ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​LEDDARTECH MENGEMBANGKAN KEPAKARAN KEJURUTERAAN DAN MEMACU KEMAJUAN DEMI MEMENUHI PERMINTAAN PASARAN

Wednesday 17/10/2018



LeddarTech mempercepat pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif melalui peningkatan teratur dan pelaburan dalam kemudahan kejuruteraan di Toronto, Kanada dan Linz, Austria.

BANDAR QUEBEC, 17 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech yang membangunkan platform pembangunan LiDAR bentuk pepejal jimat kos dan berprestasi tinggi untuk industri automotif berbesar hati mengumumkan bahawa kepakarannya dalam bidang automotif dan semikonduktor telah ditingkatkan dengan pengambilan dua kumpulan jurutera bertaraf dunia. Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengembangkan operasinya bagi menampung pertumbuhan ini di pejabat penyelidikan dan pembangunan baharu di Linz, Austria dan Automotive Center of Excellence di Toronto, Canada.

Pengembangan ini membawakan sumber kejuruteraan khusus yang berfokus pada aktiviti mikroelektronik ke pejabat di Linz bagi menyokong program penyepaduan sistem pada cip (SoC) LeddarCore .

Di Toronto, Automotive Center of Excellence (dibuka pada 29 Oktober 2018) akan menempatkan pasukan pakar industri automotif yang mengkhusus dalam mendayakan penyelesaian keselamatan aktif dan pemanduan autonomi, dengan kepakaran teras yang terdiri daripada sensor penglihatan dan pergabungan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam, pembangunan perisian, kejuruteraan sistem dan pematuhan ISO 26262.

“LeddarTech berbangga dapat menarik bakat terulung dan pelaburan kami dalam kepakaran teknikal bertaraf dunia di Linz dan Toronto ialah bukti komitmen kami demi memberikan platform pembangunan LiDAR paling versatil, luwes dan boleh skala dalam industri kepada pelanggan,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. Mr. Boulanger menambah, “Kami teruja dengan penambahan jurutera berpengalaman dalam pasukan kami dan yakin mereka akan meningkatkan platform pembangunan LiDAR automotif LeddarTech dengan mempercepatkan rekaan dan masa untuk dipasarkan.”

“Pakar automotif dan semikonduktor senior ini membawakan pengalaman bernilai untuk mencipta penyelesaian gred automotif yang memenuhi keperluan FUSA yang ketat,” kata Antonio Polo, Naib Presiden Kejuruteraan LeddarTech. En. Polo menyambung, “Penyertaan mereka juga mampu menyokong kemajuan perkembangan teknologi jangka panjang kami dan meningkatkan keupayaan oganisasi untuk membantu penyelesaian LiDAR pelanggan menerusi penyepaduan Enjin Leddar kami untuk aplikasi pemanduan autonomi.”

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan mudah digunakan. Platform tersebut berdasarkan Enjin Leddar unik yang mengandungi suite SoC gred automotif dan berkelulusan keselamatan fungsi yang digunakan bersama perisian Leddar SP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. Keselamatan aktif automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com dan di LinkedIn, Twitter atau YouTube.

Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

LeddarTech, Leddar, LeddarCore Leddar Engine dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Sumber : LeddarTech Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.