosial, dan elemen lain dalam projek yang dicadangkan itu.

"Kami menghargai komitmen yang berterusan oleh staf FERC untuk mengkaji semula projek kami," kata Matt Schatzman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NextDecade. "Draf EIS itu melambangkan kemuncak analisis dan penilaian yang dijalankan dalam beberapa tahun bersama-sama dengan pelbagai agensi persekutuan, negeri dan agensi tempatan dan pihak yang berkepentingan."

Encik Schatzman berkata, "Peristiwa penting ini membawa kami lebih dekat ke arah mencapai satu keputusan pelaburan yang muktamad berhubung projek LNG Rio Grande, iaitu untuk mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan di Lembah Rio Grande dan komuniti di seluruh Negeri Texas, dan untuk memberikan penyelesaian tenaga yang boleh dipercayai kepada pelanggan kami di seluruh dunia."

Menurut notis bagi jadual FERC yang diterbitkan pada Ogos 2018, FERC akan mengeluarkan satu EIS yang muktamad pada 26 April, 2019. FERC telah menetapkan satu Tarikh Akhir Keputusan Keizinan Persekutuan pada 25 Julai, 2019. Dengan mengandaikan arahan FERC yang menyokong, NextDecade menjangka satu keputusan pelaburan yang muktamad mengenai projek itu pada suku ketiga tahun 2019.

Garis Masa Kawal Atur Saluran Paip LNG Rio Grande dan Rio Bravo
       
Seksyen 3(a) & 7(c) Permohonan FERC      5 Mei, 2016
Notis bagi Jadual Kajian Semula Alam Sekitar        31 Ogos, 2018
Draf Kenyataan Kesan Alam Sekitar      12 Oktober, 2018
Kenyataan Muktamad Kesan Alam Sekitar      26 April, 2019
Tarikh Akhir Keputusan Keizinan Persekutuan      25 Julai, 2019
       
Maklumat mengenai NextDecade Corporation

NextDecade adalah sebuah syarikat pembangunan LNG yang memberi tumpuan terutamanya kepada projek-projek eksport LNG dan saluran paip yang berkaitan di Texas. NextDecade berhasrat untuk membangunkan satu portfolio projek-projek LNG, termasuk kemudahan eksport 27 mtpa LNG Rio Grande di Brownsville, Texas dan saluran paip 4.5 Bcf/d Rio Bravo yang akan mengangkut gas asli dari kawasan Agua Dulce ke LNG Rio Grande. Stok biasa NextDecade disenaraikan di Pasaran Saham Nasdaq di bawah simbol "NEXT." NextDecade beribu pejabat di Houston, Texas.

Terletak di Pelabuhan Brownsville di Texas Selatan, projek LNG Rio Grande NextDecade dijangka menjadi sebuah peneraju di kalangan gelombang kedua bagi projek-projek LNG di Amerika Syarikat. NextDecade percaya pelanggan dan pemegang saham mereka akan mendapat manfaat daripada kepimpinan projek itu yang berpengalaman, pendekatan yang terbukti, dan lokasi yang optimum. Pemilihan teknologi NextDecade dijangka dapat memupuk kebolehpercayaan operasi dan membolehkan pelanggan NextDecade mendapat akses kepada gas asli yang banyak dari Lembangan Permian, Syal Eagle Ford, dan lembangan lain.

MAKLUMAT PERINGATAN MENGENAI KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud undang-undang sekuriti persekutuan Amerika Syarikat. Perkataan "percaya," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "berpotensi," dan ungkapan yang membawa maksud yang sama bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan, dan kenyataan ini mungkin berkaitan dengan perniagaan Syarikat itu dan anak-anak syarikat mereka. Kenyataan-kenyataan ini telah didasarkan kepada andaian, jangkaan dan ramalan semasa Syarikat itu mengenai kejadian masa hadapan dan melibatkan beberapa risiko yang diketahui dan tidak diketahui, yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan atau yang tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Risiko-risiko ini termasuk ketidakpastian mengenai projek saluran paip LNG Rio Grande dan Rio Bravo Syarikat itu dan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam bahagian "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Syarikat itu pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2017 dan laporan berikutnya yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, yang kesemuanya digabungkan di sini mengikut rujukan.

Sebarang pembangunan bagi projek itu kekal bergantung pada perjanjian komersial yang diperlukan; memperolehi kesemua permit dan kelulusan yang diperlukan; memperolehi kesemua komitmen pembiayaan dan potensi insentif cukai; mencapai keadaan biasa yang lain; dan membuat satu keputusan pelaburan yang muktamad untuk diteruskan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam siaran media ini adalah tepat pada tarikh siaran ini dibuat. Walaupun Syarikat itu percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah munasabah, Syarikat itu tidak boleh memberi jaminan bahawa jangkaan itu akan terbukti betul. Syarikat itu mungkin dari semasa ke semasa secara sukarela mengemas kini kenyataan yang berpandangan ke hadapan mereka, bagaimanapun, ia menafikan sebarang komitmen untuk berbuat demikian kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang sekuriti.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181012005397/en/

Hubungi

NextDecade Corporation
Pelabur:
Patrick Hughes, + 1 (832) 209 8131
phughes@next-decade.com
atau
Media:
Ashley Helmer, + 1 (281) 249 5453
ahelmer@next-decade.com

Sumber : NextDecade Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.