PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 17, 2018 -Sabtu

 
  OPPLE "MENYERIKAN KEHIDUPAN PINTAR ANDA" - PAMERAN LAMPU ANTARABANGSA HONG KONG 2018

Thursday 08/11/2018



HONG KONG, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OPPLE Lighting, pengeluar lampu bersepadu yang terkemuka, telah mengadakan pertunjukan di Pameran Lampu Antarabangsa Hong Kong 2018 Edisi Musim Luruh di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong pada 27 hingga 30 Okt, 2018, dengan menampilkan konsep gaya hidup pintar mereka serta penyelesaian pencahayaan Bluetooth yang berasaskan senario.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181101005456/en/

Qi Xiaoming, Ketua Pegawai Teknologi bagi OPPLE Lighting, telah menghadiri pameran itu dan menyampaikan ucapan pada Forum Pembangunan Lampu Pintar. Beliau berkata, "Lampu pintar masa depan harus memberi tumpuan kepada kematangan, teknologi yang sesuai, kecerdasan buatan, teknologi IoT, dan teknologi komunikasi. OPPLE menggalakkan suatu gaya hidup pintar yang dijanakan oleh lampu pintar dan konsep lampu yang berorientasikan manusia. Tumpuan OPPLE tidak pernah pada satu produk tunggal, tetapi tentang sebuah sistem bersepadu yang dapat mencapai perpaduan bagi visi, fisiologi dan emosi manusia."

Sebagai satu daripada produk yang diketengahkan yang dibawa oleh OPPLE ke Pameran itu, Sistem Kawalan Bluetooth dilengkapi dengan pelbagai kelebihan termasuk pemasangan, pengumpulan dan operasi yang mudah, dan dapat memenuhi keperluan bagi senario pencahayaan pejabat yang berbeza. Ia juga membolehkan pengguna untuk mengawal pencahayaan melalui peranti pintar. Memahami sepenuhnya keperluan orang moden yang inginkan keselesaan bagi persekitaran lampu pejabat, sistem kawalan pintar OPPLE dapat mewujudkan suatu persekitaran pejabat yang lebih selesa, efisien dan menjimatkan tenaga.

Dengan kelebihan yang mantap terhadap penyelesaian senario komprehensif dan keupayaan ETO, lampu pintar OPPLE telah banyak digunakan di pusat-pusat beli-belah, rantaian komersial, bangunan, dan lanskap luaran, dengan memperolehi kepercayaan daripada pelanggan. Semasa Pameran Lampu Antarabangsa Hong Kong 2018 Edisi Musim Luruh pada tahun ini, OPPLE telah menerima lebih ratusan pengunjung dari pelbagai sektor di seluruh dunia dan menarik perhatian pelbagai wartawan media.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPLE Lighting, sila layari www.opple.com/en.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181101005456/en/

Hubungi

OPPLE Lighting
Kiko Li, +86 21 38550000
Globalservice@opple.com

Sumber : OPPLE Lighting

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.